PROLOG

58 0 0
                                    

"Sasha,Sazzy!Main sama-sama ya?Mummy tak nak gaduh-gaduh."Tersenyum Puan Emily melihat gelagat anak-anaknya.Si kakak sudah berusia 12 tahun manakala si adik baru menginjak 10 tahun.

Suaminya di sebelah turut tersenyum.Bukan selalu dia dapat meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak kesayangannya.Kesibukkannya menguruskan SE Empire membataskan segalanya.

"Seronokkan bang dapat bawak anak-anak jalan-jalan kat taman macam ni?"getus Puan Emily sambil bersandar di bangku.Suaminya dikerling.

"Hai,perli saya ke tu?Yalah,saya mengaku saya jarang join awak dan anak-anak macam ni kan?Selalunya korang bertiga je,"keluh Tuan Imran.

"Ish,abang ni.Mana ada saya perli.Tak apa,abang.Saya faham.Bukan sehari dua saya kenal abangkan?Saya tahu kalau boleh,abang pun nak luangkan masa selalu dengan anak-anak.Tapi nak buat macam mana?Komitmen dengan kerja tu tinggi.Saya faham sangat."Puan Emily menggenggam tangan suaminya.

Tuan Imran tersenyum lagi.Bertuah sungguh dia kerana isterinya sangat memahami keadaan dirinya.Dahlah cantik,memahami,penyayang pulak tu.

Tumpuan kembali dialihkan kepada anak-anak mereka.

"Daddy!Tengok ni,Zee buli Sha!Dia tak nak kasi Sha bola tu.Dia nak main sorang-sorang je!"Sasha Amani,anak sulungnya mengadu,melaung dari jauh.

Tuan Imran menggeleng.

"Kan daddy dah pesan tadi,main sama-sama.Kalau tak,kita balik."Tegas kata-kata Tuan Imran.Anak-anaknya memang degil,lebih-lebih lagi si bongsu,Sazzy Amyra.Suka betul buli kakaknya.

"Sha kalau nak bola ni,rampaslah dari tangan Zee.Wek!"Sazzy ketawa apabila kakaknya masih tidak berjaya merampas bola darinya.Kalau dilihat,sememangnya Sazzy lebih lasak berbanding Sasha yang agak lemah lembut itu.

"Zee!Sini la!Sha nak main jugak!"jerit Sasha.

Sazzy tersenyum riang.Dia sudah merancang untuk mengenakan kakaknya.

"Nak bola ni ke?Sini lah!"Sazzy mula memasang umpan.Sasha mula mendekati Sazzy.

Apabila Sasha sudah hampir dengan Sazzy,bersedia untuk merampas bola tersebut,Sazzy dengan sengaja membaling bola itu sekuat hatinya jauh dari gapaian Sasha.

Tidak dijangka yang bola itu akan melantun keluar dari kawasan taman dan menuju ke arah jalan besar di sebelah.

Sasha yang tidak berfikir panjang terus mengejar bola tersebut dan tiba-tiba...

PIN!!!

Sazzy terlopong.Dia melihat dengan mata kepalanya sendiri kakaknya melambung dilanggar kereta jenis MPV.Darah mula membasahi jalan.Sekuat tenaga Sazzy berlari mendapatkan kakaknya.

Tuan Imran dan Puan Emily lebih pantas.Ketika Sazzy mendapatkan Sasha yang berlumuran darah itu,dia mendapati kakaknya sudah dipangku Tuan Imran.Sazzy terkaku.

"Sha..Sasha..Sha bangun,sayang!Bukak mata Sha!Jangan buat daddy macam ni!"Tuan Imran sudah menangis semahunya.Puan Emily di sebelahnya juga tidak henti-henti menangis namun kelihatan lebih tenang berbanding suaminya.Dia tahu,anak sulungnya sudah tiada.Sudah pergi untuk selama-lamanya.Awal-awal lagi dia sudah memeriksa nadi anaknya.

"Sha dah tak ada,abang..."tangis Puan Emily.Baru tadi dia bercakap dengan anaknya,kini anaknya sudah tiada.

Tuan Imran menjerit.Bagai tidak dapat menerima kenyataan.

"Sha..Sha..Zee..Zee...min..mintak maaf Sha..ku..kuat sangat..kan..Zee baling..bola tu..Sha ba..bangunlah Sha..."tergagap Zee dibuatnya.Seperti tidak percaya dengan apa yang baru terjadi.Semua ini salahnya!Semua ini salahnya!

Tuan Imran yang masih menangis sambil memangku Sasha,menoleh ke arah Sazzy.

"Ni semua sebab kau!Kau bunuh anak aku!Aku nampak semuanya!Kau bunuh anak aku!Kau pembunuh!"diherdik anak bongsunya sepuas hati.

Makin kuat tangisan Sazzy dan Puan Emily.Sazzy cuba menyentuh jasad kaku kakaknya tapi ditepis kasar oleh Tuan Imran.

"Jangan sentuh anak aku,pembunuh!"

"Abang!"jerit Puan Emily.Dipeluknya jasad kaku Sasha di pangkuan suaminya.Hendak dibawa untuk rawatan kecemasan pun sudah terlambat!Sasha dah tak ada!

"Shaaaa!!Jangan pergi,Sha!Bangunlah,Sha..."Sazzy sudah meraung.Kehilangan kakak kandung dan dibenci bapanya pada hari yang sama!Sazzy seperti mahu gila!

Semenjak hari itu,bermulalah episod duka dan benci antara Sazzy dengan Tuan Imran.

SLEAZYWhere stories live. Discover now