Chapter 16

93 4 4
                                    

*Hari Keputusan SPM diumumkan*

"Farhah.. Cepat la~~! Papa da tunggu tu dekat kereta ... Bila lagi nak siap Ni?" Omel mama kalah Cikgu disiplin.

"Ye.. Dah nak siap da Ni.." Aku mencapai bag Dan terus berlari seperti lipas kudung  ke kereta papa.

"Papa Dan pesan da bangun awal kan? Hari Ni nak amek result kamu tahu tak? Haish nak jadi wife orang pun still tak ubah perangai tu.." Papa turut memarahi aku kerana lambat.

Aku hanya membatukan diri. Sengaja aku tidak mahu datang awal kerana takut hendak ambil result. Sedang aku berdoa agar keputusan aku memuaskan, aku memdapat pesanan ringkas Dari Syera.

-Syera-
Beb!! Aku Ada good news! Aku.. Kau.. Jihaa dengan wawa... Dapat Straight A+ beb!!!!! Tadi Cikgu Khai sebut nama budak yang dapat straight A.. Kau kena datang cepat beb.. Aku happy gila!! Cepat tau beb!!

Mata aku terbuntang besar melihat pesanan ringkas yang dihantar boleh Syera. Rase seperti mahu gugur jantung Ni. Aku membaca berulang-ulang Kali pesanan itu.

"OK.. Now diam je... Biar papa tengok sendiri result aku.. He he.. Alhamdulilah!!!!" Monolog aku sendiri.

"Papa... Boleh tolong bawak kereta laju sikit tak? Tiba-tiba macam tak sabar pulak nak ambil result."  Aku tersenyum kambing.

Setiba di sekolah, aku terus mendapatkan Syera. Dia sedang duduk di barisan pelajar Dan kerusi disebelahnya kelihatan kosong.

"Haa sampai pun kau.. Ni tempat duduk kau Kat sini sebelah aku.. Cikgu day aturkan kedudukan so nanti senang nak ambil result Kat atas pentas.." Syera menerangkan panjang lebar.

"Hehe OK.. Tak sangka kita boleh dapat straight A kan? " aku memeluk Syera. Tanpa aku sedar air Mata aku mengalir.

Selang beberapa minit kemudian, seorang demi seorang nama pelajar yang mendapatkan semua A dipanggil naik ke atas pentas.

Apabila nama aku disebut, aku terus naik ke atas pentas. Aku sempat melihat kearah papa Dan papa memberikan tepukan yang paling gemuruh kepada aku.

My Future Mr Engineer(Hold ON)Where stories live. Discover now