Kringggggggg....
"Finally!!! Habis pon extra class Madam Debbie ni." Ngadu Suri.
"I know right. Cuba korang bayangkan. Kita kena hadap muka Madam Debbie tu dari habis rehat sampailah habis time sekolah. Dah tu, siap buat extra class lagi. Woi tepu otak woi!!" Balas Ratna pula.
"Hahaha. Rileks la. SPM kan dah nak dekat. Madan Debbie nak kita semua lulus dengan cemerlang. Sebab tu dia buat extra class" kata Sarah.
"Eleh. Kau boleh la cakap. Kau kan favourite student Madam Debbie. Setiap kali exam markah mesti tinggi. Lain lah aku ni. Bab-bab Physics ni memang slow sikit. Lain lah PJ. Haaaaa!!! Itu aku pakar!" Balas Suri lagi sambil membangga diri tentang kehandalannya dalam bersukan.
Imani hanya mendiamkan diri. Suri, Sarah dan Ratna pelik melihat kawan karib mereka yang senyap sahaja daripada tadi.
"Kau kenapa Imani? Senyap je. Ada masalah ke?" Tanya Sarah. Sarah merupakan rakan yang paling akrab dengan Imani. Sebab mereka sudah bersekolah bersama sejak sekolah rendah lagi.
"Memang aku ada masalah. Masalah dengan Madam Debbie tu. Dia ingat kita apa? Robot? Belajar satu subjek non stop. Even robot pon kena rehat tau! Dah lah perut aku lapar!" Omel Imani sambil menggosok-gosok perutnya yang kempis itu.
"Exactly!!!!! Aku sokong kau Imani!!" Balas Suri sambil mengangkat tangannya mengalahkan Tunku Abdul Rahman ketika melaungkan MERDEKA.
Imani hanya mampu tersengih. Huhh.. nasib baik dapat cover. Sorry korang. Aku bukannya nak berahsia dengan korang. Aku cuma tak nak susahkan korang dengan masalah aku ni. Kejadian yang berlaku malam semalam terimbau kembali dalam benak fikiran Imani.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Along nak kahwin dengan Sufi juga. Along cintakan Sufi. Along tak boleh hidup tanpa Sufi!"
"Tapi along, Sufi tu tak bekerja. Dia tu tak ada duit. Macam mana dia nak sara along?" Keluh ibu.
Imani hanya mendengar segala pergaduhan yang berlaku antara kakak sulungnya dan ibunya.
"Along tak kira! Along nak kahwin dengan Sufi jugak. Kalau ibu tak izinkan pon, along tetap nak kahwin dengan Sufi!"
Along mula meninggikan suaranya kepada ibu. Ini kali pertama along berbuat demikian hanya disebabkan seorang lelaki.
"Along ni dah kenapa? Tak boleh ke cakap elok-elok? Tak payah lah nak tinggikan suara depan ibu. Ingat sikit. Tak ada ibu, tak ada kita kat dunia ni!"
"Kau senyap Imani! Kau tu kecik lagi. Sekolah pon tak habis lagi. Tak payah nak ajar aku! Aku tahu apa yang aku buat! Ibu dengar ni. Along tetap akan kahwin dengan Sufi! Kalau ibu tak setuju, along kahwin lari je dengan Sufi!"
Menitis air mata ibu setelah diperlakukan sedemikian oleh along. Imani cuba menenangkan ibu. Sampai hati kau long buat ibu macam ni. Sebab jantan tu kau sanggup tengking ibu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lamunan Imani terhenti setelah disergah oleh Sarah. Setelah siap mengemas buku-buku ke dalam beg, mereka berlalu keluar dari Makmal Physics.
************************************
"Korang nak makan apa? Makan nasi nak? Aku lapar gila do." Kata Suri.
"Makan jelah apa yang kau nak." Balas Ratna malas.
Setelah membeli makanan, mereka memilih meja yang selalu menjadi port mereka makan.
"Wei. Aku nak story ni. Aku ada lah stalk mamat ni kat facebook. Cute lah. Kembar. Sorang Hafeez sorang Hazriq. Aku ade inbox Hazriq, dia reply do!!!!" Cerita Sarah.
"Adoi. Tak habis-habis dengan lelaki. Tak ada cerita lain ke?" Balas Imani malas. Dia tidak minat langsung dengan cerita-cerita macam tu. Berbeza pula dengan Suri dan Ratna yang berminat dengan cerita Sarah.
"Ye ke?? Tapi kan, kau dah ada Haikal. Woi!! Jangan curang woi! Apa kata kau pas je kembar tu kat kitorang." Kata Suri sambil mengangkat keningnya berulang kali.
"Hish. Aku setia ok! Haikal tetap di hati. Alaaa.. Yang ni untuk suka-suka je. Alaaa.. Tambah kenalan tak salah kan. Kalau korang nak ambik lah. Aku tak kisah."
"Senang-senang je nak pas-pas anak orang. Korang ingat dorang tu barang? Pas-pas." Balas Imani pula yang sejak tadi hanya mendiamkan diri.
"Alaaaa.. Gurau jaa. Bukannya kitorang serius pon. Kalau kau nak, aku boleh kenalkan." Sarah cuba menarik minat Imani walaupun dia tahu, Imani akan menolak.
"Aku? Terima kasih je lah ye. Tak hinggin!"
"Amboi. Cakap besar. Entah-entah kau yang sangkut dengan dia nanti. Tuhan tu maha adil. Sekejap je dia boleh balikkan perasaan kau." Kata Ratna pula.
"Malaslah aku nak layan benda-benda macam ni. Better aku makan."
Xoxo..
YOU ARE READING
MINE
RomanceImani seorang gadis yang periang. Susah untuk melihat dia menunjukkan kesedihannya. Imani seorang yang sukar jatuh cinta. Namun, setelah pertelingkahannya dengan Hazriq telah melahirkan satu perasaan yang baru dalam hatinya. Namun, hatinya remuk set...