Selepas menunaikan solat, Imani terus ke meja belajar untuk mengulangkaji pelajaran. Dalam masa 6 bulan sahaja lagi dia akan menduduki peperiksaan SPM. Dia bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Ketika Imani senang khusyuk mengulangkaji pelajaran, telefon bimbitnya berdering menandakan Messanger masuk.
Sarah > Imani!!!!! Tolong aku!!
Imani > Kau dah kenapa? Tolong apa?
Sarah > Hazriq! Tolong aku wei! Aku takut!
Imani > Kau takut apa sakai? Asal dengan mamat tu? Dia ada kacau kau ke? Dia ada buat apa-apa kat kau ke?
Sarah > Hazriq tu macam creepy la. Aku dah cakap dengan dia aku dah ada boyfriend. Dia macam tak boleh terima. Tolong aku wei. Tolong aku alih perhatian dia. Tolong bagi tahu dia yang aku dah ada boyfriend.
Imani > Haaa!!! Tulah! Aku dah cakap awal-awal. Jangan mesej dengan lelaki lain. Tengok sekarang apa yang dah jadi!
Sarah > Aku tahu lah aku salah. Aku dah tak nak mesej dengan dia lagi. Tapi dia tetap mesej aku. Kacau-kacau aku. Tolong la aku Imani.
Imani > Ye la. Ye la. Bak sini facebook dia. Nanti aku inbox dia.
Sarah > OMG!!! Aku sayang kau ketat-ketat Imani. Me love you so much!!! Facebook dia Hazriq Iskandar. Ok. Aku nak sambung study. Tolong aku tau! Love you! Muahhhhh!!!!!Imani terus menutup Messanger. Dia membuka aplikasi facebooknya dan mencari nama Hazriq Iskandar.
Ini ke Hazriq Iskandar? Tak ada lah hensem sangat. Biasa je aku tengok. Tapi tengok muka pon dah tau. Saiko habis! Haih Sarah! Sarah. Saja cari penyakit.
Imani terus inbox Hazriq.
Imani > Assalamualaikum.
Hazriq > Waalaikumsalam. Siapa ni?
Imani > Saya Imani. Saya kawan Sarah.
Hazriq > Oh Sarah. Haa nak apa imbox saya?
Imani > Sarah suruh saya inform kat awak. Jangan kacau dia lagi. Dia dah ada boyfriend.
Hazriq > Excuse me! Saya kacau dia? Dia kacau saya adalah. Tolong lah. Setakat perempuan macam Sarah tu saya tak pandang lah.
Imani > Poyo gila. Tak pandang konon. Kalau tak pandang, stop kacau dia. Tak payah inbox dia lagi. Please terima hakikat dia dah ada boyfriend. BOYFRIEND!
Hazriq > Hei perempuan! Aku dah cakap kan. Aku tak kacau perempuan tu. Aku tak pandang pon dia. Tak ada lah cantik mana.
Imani > Bagus lah tak pandang. Sebab lelaki macam awak ni nyonya jual sayur kat pasar pon reject tau!
Hazriq > Woi perempuan! Kau cakap baik-baik sikit eh! Mulut macam longkang!
Imani > Awak tu! Macam loji kumbahan!
Hazriq > Kau! Kalau aku dapat kau, aku kerjakan kau cukup-cukup. Aku tak peduli kau perempuan sekali pun!
Imani > Ok! Saya tunggu.Puas hati aku. Kau fikir kau siapa? Nak kacau kawan baik aku. Kau ingat aku takut dengan kau? Oh please lah!
Imani terus menutup telefon bimbitnya lalu sambung mengulangkaji pelajarannya yang terkandas tadi.
************************************
"Imani!!!! Thanks sangat-sangat. Hazriq dah tak kacau aku. Sayang kau ketat-ketat." Jerit Sarah sambil mencium pipi Imani kiri dan kanan.
"Eeeee.. Geli lah! Tak payah lah cium-cium. Dah. Sekarang mohon simpan gatal kau tu dulu. Fokus. SPM tak jauh lagi. Tu lagi penting!"
Seperti kebiasaan, Imani dan kawan-kawannya pulang ke rumah bersama-sama. Ketika berada di perhentian bas, terdapat sekumpulan pelajar lelaki melintasi mereka.
"Wei Imani! Tu Hazriq." Sarah mula menyorokkan mukanya di belakang Imani.
Imani memandang ke arah Hazriq. Ketika itu Hazriq turut memandang ke arah Imani.
Apasal dada aku berdebar ni? Hish... Rileks rileks. Tak ada apa pon. Hazriq je pon.
Imani terus memandang ke tempat lain. Tidak sanggup lagi untuk dia terus memandang ke arah Hazriq.
************************************
Ketika Imani sedang asyik menonton drama korea, telefon bimbitnya berbunyi menandakan Messanger masuk.
Hazriq? Mimpi apa dia? Tetiba je inbox aku. Pelik bin ajaib ni.
Hazriq > Hai.
Imani > Ye. Awak nak apa?
Hazriq > Lah. Takkan nak mesej, borak-borak pon tak boleh.
Imani > Dah kenapa pulak nak borak-borak dengan saya? Cakap je la. Awak nak apa sebenarnya. Straight to the point, please.
Hazriq > Ok ok. Actually saya nak minta maaf sebab dah cakap kasar dekat awak.
Imani > Tak ada hal lah. Benda dah lepas. Saya dah lupakan pon.
Hazriq > Eh, betul ke? Cepat nya awak maafkan orang.
Imani > Iya. Tak guna lah nak simpan dendam ni. Buang masa, buat semak kepala otak je.
Hazriq > Baguslah kalau macam tu.
Imani > Ok bye.
Hazriq > Eh takkan tu je. Cepatnya bye.
Imani > Ye la. Tu je kan. Bye lah.
Hazriq > Hmm.. Saya nampak awak dekat bus stop tadi.
Imani > Oh. So?
Hazriq > Hmm.. Awak cute.Ehh mamat ni dah kenapa? Tetiba puji aku. Buang tebiat ke apa?
Imani > Awak ok tak ni? Lupa makan ubat ke pe?
Hazriq > Hahaha saya ok la. Betul. Saya ikhlas. Awak memang cute.
Imani > Ok ok. Thanks. GTG. Bye.
Hazriq > Hmm ok lah. Lain kali chat lagi ok. Bye.Imani menutup aplikasi Messangernya lalu kembali menonton drama korea. Tanpa dia sedari, terdapat segaris senyuman yang tersungging di bibirnya.
Xoxo
YOU ARE READING
MINE
RomanceImani seorang gadis yang periang. Susah untuk melihat dia menunjukkan kesedihannya. Imani seorang yang sukar jatuh cinta. Namun, setelah pertelingkahannya dengan Hazriq telah melahirkan satu perasaan yang baru dalam hatinya. Namun, hatinya remuk set...