Bab 3

499 8 4
                                    

Dari satu hari ke satu hari, Imani terus berhubung dengan Hazriq melalui aplikasi Messanger. Sampai satu hari, mereka bertukar nombor agar lebih senang berhubung.

Hazriq > Hai, awak. Buat apa tu?
Imani > Hai. Tengah study. Awak?
Hazriq > Oh. Tengah whatsapp dengan kawan.
Imani > Kawan ke girlfriend?
Hazriq > Betul lah kawan. Saya mana ada girlfriend.
Imani > Yela tu.
Hazriq > Betul! Sumpah saya tak ada girlfriend. Lain lah kalau awak nak jadi girlfriend saya.
Imani > Hahahah. Merepek je la.
Hazriq > Ehh betul lah. Kenapa? Awak tak sudi jadi girlfriend saya?
Imani > Errrr... Entah. Hihi....
Hazriq > Hmm.. Actually saya ada benda nak cakap dengan awak ni.
Imani > Cakap la.
Hazriq > Sebenarnya saya dah lama sukakan awak. Sejak first day kita jumpa dekat bus stop lagi. Awak nak tak jadi girlfriend saya?

Hazriq suka aku?? Biar betik?? Dia nak aku jadi girlfriend dia? OMG!!!! Macam mana ni? Aku mana penah ade boyfriend. Haaaa!! Sarah!

Imani > Wei!!! Sarah!!! Tolong aku!!
Sarah > Tolong apa kawan?
Imani > Hazriq mintak couple wei.
Sarah > Whattttttt????? Kau still chat dengan dia ke?
Imani > Aah. Macam mana ni? Aku mana penah couple couple ni.
Sarah > Kau suka dia?
Imani > Hmmmm...... Suka.
Sarah > Kalau dah suka. Terima je lah. Adoiii minah ni.
Imani > Then?
Sarah > Aduh. Ape lah sengal sangat kawan aku ni. Then, kau kena la beri perhatian kat dia, caring pasal dia. Alaaaa macam novel novel yang kau selalu baca tu. Lebih kurang je lah.
Imani > Ohh.. Ye ke? Okk thanks babez. Love you. Muahhhhh...
Sarah > No problemz babez. Muahhhh too.

Imani > Ok.
Hazriq > Ok?
Imani > Ok lah. Saya terima awak.
Hazriq > Awak terima saya? Serius? Ya Allah.. Terima kasih sayang.
Imani > Erk sayang?
Hazriq > Hahahaha. Ye la. Kita kan dah officially couple. Tak nak la bersaya awak lagi.
Imani > Oh ok. Sorry la saya tak pernah couple. This is my first time.
Hazriq > It's ok. In fact. Saya happy sangat sebab jadi orang pertama yang couple dengan awak.
Imani > Thanks.
Hazriq > No problem sayang.

************************************

"Amboi Imani. Happy semacam je aku tengok. Ada apa apa ke ni?"

Ketika itu, Imani, Sarah, Suri dan Ratna sedang berehat di kantin sekolah. Perubahan Imani yang senyum 24 jam itu membuatkan mereka kehairanan kecuali Sarah yang sudah tahu tentang hubungan Imani dan Hazriq.

"Aku happy pon ada masalah ke? Habis tu? Kau nak tengok aku menangis meratap macam orang gila?"

"Tak ada la sampai macam tu sekali. Cuma ye la. Pelik tengok kau ni. Happy semacam. Aku boleh nampak bunga bunga kat sekeliling kau. Kau ada sorok something ehh dari kitorang." Ratna yang lebih peka muka memandang Imani.

"Errr. Actually, aku.... aku... hmmm... aku....."

"Sejak bila pulak kau gagap ni? Aku aku. Aku apa?

"AKU DAH COUPLE DENGAN HAZRIQ!"

"WHATTTTTTTTT?" jerit Suri dan Ratna serentak menyebabkan semua pelajar lain memandang kearah mereka.

"Wei! Serius arg! Hazriq? Yang ade kembar tu? Biar betik do!! Sejak bila? Asal kau tak cakap awal awal?" Kata Suri tanpa henti.

"Serius. Sejak 2 minggu yang lepas. Hihi.. Aku bukan tak nak cakap. Cuma aku segan."

"Segan konon. Pigidaaaaa.. Hari tu bukan main lagi. Tak nak layan la itu la ini la. Last last dia yang couple dengan budak tu." Omel Ratna.

"Mana lah aku tau benda ni nak jadi. Sarah cakap terima. Aku terima la."

"Kau tau Sarah? And kau tak cakap dengan kitorang pon kawan. Sampai hati."

"Bukan aku tak nak cakap. Aku just rasa better Imani sendiri yang cakap."

"Hmm.. Betul juga. Apa apa pon. Berbahagia la anda."

"Terima kasih kawan kawan"

************************************

Pejam celik pejam celik, Imani dan kawan kawannya selamat menduduki peperiksaan SPM. Mereka berasa sungguh gembira dan lega kerana peperangan mereka sudah tamat.

Namun begitu, Imani tidak begitu gembira. Sudah lama dia tidak berhubung dengan Hazriq. Hazriq seperti menghilangkan diri. Call tak angkat. Mesej tak jawab. Hazriq seperti mahu menjauhkan diri daripada Imani.

"Kau ok Imani? Aku tengok lately ni kau asyik termenung je. Kau fikirkan Hazriq ke?" Kata Sarah.

"Aku risau. Aku call dia tak angkat. Aku mesej pon tak reply. Whatsapp last seen selalu update." Adu Imani.

"Kau dah try tanya Hafeez."

"Dah. Dia cakap Hazriq busy. Banyak assignment."

"Haaa. Kalau dia dah cakap macam tu, kau rileks la. Jangan risau sangat. Dia call lah kau kalau dia dah siap semua kerja nanti. Chill ok. By the way, esok teman aku pergi Sunway Putra. Cari kerja part time."

"Ok."

-----------------------------------------------------------

Sorry for late update. Busy sikit.


MINEWhere stories live. Discover now