Pertemuan

308 19 5
                                    

" Abang Long ! Mana adil macam tu ! Abang long tackle pemain adik . Hazwan Bakri pula tu , pemain harapan adik . Referee bagilah kad kuning . " kata Hana dengan penuh bersemangatnya . Ye lah kan , first time main Fifa . Biasanya tengok kat tepi jadi penonton je tak pun jadi tukang suruh amik makanan dengan minuman .

" Relax lah dik . Abang tackle clean lah tadi , tak kena kat kuning punya lah . Adik jerit kuat macam mana pun kat referee tu , dia takkan dengar punya " jelas abang long .

" Adik tahu referee tu takkan dengar punya , saja je tadi hehehe . " kata Hana

" Sebab tu lah abang ngah dah kata kalau nak main game ni kena tahu rules nya dulu . " kata abang ngah .

" Adik tak sempat lah nak baca rules semua tu , panjang sangat . Lagipun adik main kejap je pun , tak lama pun . " kata Hana

" Along , mana Abah dengan Umi ? Tak nampak pun dari tadi . Takkan lah diorang tak nak tengok anak diorang yang sorang ni balik . " kata abang Yul . Dia baru saja balik ke Tanah Air tengah hari tadi . Dia telah tamat pengajiannya di Mesir beberapa hari yang lalu , dia pulang dengan membawa gelaran doktor bersamanya .

" Abah dengan Umi dah keluar tadi sebelum Yul datang , ada urusan katanya . " jawab abang long .

" Asal aku rasa macam terlupa sesuatu je ni . Umi ada pesan apa-apa ke tadi ? " bisik hati abang long sambil beristighfar .

" Jujur je lah Abang Yul , abang Yul laparkan sebenarnya ? Rindu masakan Abah dengan Umi lah tu . " kata Hana tanpa rasa bersalah kerana menyampuk abang-abangnya berbual .

" Abang Yul memang rindu masakan abah dengan umi , tak salah kan . Bila masa adik Sarah reti menyampuk bila orang lain berbual ni ? Abah Umi tak pernah ajar adik Sarah menyampuk kan ? " soal abang Yul dengan nada tegasnya . Dia amat tegas dengan adik-beradiknya , lagi-lagi bab agama .

" Maaf abang yul , adik tak sengaja . In sha allah adik cuba ubah perangai adik ni . " kata Hana . Dia tidak sengaja untuk menyampuk perbualan abang-abangnya tadi , mungkin dia sudah terbiasa buat macam tu dekat sekolah .

Dalam keluarga Pak Cik Khairul aka abah Hana , semua anak lelakinya bersekolah di Madrasah . Hanya anak perempuan tunggalnya , Hana yang bersekolah di sekolah menengah aliran biasa . Itu bukanlah pilihan pak cik Khairul dengan mak cik Sofea , ia pilihan Hana sendiri . Dia yang memilih untuk masuk ke sekolah aliran biasa walaupun dia seorang yang pandai .

Sebenarnya Hana Sarah bukanlah anak kandung kepada pak cik Khairul dengan mak cik Sofea , dia adalah anak angkat . Pak cik Khairul menjumpai Hana ketika Hana berumur 4 tahun . Ketika itu hujan sangat lebat hingga boleh menumbangkan sebatang pokok yang besar bersebelahan rumah pak cik Khairul tapi alhamdullillah tiada sebarang kemalangan yang berlaku ketika itu . Tiba-tiba pak cik Khairul terdengar bunyi hentakan yang sangat kuat di depan pintu rumahnya . Pak cik Khairul pun pergi menjenguk untuk melihat apa yang terjadi . Tapi apa yang dilihat oleh pak cik Khairul amat mengejutkan ! Dia melihat seorang budak perempuan yang kecil dengan badannya dipenuhi darah , budak itu langsung tidak sedarkan diri . Dengan pantas pak cik Khairul mendukung budak itu dan bawanya masuk ke dalam Rumah , pak cik Khairul meletakkan budak itu di atas sofa dengan berhati-hati . Mak cik Sofea dengan anak-anaknya juga terkejut melihat keadaan budak itu . Sejak hari itu , pak cik Khairul dengan mak cik Sofea mengambil budak itu sebagai anak angkat mereka walaupun mereka tidak tahu asal usul budak itu . Mereka juga memberi dia nama iaitu Hana Sarah .

" Kalau macam tu takpelah , abang Yul maafkan adik . Lain kali jangan buat lagi . " kata abang Yul .

" Ok lah adik dah siap main . Turn abang Yul pula lawan abang ngah . " kata Hana .

" Eh ? Kenapa abang Yul kena main pula ni ? " kata abang Yul .

" Tak payah nak eh sangat lah Yul . Aku tahu kau nak main sebab kau dah lama tak main Fifa kan . Kau kan dah habis study , jom lah main . Tak lama lagi kau dah nak kerja , ni lah masanya kau luangkan masa bersama adik-beradik kau . " kata abang ngah .

" Ya lah abang ngah . Saya main sekali . Tapi kalau kalah jangan sedih pula . " kata abang Yul .

" Takde nya abang ngah nak sedih . Abang dah banyak berlatih tau . Kau apa tahu . Kita tengok je nanti siapa yang menang . " kata abang ngah .

" Fuyoo ! Abang ngah siap berlatih Hahaha ! " kata abang Yul sambil ketawa , geli hati dia mendengar ayat abangnya itu . Abang long dengan Hana yang dari tadi mendengar perbualan diorang pun turut sama ketawa .

Hana terasa ingin melihat kucingnya , kuntum di hadapan rumah . Dia pun berdiri untuk pergi dari bilik game .

" Adik nak pergi mana ? " soal abang long .

" Adik nak pergi tengok kuntum kat depan jap . " kata Hana .

" Ouh , pergilah . Kejap dik . Abang long nak minta tolong boleh ? Tolong sikatkan bulu dia . Terima Kasih . " kata abang long .

" Baiklah abang long . " kata Hana .

Hana pun terus jalan ke depan rumah untuk mencari Kuntum . Bila dah pergi ke depan rumah , Hana langsung tidak nampak kelibat Kuntum .

" Meow~ Meow~ Kuntum . Kuntum kat mana ? Akak nak usap Kuntum ni . " kata Hana . Dia memang suka cakap dengan kucing walaupun dia sendiri tak faham apa kucing cakap .

" Eh ? Mana pula Kuntum pergi ni ? Takkan lah pergi rumah jiran sebelah lagi kot time-time macam ni . Haish mentang-mentang kucing jiran sebelah jantan , terus nak ngorat . Nasib hensem kucing jiran sebelah . " bisik hati Hana .

Meow ! Tiba-tiba Hana terdengar bunyi Kuntum di luar pagar , dia pun terus menoleh untuk mencari kelibat Kuntum .

" Amboi ~ Lenggang-lengguk nampak . Confirm lah ni pergi ngorat kucing sebelah . Sini Kuntum . Meow ~ " kata Hana . Dia memanggil Kuntum yang baru sahaja balik dari rumah jiran sebelah .

Kuntum pun pergi ke arah Hana untuk diusap . Hana mengusap Kuntum dengan penuh kasih sayang sehinggalah Kuntum baring di pangkuannya .

Tiba-tiba dia seperti terdengar bunyi pagar terbuka tapi dia langsung tidak menoleh ke arah belakang kerana dia sangka mungkin Abah dengan Umi dah balik . Hana pun terus mengusap Kuntum dan menyikat bulu Kuntum yang panjang itu .

Ketika Hana menyikat bulu Kuntum , dia seperti nampak ada bayang-bayang di belakangnya . Dia sangkakan Pak Cik Khairul yang berada di belakangnya , dia pun bangun untuk menyapa Pak Cik Khairul . Tapi apa yang dia lihat bukan lah Pak Cik Khairul dan itu membuatkannya kaku sebentar . Dia melihat seorang lelaki yang tinggi dan mempunyai sepasang mata yang jernih di hadapannya . Siapa yang melihat sepasang mata itu mungkin akan terpaku sepertinya juga .

Hana P.O.V

Aku melihat tepat pada sepasang mata jernih itu tanpa aku sedar aku kaku membisu di situ . Matanya seperti mengunci seluruh tubuh ku . Aku tidak pernah merasa perasaan yang sebegini ketika aku bertemu dengan lelaki lain , Lelaki yang berada di hadapan aku ini lah yang pertama sekali membuatkan aku keliru dengan perasaan aku sendiri . Aku sangkakan dia akan memberi ku ayat yang biasa dikeluarkan oleh lelaki lain tapi sangkaan ku terpesong , dia lain dari lelaki yang lain .

Ayat pertama yang dikeluarkan oleh lelaki itu adalah...

" Assalamualaikum . Kenapa tak pakai tudung ? Kan saya ni tetamu lelaki . " kata lelaki bermata jernih itu dengan tenangnya .

" What ?! " jerit hati Hana . Aku terus lari ke dalam rumah dengan keadaan cemas tanpa menoleh ke belakang . Aku tersentak dengan ayat yang diberikan oleh lelaki bermata jernih itu .

Selamat membaca Readers . Hope korang enjoy dengan cerita ni . 6 votes and 5 comments untuk bab yang seterusnya , Thanks . Kalau typo harap maaf , author hanyalah insan biasa .


Mr.Ustaz Jodoh AkuWhere stories live. Discover now