" Siapa tadi tu ? Dia tu siapa ? Aku tak tahu pun hari ni ada tetamu lelaki . Biasanya kalau ada tetamu nak datang , abah dengan umi akan cakap . Tapi kali ni tak . Mungkin abah dengan Umi lupa kot . Arghhhh !! Aku dah lah tak pakai tudung tadi . Tapi memang salah aku pun sebab tak tutup aurat masa kat luar tadi ." bisik hati Sarah . Fikirannya sekarang teramatlah serabut .
" Ya Allah , aku rasa berdosa sangat ya Allah . Kerana aku mendedahkan aurat pada lelaki ajnabi ya Allah . Dan aku tidak menjaga mataku ya allah . " bisik hati Sarah . Air matanya yang cuba ditahannya dari mula lagi akhirnya mengalir jua seperti air terjun di pipinya yang putih itu .
Tok ! Tok ! Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya diketuk dengan lembut sekali . Sarah pasti orang yang mengetuk pintu biliknya itu ialah Umi . Cepat-cepat dia mengesat air mata supaya Umi tidak risaukannya .
" Assalamualaikum dik . Boleh umi masuk ? " soal Umi .
" Wassalam . Boleh umi . " kata Sarah .
Umi pun membuka pintu dan masuk ke dalam bilik Sarah .
" Maafkan umi ya dik . Umi tak cakap kat kamu yang ada tetamu akan datang hari ni . " kata Umi
" Tak apa Umi . " kata Sarah .
" Sebenarnya ada benda penting nak dibincang dengan tetamu kita hari ni . Harap adik tak keberatan nak bincang sama . " kata Umi
" Adik boleh je . Tapi benda penting apa yang nak dibincangkan tu Umi ? " soal Sarah .
" Yang tu Umi tak boleh cakap sekarang . Kamu kena turun sendiri untuk tahu . Dan satu lagi , adik kena tukar baju sekali . Tu je Umi nak cakap . Semua dah tunggu kamu kat bawah tu , jangan lambat . " kata Umi sambil berjalan keluar dari bilik Sarah .
Tanpa berlengah lagi , Sarah terus menukar bajunya . Dia tidak tahu perkara penting apa yang akan dibincangkan nanti , apa yang dia tahu just bincang and let the flow go .
Ruang Tamu
Sarah pun terus turun ke bawah dan menuju ke ruang tamu . Sekarang semua orang yang berada di ruang tamu memandangnya tetapi Sarah hanya mengabaikan pandangan mereka dan terus duduk di tempat kosong yang berada di belakang Umi .
" Kenapa semua pandang aku macam nak makan ni ? Aku ada buat salah ke kat diorang ? Ke pakaian aku ni teruk sangat ? Aku tengok ok je . Jubah warna hitam yang takde cutting dengan tudang bawal purple bidang 60 . Hmmm , pelik-pelik . " bisik hati Sarah .
" Baiklah , nampaknya anak perempuan saya dah siap . " kata Pak cik Khairul .
" Eh ? Kenapa abah introduce aku kat diorang ni ? Ok , aku dah rasa tak sedap hati . Astaghfirullah Hana , bawa bertenang . Kau ni banyak fikir bukan-bukanlah . Relax je , ok Hana . " bisik hati Sarah .
" Kita dah boleh sambung perbincangan kita tadi yang tertangguh . " kata Mak cik Sofea .
" Boleh saya nak cakap sesuatu sebelum kita mulakan perbincangan kita ? " kata lelaki tua yg memakai serban putih .
" Ya , silakan Ustaz Zul. " kata pak cik Khairul .
" Saya rasa biarlah kaum hawa berbincang sesama mereka . Itu lebih mudah untuk si gadis manis ni faham dan tenang untuk terima segala kemungkinan yg akan berlaku . Itu hanyalah pada pandangan saya . Kalau tak setuju , biarkan sahaja . " kata Ustaz Zul sambil memberi senyuman yang menyenangkan .
Pak cik Khairul berbisik pada Mak cik sofea sebelum memberi jawapan kepada Ustaz Zul .
" Eh , apa ni ? Kenapa ustaz ni suruh aku tenang terima sebarang kemungkinan pula ni ? Ada benda ke akan berlaku kalau aku tak tenang ? Hurmm Pelik bin Ganjil betul lah . " bisik hati Sarah .
YOU ARE READING
Mr.Ustaz Jodoh Aku
RomanceAku melihat tepat pada sepasang mata jernih itu tanpa aku sedar aku kaku membisu di situ . Matanya seperti mengunci seluruh tubuh ku . Aku sangkakan dia akan memberi ku ayat yang biasa dikeluarkan oleh lelaki lain tapi sangkaan ku terpesong , dia la...