" Akim, betul ke mak dapat tahu dari Din yang kamu nikah dengan Mala, sebab abang dia beri duit untuk mak buat pembedahaan? Kamu paksa diri kamu kahwin dengan dia sebab mak"
" Mak, tak payah soal lagi, yang penting mak sihat. Akim syukur sangat.Tun Ammar niat dia baik mak"
" Kamu tipu mak, kamu dah dua bulan nikah, dua bulan juga kamu tinggal disini."
" Mak, Akim belum sedia nak tinggal dengan Mala mak, Akim pening dengan perangai dia. Mak tak payah nak soal apa apa. Yang penting mak sihat. Akim pun ada kerja tetap duit gaji Akim cukup mak untuk kita sekeluarga tak teruk macam dulu."
" Kamu tak ke cuba pujuk Mala"
" Nak mampus mak, kasut tinggi dia dah dua kali dibaling kat kepala dengan muka Akim, dihina lagi adalah. Tambah sekarang dia nak sarat mengandung perangai makin menjadi. Tak kuasa Akim"
" Anak tu?"
" Kalau bersalin Binti kan atas nama Akim lah. Bayi perempuan tu tak bersalah mak.Akin tak mahu cakap apa lagi mak. Mak jaga kesihatan, jangan peduli Hakim. Mak, Akim balik kerja, waktu rehat nak habis dah."
^^^^^^^%%%%^^^^^^%%%%^^^^^%%%
"Akim, kau kat mana?"
" Saya kat pejabat. Abang dimana?"
" Mai, turun abang dengan Ahdiat dalam kereta. Turun sekarang"
" Pergi mana abang?" Sebaik Akim masuk dalam kereta dilihat kedua beradik berpakaian casual.
" Hari ni hari make over kau. Jangan tanya banyak, ikut je. Penampilan kau kena tukar gaya baju tu, seluar tu, rambut, semua kena tukar. Bini kau up to date, pregnant pun masih pakai sexy. Ni suami pakai macam pakcik. Mana dia nak jadi lembut"
" Mana saya mampu abang. Takat ni je saya mampu nak beli baju."
" Jom, kita pergi Pavilion, kau kena ubah penampilan, sebab minggu depan, kau aku dah lantik jadi junior arkitek. Papa pun puji idea kau masa presentation hari tu."
" Betul abang? Alhamdulliah. Syukur sangat sangat."
" Kenapa berhenti kereta kat sini?"
" Jap abang dua minit, sedekah sikit kat tabung masjid rezeki dari Allah."
" Elok juga jap Ahdiat nak juga, Akim tolong letak sekali."
" Ok, first destination, kedai rambut. Ni Hair stylish Ahdiat. John, ni abang I Tun Ammar, ni adik ipar i Hakim. So tolong ubah adik ipar i punya hair style, kasi kacak sikit"
" Kau duduk sini Akim, abang dengan Ahdiat nak jalan jalan jap"
Hakim hanya mengikut arahan duduk diam. Dilihat apa yang John buat, mula dengan jambang Akim, dicukur bersih. Kemudian dibasuh rambut Akim.
Sejam kemudian Ammar dan Ahdiat kembali di lihat rupa baru Akim.
" Kau ni kacak juga, ni baru nampak macam menantu Tunku, adik ipar Tun Ammar dan Tun Ahdiat. Elok juga rupa kau. Patut la PA, Emma asyik puji senyuman kau"
Akim tersenyum malu.
" Berapa John? You did good job"
" 300." Terkejut Akim, Ahdiat membayar duit terus mereka keluar.
" Ahdiat biar betul potong rambut, basuh dengan shave je 300? Mahai nya"
" Ala, hari ni on us. Jom abang dah tengok baju untuk kau. Please change baju ni pakai yang baru ni. Kasut ni kau beli kat mana?"
" Pasaraya Mydin."
" Okay, lepas ni tak payah pakai lagi. Kau jangan cakap apa pun diam saja, ikut apa yang aku dengan Tun Ammar beli dekat kau"
ANDA SEDANG MEMBACA
NIRMALA
عاطفيةAku Nirmala, siapa tak kenal aku, semua kenal. Aku bangga dengan hidup aku. Kawan kawan aku semua golongan berada. Yang tiada apa jangan harap dapat jadi kawan aku. Aku bebas laku apa saja yang aku mahu! Hidup aku mewah. Aku ada ramai kenalan. A...
