Rumah Sewa

2.8K 82 8
                                    

Kalau dah dipanggil berjauhan dengan keluarga, mestilah wajib kena sewa rumah berdekatan. Belajar punya pasal, sanggup redah mana sahaja rumah walaupun rumah sewa tu keras. Tak sewa rumah tu pulak, takkan aku nak tinggal bawah jambatan. Aku perempuan kot, maruah besar kena dijaga. Negeri Sembilan ni boleh tahan besar tapi taklah sebesar mulut menganga kawanku. Dia geliat puas, dan pejam mata balik. Aku buat apa? aku sibuk memerhati kawanku yang lain.

Kalu diikutkan, aku rapat dengan si Syam ni je dan yang lain semuanya temannya si Syam. Semuanya perempuan k! dan kebetulan kita orang belajar dalam maktab yang sama, jadi kenalah rapat. Kalau tak tegur, dikatakan sombong. Nasib mereka boleh diajak bergaul, kalau sesetengah orang pasti akan menjelingkan mata. Macam buat hal masing-masing lah tapi kami tak. Kalau sudah begitu, aku apa lagi! Sama-sama peramah, sama-sama menggila. Tak gitu?

Malam tu hening je rasa, semua dah masuk tidur. Aku sebilik dengan Syam, dan kawannya. Rumah sewa ni ada dua bilik dan bilik satu lagi. Tiga orang juga berpenghuni, dan kesemuanya sudah dialam lain. Maksud aku, alam mimpi. Ish!

Mata aku dah mula kuyu, disebabkan terlalu over sangat belajar. Aku terlelap di atas meja studyku. Lena punya lena, aku tersedar. Jam tepat pukul tiga pagi, mungkin Allah gerakkan aku untuk sembahyang tahajjud. Ingat senang ke nak berpeluang sebegini? Jadi, aku kemas buku-buku yang berselerak atas meja.

'Macam manalah boleh tertidur dekat sini. Aduhai nasibku yang malang oh Tuhan...' Sempat lagi aku menyanyi dikala waktu begini.

Asyik-asyik mengemas, aku terdengar bunyi air di dapur. Mungkin dalam bilik air kot!

'Siapa pulak mandi ni?' gerutu aku dalam hati.

Aku tak kisah sangat siapa nak mandi tapi siapa yang bangun untuk mandi malam-malam? Aku tahu dalam rumah ni yang rajin bangun waktu begini, hanya aku je. Aku tengok bilik sebelahku, eh mereka tidur! jadi, siapa mandi?

Dalam bilik air, kami menggunakan baldi besar dan ceboknya untuk membasuh seluruh badan. Tiada paip hujan, tiada air terjun. Air terjun kau!

Otak aku mula memikirkan benda lain. Astarghfirullahalazim! Aku pergi juga ke bilik air, nak tak nak. Kena juga! kalau tak mana lagi aku nak ambil wudhuk? aku menguak pintu bilik air. Tersentak aku melihat lantai itu berlimpahkan air. Walaubagaimanapun, aku kena mengambil wudhuk tanpa menghiraukan keadaan sekeliling aku tetap ambil air sembahyang dan terus ke bilik. Selesai solat sunat, aku mengaji. Bunyi air di dalam bilik air semakin lama semakin hilang.

'Alhamdulillah' kataku di dalam hati. Mungkin ini gangguan syaitan ataupun jin. Kita bangun untuk menyembah Allah, mungkin mereka marah. Jadi dengan cara tu, mungkin mereka dapat menghalangku daripada beribadat tapi dengan kebesaran Allah. Dialah melindungiku... aku bersyukur.

Keesokannya, aku tidak akan sesekali menceritakan kepada mereka apa yang berlaku. Kalau diceritakan, mungkin mereka akan takut. Jadi, aku mendiamkan diri.

Malam tu, benda yang sama berlaku. Aku tidak keseorangan, malah bersama dengan si Syam. Kami belajar lebih pada malam tu. Aku melihat Syam yang sudah terketar-ketar. Aku menenangkannya... mungkin masanya aku kena bagitahu mereka.

Mereka tersentak dan berpandangan sesama sendiri.

"Nak buat macamana, malam ni kita kena baca yassin ramai-ramai dan solat hajat" kataku memberi cadangan. Mereka bersetuju, kebetulan pula semuanya dapat solat.

Malam tu, kami membaca yassin dan solat hajat bersama-sama. Berterusan melakukan itu, supaya jin itu keluar dari rumah ini.

Jin? ya, jin. Jin tua yang sudah lama tinggal di dalam rumah ini. Dia tidak menggangu kami, cuma sekadar mandi dan bila kami tengok. Macam biasalah air melimpah di atas lantai. Uih!

Akulah yang selalu mengaji dan solat hajat untuk menghalau jin itu. Kawan-kawanku yang lain hanya melepas batuk di tangga, mungkin mereka tidak biasakan diri. Aku dulu sudah diajar dari kecil, bangun malam untuk beribadat. Aku tinggal bersama nenekku, dan dialah selalu mengajarku. Tidak rugi langsung bangun pada waktu malam untuk beribadat. Hati pun tenang...

Lama-kelamaan, jin itu sudah tidak lagi melakukan perkara yang sama. Mungkin dia sudah lari dari rumah kami. Alhamdulillah kini kami tinggal dalam keadaan yang selesa tanpa sebarang gangguan...

Koleksi SeramWhere stories live. Discover now