Bunian

1.1K 56 8
                                    

Tajuk panas dalam kewujudan alam bunian pada tarikh hari ini, 3/2/2017. Tapi, ini kisah betul dan tiada kaitan dalam cerita yang dipaparkan pada hari ini. Cuma, al-kisah dia je sedikit sama. Iaitu, kisah tentang bunian.

***

Nama aku, Siah. Aku ada ramai kawan tetapi aku tak rasa semuanya setia kawan dengan aku. Masing-masing hanya hipokrit, aku pun termasuk sama walaupun dalam diam aku tidak sedar. Ah! peduli apa! asalkan tak berseorangan sudah. Kan?

Aku dengar cerita dari orang kampung satu kisah ni. Hmmm, mulut orang kampung. Pok pek pok pek pok pek urgh! Mereka dengar cerita, ada sepasang suami isteri tinggal berdua di kampung ni. Mereka tiada cahaya mata. Jadi, mereka tinggal berdua sahajalah. Setia gitu!

Tapi, pada suatu hari ni... mereka dapati isterinya mengandung. Alhamdulillah! rezeki! sudah lama mereka berusaha, akhirnya mereka kurnia cahaya mata. Yang hairannya, setelah perempuan itu beranak orang kampung dapati anaknya sudah tidak kelihatan. Ibarat ghaib serta merta daripada mata kasar! tidak wujud langsung!

Kalau nak tahu, perempuan tu jenis senyap... sopan-santun... kalau bercakap pun, sekadar membuka mulut sebut a, b, c je contohnya! kalau diikutkan seperti orang yang kurang bergaul lah.

Aku dengar cerita daripada orang kampung, bila pada waktu malam pasti akan nampak perempuan itu di belakang rumah. Dia bercakap berhadapan dengan tiga pokok pisang terpacak megah di belakang rumahnya. Berseorangan! waktu malam pula tu!

"Siah, malam nanti kena lalu depan rumah makcik tu!" sergah kawanku serta-merta jantungku berdegup laju. Debar dia! Fuh!

Akhirnya, sesi kelas malam pada malam itu berakhir juga. Aku UPSR tahun ni, tu yang buat kelas malam tu.

Tamat je kelas, aku dan kawan-kawanku berjalan kaki bersama untuk pulang ke rumah masing-masing. Tiba-tiba, hidungku menusuk bau harum yang seperti bauan yang tiada dalam dunia ni dan sedar-sedar kami sudah terpacak di depan rumah perempuan itu. Kami lari lintang-pukang! tak cukup jalan! laju punya laju sampailah ke rumah.  Lega!

***

Lama-kelamaan, orang kampung ingin sekali bertanyakan perihal perempuan itu tetapi juga masih tidak terjawab dan pasti juga akan munculnya kisah-kisah yang pelik dan kutukan demi ketukun tentang perempuan itu daripada buah mulut orang kampung...

"Aku rasa perempuan ni bela saka...."

"Tak malu ke cakap sorang-sorang? macam orang gila..."

"Tak waras perempuan itu..."

Bla... bla... bla.

Keesokannya, kami dikejutkan berita perempuan itu sudah pun meninggal dunia. Yang terkejutnya, mayat perempuan itu tersangatlah wangi. Harum semerbak!

Selepas itu, suami arwah ceritakan kisah sebenar terhadap kami setelah dipaksa-paksa beberapa kali.

Sebenarnya, anak mereka telah dijaga oleh bunian. Mereka mengambil sewaktu perempuan itu tidur dan dalam mimpi perempuan itu. Dia bertemu dengan bunian...

Pokok pisang dibelakang rumahnya itulah perempuan itu berhubung dengan anaknya. Hanya perempuan itu sahaja yang tahu bagaimana tempat dan pemandangan di alam bunian sana. Dia berhubung dengan anaknya sampailah anaknya berkahwin...

Selain itu juga, suami perempuan itu... tidak dapat berhubung dengan anaknya. Hanya bertanya khabar melalui perempuan itu sahaja. Untuk orang kampung yang selalu nampak perempuan itu bercakap sendirian sebenarnya arwah berbicara dengan anaknya.

Suami perempuan itu tidak dapat berhubung kerana sikap suaminya itu jenis perangai yang tidak selera untuk dipandang kerana mulutnya yang lancang.

Bunian hanya berminat dengan orang yang sering bersendirian, sopan... tidak terlalu banyak bercakap dan itulah ciri-ciri perempuan itu sampaikan bunian tertarik suka akan arwah. Wallahuallam...

Untuk pengetahuan yang menarik, ketika arwah perempuan itu terkujur kaku... anaknya datang melawat. Tidak hairanlah kenapa mayatnya terlalu wangi menusuk hidung... dan arwah selamat disemadikan.
Al-fatihah...

Koleksi SeramWhere stories live. Discover now