"Akhirnya awak sampai juga..berapa lama lagi awak nak saya tunggu awak di sini?" kata seorang lelaki sambil memalingkan kepalanya menghadap tetamu yang baru tiba ke rumahnya itu.
"Kai ! Saya tak sangka saya akan jumpa awak dekat sini !" kata Soyou dengan gembira. "Saya tak sangka saya akan bekerja di rumah awak..cantik betul rumah awak..besar pulak tu" tambah Soyou lagi sambil tersenyum gembira.
Kai menunjukkan wajah yang terkejut apabila dia melihat Soyou berada di rumahnya "Ji Hyun?! Saya tak sangka awak rupanya bakal isteri saya" kata Kai setelah melihat Soyou merupakan bakal isteri yang ditunggu-tunggunya.
"Ha? Iste.." "Jadi awaklah yang meminta bayaran daripada family saya sebagai ganti untuk menjadi isteri saya" kata Kai dengan wajah yang masam mencuka
"Ha!?" "Rupanya selama ini awak cuma mahukan duit sahaja." tambah Kai lagi dengan wajah yang bengis.
"Apa yang awak cakap ni?" tanya Soyou "Diam! Awak hanyalah isteri saya yang dibeli dengan duit saya..jadi awak tak layak untuk bercakap apa-apa". Soyou terkedu mendengar kata-kata Kai kepadanya.
"SeHun tunjukkan Ji Hyun biliknya dan berikan dia pakaian yang baru" arah Kai kepada SeHun yang berdiri tegak di belakang Soyou sejak Soyou tiba di rumah persinggahan keluarga Kai. "Dae" balas SeHun mengikut arahan Kai. "Takkan awak berfikir untuk berpakaian seperti itu semasa berjumpa dengan family saya malam nanti?" kata Kai setelah mengalihkan pandangan nya ke arah Soyou
"Sekejap Kai..saya tak fa.." kata-kata Soyou dipotong oleh Kai "Sebelum hari perkahwinan berlangsung, saya harap awak tak melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu perkahwinan ini. Selain tu, awak juga perlu belajar etika-etika menjadi seorang puteri sebelum perkahwinan ni. Awak dah terima duit daripada family saya kan!..Jadi saya harap awak lakukan tugas yang setimpal dengan bayaran yang awak terima tu" dan berlalu pergi.
"Kai !" panggil Soyou sambil cuba memahami situasi.
"Apa yang berlaku ni? Isteri? Apa maksud dia dengan isteri? Bukan ke aku datang sini untuk bekerja sebagai maid? Kenapa jadi macam ni pula.." gerutu Soyou di dalam hati.
Semuanya bermula sebulan yang lepas...
"Weh korang ada dengar tak yang kita akan ada pelajar baru hari ni" kata salah seorang pelajar perempuan yang berdiri di hadapan gate sekolah.
"Tau..tau..tapi yang paling syok..korang tau tak pelajar baru tu prince!" tambah seorang lagi pelajar perempuan separuh menjerit sambil menyokong kata-kata kawannya sebelum itu.
Kelihatan kelibat kereta berwarna hitam tiba di perkarangan sekolah. Dua orang lelaki berpakaian hitam keluar dari kereta tersebut. Kedua-dua lelaki tersebut berbadan sasa dan mempunyai aura yang menakutkan. Mereka membuka pintu belakang kereta tersebut untuk memberi laluan kepada dua lagi penumpang di dalam kereta tersebut keluar. Apabila kedua-dua mereka menunjukkan diri..kedengaran suara-suara pelajar perempuan bergema kegembiraan.
Soyou hanya memerhatikan kejadian tersebut dari bumbung sekolah. Bumbung sekolah merupakan tempat Soyou menghabiskan masa-masanya di sekolah berseorangan. Hal ini kerana Soyou tidak mempunyai kawan di sekolah kerana semua pelajar di sekolah ini mementingkan darjat dan harta. Apabila kedengaran loceng berbunyi, Soyou berlari anak menuju ke arah kelasnya.
Apabila tiba di dalam kelas, kelihatan kawan-kawan sekelas Soyou masih kecoh lagi dengan ketibaan prince sebentar tadi. Kesemua mereka menyatakan penyesalan kerana tidak dapat sekelas dengan prince dan rakannya itu kerana prince tersebut tua dua tahun daripada umur mereka. Namun begitu, timbul juga persoalan yang menjadi kekecohan di sekolah itu kerana tiada siapa yang pernah melihat muka prince tersebut jadi mereka semua tertanya-tanya yang mana satu adalah prince.
YOU ARE READING
Royal's Wife
FanficSoyou telah menerima tawaran bekerja sebagai seorang maid melalui seorang atuk yang telah dibantunya. Namun tanpa pengetahuan Soyou, apabila dia tiba di rumah bosnya, rupanya dia telah ditunangkan dengan seorang putera dari negara Luzcia dan yang me...