Pada pembukaan kedai barunya,Tan Meng menerima jambangan bunga yang agak luar biasa besarnya.Setelah membelek kad pada bunga itu,dia terkejut membacanya:"Takziah dan penuh simpati."
Tan termenung memikirkan siapakah pengirimnya dan kenapa dikirimkan ucapan begitu?Tiba-tiba telefonnya berdering.
"Encik Tan,maafkan kami sebab tersilap hantar jambangan bunga,"terdengar suara di hujung talian.
"Tak mengapa,perkara begini kadangkala memang tak dapat dielakkan,"balas Tan Meng.
"Tapi kad ucapan kawan encik tu,saya hantar ke suatu majlis pengebumian."
"Apa yang tertulis pada kadnya?"
"Tahniah kerana berpindah ke tempat baru.Semoga anda selesa,"jawab pemanggil dari kedai bunga itu.
YOU ARE READING
LAWAK
Short StoryAssalamualaikum... Cerita ini hanya rekaan semata2.Tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati. Lawak hambar? Kalau nak baca, baca tak nak baca sudah. Kalau ada persamaan dengan cerita orang lain mungkin hanya kebetulan sahaja. Selamat membaca ^_...