"Semua pelajar sila msuk ke dalsm dewan..."
Seperti biasa sebelum masuk ke kelas, semua murid berbaris di dewan untuk sesi nilam,begitu juga dengan, Dwella. Dia jalan beriringan dengan Sofie,sungguh berat langkahnya kerana perasaan sedih masih lagi bertakhta.
Dia melabuhkan punggungnya. Lalu melilau ke depan kanan kiri, 'mana Shan ni?'soalnya di dalam hati. Kemudian,dia lihat pula di barisan kelas 4 Exora,iaitu kelas Arianne dan Isha. 'Tiada juga?' Dia mula berasa curiga.
"Ehermmm!" Dwella pun menoleh.
"Buku mana buku?" Soal pengawas itu.
Dwella tersengih menayangkan giginya yang putih lagi bertaring. Dia mengeluarkan buku bacaannya lalu mengangkatnya rendah.
"Hmm...bagus."balas pengawas itu.
"Nia,kau ada nampak Shan ke?" Soal Dwella dalam keadaan bwrbisik kepada pengawas yang bernama Evynia itu.
"Nope. Kenapa?"
"Oh,takde..."balas Dwella. Evynia pun beredar lalu menjalankan tugasnya.
'Mana dorang ni? Takkanlah dorang ponteng?' Dwella semakin risau.
◎◎◎
Tok! Tok! Tok!
"Eh,Dwella...ada apa ni? Masuklah" Soal Datin Kelly ,mummy Ashanta. Dwella mengukirkan senyuman.
"Err...takpelah aunty. Dwell nak jumpa Shan je." Beritahunya. Dia lebih selesa memanggil aunty daripada datin,begitu juga dengan Datin Kelly.
"Shan belum balik lagi."
"Yeke? Dia pergi mana?" Soal Dwella .
"Dia tak balik dari sekolah lagi. Kenapa kamu tak jumpa dia kat sekolah je tadi ?" Datin Kelly mula hairan.
"Errr...takde apa apalah. Dwell balik dulu aunty." Mintanya.
Dia pun memulakan langkah selepas Datin Kelly mengangguk lalu tersenyum.
'Shan, kenapa kau buat macam ni?'.
☆☆☆
"Rianne,jom balik." Ajak Ashanta.
"Shan,rilek lah. Apakata kalau you cuba ni" Arianne menghulurkan sepuntung rokok dan sebatang mancis kepada Ashanta.
"Err...apa ni?"
"Rokoklah."
"Sa...saya tau...tapi..."
"Shan, kita dah besar. So tak salah pun kalau kita merokok. It's normal." Ujar Arianne.
"Betul tu. You mesti cuba." Sokong Isha.
"Takde orang nampak ke? Nanti mummy dan duddy aku nampak cam mana?" Soal Ashanta.
"Hish,you ni. Kedai runcit macam ni pun datuk datin nak singgah ke? Takdelah. Nah."
Ashanta perlahan lahan menyambut benda itu. Dia meletakkan rokok itu di bibirnya lalu membakar rokok itu dan mula merokok.
◈◈◈
"Emm...cik Dwella,ada nak beli apa apa tak? Sebab uncle nak singgah kat kedai runcit depan tu nak beli sesuatu." Soal Uncle Pian,merngkak pemandu keluarga Dwella.
"Takdelah pula." Jawab Dwella.
"Betul ni?" Soal Uncle Pian semula.
Dwella tergelak kecil. "Betullah uncle."
Uncle Pian turut tergelak."Bukan apa,nakkan kepastian."ujarnya.
Dia menghentikan kereta di depan kedai runcit kecil.Dwella bermain dengan Iphone6 nya. Beberapa minit kemudian, Uncle Pian pun masuk ke dalam kereta semula.
"Cik,tu bukan kawan cik ke?" Soal Uncle Pian tiba tiba.
Dwella mengangkat muka lalu menjenguk ke luar. Matanya terbeliak.
Dia menurunkan kaca tetingkap kereta Alphad milik keluarganya itu.Mata Dwella dan Ashanta bertembung. Dwella segera memaling ke depan semula. Lalu menutup kaca tetingkap keretanya. Ashanta pula segera membuang rokok tersebut.
"Uncle,jom balik." Ajak Dwella. Uncle Pian pun menuruti.
"Shan,are you okay?" Soal Isha.
"Ta...tadi...aku nampak Dwell."
"Seriously?"
"Yes. Macam mana ni?"
"Ok,ok rileks." Arianne menenangkan Ashanta.
"Kalau dia bagitau mummy you, cam mana?" Isha pula bersuara. Arianne memukul paha Isha.
"Guys. Aku kena balik sekarang juga." Ashanta mengambil beg sekolahnya lalu beredar dari situ. Arianne dan Isha memanggil manggilnya ,tetapi Ashanta tidak mengendahkan mereka berdua.
●●●
Sesampainya Dwella di perkarangan rumah agam milik keluarganya, dia melangkah longlai turun dari kereta.
"Uncle,tolong jangan bagitau mummy dan duddy ye,yang kawan Dwella merokok." Pintanya sebelum masuk ke dalam rumahnya.
Uncle Pian hanya mengangguk.
♔♔♔
Ashanta melabuhkan punggungnya diatas katil. Dia menarik nafas lalu menghembuskannya. Rasa bau rokok di satu badan dan juga nafasnya. Dia mengambil tuala hijaunya lalu masuk ke bilik air.
Sorry baby 4 pendek ja...tiada idea bah...
BTW don't forget to VOTE ★
♥♡♥
YOU ARE READING
Akan Kekalkah Persahabatan Ini?
Teen FictionDwella Alera seorang gadis remaja Yang popular di sekolahnya .Begitu juga dengan Ashanta Ann,sahabat baik Dwella . Persahabatan mereka meriah .Namun suatu insiden mengubah segalanya . "Shan saya tak bermaksud untuk..." -Dwella Alera "Diam! kau tu m...