bab 2 🎀

48 1 2
                                    

Arianne termenung seorang diri di biliknya. Dia teringatkan kisah dia dan Isha dikalahkan oleh Dwella dan Ashanta dalam pertandingan suara emas yang diadakan di sekolah mereka.

                            🎤🎤🎤

"...bila memang ini ujungnya, kau kan tetap ada di dalam jiwa." Setelah mendengar rangkap yang terakhir dinyanyikan oleh Arianne dan Isha ,sesetengah pelajar memberikan tepukan .

Apabila nyanyian daripada Dwella dan Ashanta bermula, semua pelajar memberikan tepukan yang gemuruh. Lagu 'secret love song' itu dinyanyikan sehingga rangkap yang terakhir.

"...Why can't we be like that, wish we could be like that."suara Ashanta yang menyanyikan rangkap yang terakhir kedengaran merdu. Semua pelajar memberikan tepukan yang gemuruh begitu juga dengan guru guru. Juri juri  berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh.

"Kan aku dah kata ,kak Dwella dan Kak Ashanta boleh kalahkan kak Arianne dan kak Isha. Dua orang badut tu cuma ada suara yang merdu je tapi tak tinggi." Kedengaran tawa daripada mereka.Arianne terdengar perbualan dua orang junior mereka...

                             ▣▣▣

"Neng,uda masa makan." Bibik Tini mengejutkannya.Peristiwa tersebut terus lenyap bak kejutan .

"Eh bik,tak reti ketuk pintu ke?"soal Arianne garang.

"Uda banyak kali bik ketuk in pintu,tapi ngga disambut oleh neng..."

"Jadi kau nak apa? "Potong Arianne,suaranya tinggi.

"Uda masa makan, ibu Joan sama bapa Danny suruh bik panggil in neng"jawab bibik Tini dengan sopan. Bibik Tini ini ialah pembantu rumah keluarga Arianne.

"Yelah yelah nanti saya turun lah."balas Arianne, lalu menghalau bibik Tini keluar menggunakan isyarat tangan.

                             ⊙⊙⊙

Ashanta menyambut bola yang dibaling oleh Dwella dengan lincah.

"Woi Dwell,baik-baiklah sikit!" Laung Ashanta.

"Oopss...sorry, tak sengaja "balas Dwella.

Ashanta mula membaling bola. Tiba-tiba seorang gadis menyambut bola tersebut.

"Boleh kita orang join? I dan Isha kan group you"soal Arianne lalu tersenyum sinis memandang Ashanta,dan menjeling Dwella.

"Oh,sure,"balas Ashanta. Mereka bertiga memandang Dwella. Diam.

"Rianne,buat apa kita nak main dengan orang yang tak sudi"sindir Isha.

"Eh,takpe korang mainlah saya nak rehat,"kata Dwella. Dia mengatur langkah menuju ke kerusi rehat di tepi gelanggang bola baling.

"Takut ke?"soal Arianne. Langkah Dwella terhenti,dia rasa tercabar.

"Ah? Apa dia? Takut? ".Dwella menoleh lalu mendekati mereka bertiga. Ashanta mendekati Dwella.

"Dwell,sabar,main je. Temankan aku," ujar Ashanta menenangkan Dwella.

"Saya tak takut ,jomlah main,"Dwella mengajak mereka bermain. Kumpulan Dwella sudahpun bersedia, begitu juga dengan kumpulan Ashanta.

Semasa bermain, Arianne dan Isha asyik menolak Dwella.

Dwella rasa seperti tercabar. Wisel  ditiup menandakan waktu bermain telah tamat,para pemain pun mula  bersurai.

                             ♛♛♛

Dwella berasa tidak berpuas hati dengan perbuatan Arianne dan Isha itu tadi . Mukanya masam mencuka ,perubahan tersebut di sedari oleh Ashanta.

Ashanta menyisip milo. "Dwell?  Are you okay? Kenapa ni?" Soal Ashanta.
"Aku tak sukalah main dengan Arianne dan Isha. Main kasar"ujar Dwella .

Ashanta mengeluh ." Dwell, memanglah.Dah nama pun pertandingan bola baling..."

"Shan, tadi tu practice bukannya pertandingan,dah lah main kasar tak minta maaf pula tu. Entah nanti, kalau dah pertandingan ,patah pula kaki aku dibuatnya " bebel Dwella. Nafasnya naik turun naik turun. Geram .

"Sabarlah." Kata Ashanta ,lalu menggosok-gosok belakang Dwella untuk menenangkannya.

"Nasib baik aku bukan orang yang pendendam ,kalau tak..."

"Dahlah, baik kau minum green tea kau tu." Potong Ashanta.'Minah ni kalau membebel macam nenek tua,tak henti-henti.' bisik hatinya.

                             ♧♧♧

Dua minggu telah berlalu. Para pemain bola baling telah bersedia . Begitu juga dengan, kumpulan Ashanta dan kumpulan Dwella .

Pusingan demi pusingan.Tibalah di pusingan akhir,dimana kumpulan Ashanta dan kumpulan Dwella bertembung .

Arianne dan Isha seperti biasa,main kasar dengan pihak lawan.

Gol 1! Dwella yang membaling bola tersebut masuk ke gawang gol. Semua para penyokong menyorak kegembiraan .

Ashanta berasa gembira kerana rakan baiknya berjaya membaling bola hingga masuk ke gawang gol. Dia mendekati Dwella. "Wah, Dwell cayalah." Puji Ashanta.

"Well,it's me."kata Dwella. "Elleh...lepas ni saksikan lah pula gol pertama kedua dan ketiga aku. Ok ."ujar Ashanta lagak angkuh.

Gol 1! Milik Ashanta. Dia dan ahli kumpulannya melompat kegembiraan.

Buk! Tiba tiba badannya terasa seperti ditolak, lalu kepalanya terhantuk di tiang gol. Penglihatannya kabur lalu gelap.


Akan Kekalkah Persahabatan Ini?Where stories live. Discover now