Setelah sampai di hadapan pintu rumah Bidan Sumi . Nek Bi terus memberi salam .
Assalamualaikum...
Sumi... Sumi...
Assalamualaikum...
Su...Belum pun sempat Nek Bi menghabiskan kata-katanya . Terpacul seorang kanak-kanak lelaki di hadapan pintu pondok usang itu .
"Nenek tak de... Nenek pergi tolong orang bersalin..." Kata kanak-kanak lelaki tersebut .
Alangkah terkejutnya Nek Bi apabila mengetahui kalau ternyata Bidan Sumi tiada di rumahnya pada malam itu .
"Ya Allah... Masa macam ni lah Sumi tak de pulak... Apa Nek bi nak buat ni...?? Tak pe lah cu... Nek Bi pergi kampung sebelah je lah... Nek Bi nak cepat ni... Anak Nek Bi nak bersalin..." Balas Nek Bi sedikit gusar .
Lantas Nek Bi menyambung kembali kayuhan basikalnya . Namun kali ini lebih laju .
Ya, kerana jarak rumah Bidan Sumi ke kampung sebelah tersangatlah jauh . Lebih dua batu jauh jaraknya .
Fikiran Nek Bi semakin berkecamuk . Di tambah pula dengan hujan lebat yang mulai turun . Lebih menyukarkan Nek Bi untuk mengayuh basikal tuanya itu .
Namun dek kerana terlalu merisaukan nasib anak perempuannya yang hendak bersalin . Nek Bi gagahkan juga dirinya untuk tetap mengayuh .
Niat Nek Bi hanyalah satu . Ingin segera sampai ke kampung sebelah . Sedang asyik Nek Bi mengayuh basikal tuanya tiba-tiba .
😱 😱 😱
Haaa...!!
Mesti readers semua nak tahu apa yang terjadi dekat Nek Bi kan?? 💩💩😹
Ayark... 💩💩
Nak bagi tahu ke tak nak...
Kena lah tunggu update seterusnya...
Untuk sekarang Authour hanya mampu bagi ni je...
Nah terimalah 💩💩😹😹
Actually...
Suka tengok readers meroyan... 😍😍
Sebab tunggu hero and heroin muncul...
Ahaks...
Jangan lupa VOTE dan KOMEN sekali ye...
Tq...
YOU ARE READING
JODOH CINTA MONYET (SORRY MUNGKIN LAMBAT UPDATE JUST TUNGGU JE...)
RomanceAmira Hani merupakan seorang gadis bandar yang pernah tinggal di kampung sewaktu dia masih kecil lagi . Namun dia terpaksa mengikuti keluarganya untuk menetap di Bandaraya Pulau Pinang di atas urusan kerja papanya . Dia hanya sempat bersekolah di ka...