BAB 7

99 5 0
                                    

Sepuluh tahun sudah berlalu .

"Amirah Hani Binti Mohd. Farid..." Jerit Cikgu Mawar apabila melihatkan pelajarnya itu masih lagi tertidur di dalam kelasnya .

Bukan pada hari itu sahaja pelajarnya itu tertidur di dalam kelasnya .

Akan tetapi sudah banyak kali terjadi perkara yang sama .

Tegur sudah . Marah sudah . Apatah lagi denda .

Bermacam-macam denda sudah diberikan kepadanya .

Namun masih tiada lagi perubahan .

"Ya...!! Cikgu Mawar...!!" Tersentak Amirah Hani daripada tidurnya apabila namanya di panggil beberapa kali oleh cikgunya itu .

"Ha...!! Tahu pun nak bangun... Cikgu ingatkan kamu nak tidur sampai esok..." Marah Cikgu Mawar .

Seluruh isi kelas 4 Kasih menggelakkannya .

"Ma... Ma... Maaf Cik... Cik... Cikgu Ma... Mawar... Saya tertidur tadi..." Hanya ucapan itu sahaja yang mampu keluar daripada mulut Amirah Hani saat itu .

"Ha...!! Itulah kamu Amirah... Kamu hanya tahu minta maaf... Dan buat lagi... Dan minta maaf lagi... Dan buat lagi... Dan minta maaf lagi... Sampai bila Amirah...?? Ha...!! Cikgu tanya ni... Sampai bila?? Kalau nak tidur tak payah datang sekolah... Tidur je kat rumah... Tak payah bangun-bangun... Tak payah belajar... Kat rumah pun tak kena marah... Haih... Amirah ni la... Cikgu tak nak terima permintaan maaf kamu selagi kamu sendiri yang tak nak berubah... Sekarang Cikgu nak kamu angkat kerusi kamu dan pergi berdiri atas kerusi di luar kelas...!!" Arah Cikgu Mawar tegas .

"Tapi Cikgu Mawar..." Bantah Amirah Hani .

"Tak de tapi-tapi... I said now... It's mean now... Sekarang...!!" Jerit Cikgu Mawar memotong percakapan anak muridnya itu .

Makin gamat seisi kelas 4 Kasih itu mentertawakannya .

Tanpa membantah lagi Amirah Hani terus mengangkat kerusinya lalu segera beredar ke luar kelas .

"Hakeem... Hakeem... Hakeem sayang cepat sikit cu... Kamu dah lambat ni nak pergi sekolah..." Panggil Nek Mas lembut .

"Ya Nek...!! Sekejap...!! Hakeem baru habis sidai baju ni...!!"  Jerit Hakeem Iskandar daripada arah belakang rumahnya .

"Cepat sikit cu... Tak pasal-pasal kamu kena denda berdiri atas kerusi dekat luar kelas lagi nanti..." Ujar Nek Mas risau .

"Ya Nek... Dah siap dah ni..." Balas Hakeem Iskandar sambil meletakkan bakul di bawah anjung rumahnya sebelum menggalas beg sekolahnya dan menyalami kedua belah tangan Nek Mas .

"Hati-hati cu... Biar lambat asal selamat..." Nasihat Nek Mas sambil memerhatikan dari jauh kelibat cucunya itu sebelum hilang daripada pandangan .

"Ya Allah... Kenapa aku rasa pening sangat ni..." Ujar Amirah Hani di dalam hatinya sebelum segalanya menjadi gelap .

Perkataan terakhir yang didengarinya sebelum dia tidak sedarkan diri hanyalah "Hani...!! Awas...!!" Daripada siapa entahlah dia sendiri pun tidak tahu .

😱 😱 😱

"Hani...!! Awas...!!" Jerit Hakeem Iskandar apabila melihatkan keadaan Amirah Hani yang tiba-tiba sahaja pitam lalu rebah dan tidak sedarkan diri .

Tanpa berfikir lebih panjang dia lantas mendakap tubuh badan Amirah Hani daripada terus rebah menyembah bumi .

"Berat juga rupanya kau ni Hani... Nasib baik sayang" Bisik hati kecil Hakeem Iskandar .

JODOH CINTA MONYET (SORRY MUNGKIN LAMBAT UPDATE JUST TUNGGU JE...)Where stories live. Discover now