"Kau ni macam stres aje." Tegur Nabilah Hani, mencuit sedikit bahu kawan baik merangkap rakan serumahnya itu. Tasha mengeluh panjang, tahulah Nabilah apa yang dia sangkakan itu betul.
"Kalau aku cerita, kau mesti tak percaya." Laju Tasha menjawab selepas keluhannya, tangannya masih lagi bermain dan menggeletek Oren si kucing kesayangannya walhal Oren tidak langsung melayannya. Oren pun sudah agak tua, hampir mencecah usia dua tahun. Manalah larat nak bermain seperti anak kucing.
"Apa kau ni, cakap macam tu. Pernah ke aku tak percaya kau? Cerita ajelah."
"Aku dapat kerja." Jawapan Tasha membuatkan Nabilah ingin melonjak kegiranggan walaupun sedikit kekeliruan.
"Yeke? Kerja apa? Alhamdulillah!" Dia mengusap telapak tangannya ke mukanya, tanda syukur. Tasha menjelingnya tajam. Eh, orang tengah stres dia boleh seronok.
"Cleaner!"
Terus Nabilah terserdak air liur mendengar jawapannya itu. "Cleaner? Kau kerja dekat mana ni?"
"Dekat EZ Inc. Kau tahu kan.. yang hari tu aku bawak kau ronda dekat depan wisma haritu."
"Kira kau kerja sekali dengan Kak Linda lah kan?"
"A'ah." jawab Tasha sebelum mencebik "Tapi kan, yang aku sakit hati... Dia bagi aku kerja cleaner?!" Dia mendengus kasar. "Muka macam aku ni dia suruh jadi cleaner?! Habis kuat biarlah aku jadi clerk, aku bukannya bodoh sangat pun!" Rungutnya. Tapi memang benar dia mempuntai diploma dalam bidang perakaunan. Cuma peluang pekerjaan bagi bidang itu terhad, dia tidak berpeluang untuk mencari kerja berkenaan perkauanan.
"Yang kau tiba-tiba mintak kerja dekat situ kenapa?" Soalan demi soalan Nabilah ajukan.
"Aku tak mintak pun."
"Habistu?"
Okey, inilah pembuka cerita yang agak panjang lebar. "Kan dia orang book aku decorate hall. Kak Linda yang recommend aku kat dia orang. Aku punya decorate lawa gila, berbunga-bunga aku buat! Bagilah ceria sikit kan? Lagipun, Kak Linda cakap bos dia, si CEO tu suruh bagi nampak lawa je, tak ada pulak cakap tema itu ini. Time aku mula-mula masuk hall tu, Ya Allah, jangan cakaplah! Macam wad sakit jiwa. Dah aku buat bagi lawa, CEO tu pulak tak puas hati! Kurang asam betul. Dia kata sebab hasil kerja aku, habis projek dia. Sempat lagi dia hina aku. Dia suruh aku bayar.. RM25 Juta untuk ganti rugi."
Melopong Nabilah mendengar. RM25 Juta?! Bukan RM25!
Melihatkan Nabilah tidak berkata apa-apa kerana kehilangan kata-kata dek terkejut, Tasha sambung berleter seorangan. "Kalau macam tu, kenapa nak upah orang hias-hias dewan dia tu? Bila orang dah hias, marah pulak! Ish, orang kaya memang macam tu, eh? Ikut sedap mak bapak je!"
"Orang kaya memang macam tu, dia orang kan banyak duit. Peduli apa kau fikir macam mana." Sempat lagi Nabilah mencelah, dapatlah dia 'hadiah' jelingan dari kawannya yang sudah terang-terangan sedang bad mood tu. "Kau ni nak menangkan aku ke dia?"
"Of course la kau," Nabilah cepat-cepat menjawab, bimbang akan merosakkan lagi mood temannya yang sememangnya sudah buruk itu. "Tapi itu kan fakta. Kau pun tak boleh tepis hakikat."
Sekali lagi Tasha melepaskan keluhan yang teramat panjang, merungut dalam nafasnya.
"Habis tu, macam mana ni?" Nabilah yang malang nasibnya cuba bersoal dengan nada prihatin tetapi dibalas dengan lirikan tajam dari mata sahabatnya itu. Aduh, kalaulah mata seseorang itu dianggap sebagai pisau... sudah lama dia mati ditikam!
"Macam mana apanya? Nak tak nak, terpaksalah aku kerja." Telinga Oren ditarik sedikit, melepaskan geram kepada kucing yang sama sekali tidak berdosa itu. Nabilah menelan air liur, matanya beralih ke kucing yang tua itu. Oren tidak membalas apa-apa, berganjak sedikit pun tidak biarpun telinganya seakan-akan hampir putus. Kucing itu sendiri tahu, sekiranya tidak dilayan tuannya itu dia sendiri yang akan mendapat habuan. Kasihan...
"Sudah lah, aku nak tidur. Esok kena bangun awal. Pukul 10 wajib terpacak dekat sana dah." Oren yang bernasib malang itu sekali lagi ditepis, dan Nabilah tahu sebijaknya dia tidak perlu membuat sebarang komen apabila Tasha berarak ke biliknya dengan penuh kemarahan.
Tetapi sudah menjadi kebiasaan dia bertanya kawan serumahnya itu sebelum tidur. "Eh, kau dah solat Isyak ke belum."
"Sudah." Terdapat nada malas dalam suara Tasha yang sudah berada di dalam bilik itu. Nabilah pun tahu Tasha sudah malas melayannya.
______
Dahinya diraut kasar, mengurut bahagian tepi kepalanya yang terasa seperti berdenyut-denyut laju gara-gara stres yang mengombak-ngombak di dadanya. "I'll be damned..." Dia mengomel seorang diri, tiada siapa lagi di dalam bilik yang direka hias seperti home office itu.
Kedengaran pintu dikuak sedikit, tetapi dek angin marahnya yang seperti taufan itu, suaranya ditinggikan seakan-akan respon stimuli semulajadi yang dirangsangkan oleh reseptor tanpa sedar. "Fucking hell, Nadia! I've told you many times—Don't you know how to knock?!"
"Huh." Remaja yang mirip wajahnya versi perempuan berdiri di depan pintu itu memberinya eye roll, barangkali sudah terbiasa dijerkah begitu. "Do you want to die of starvation or what?" Soalnya kemudian, matanya melilau-lilau di sekeliling bilik itu. 'Macam bilik mayat aje office abang aku...' Terdetik sedikit di hatinya. "Gaduh dengan girlfriend pun jangan la skip dinner, mama is getting worried."
"Piss off." Bidas Emir kasar. "I've got no time for that. You know—"
"Who is that?" Nadia tertarik dengan fail lutsinar seakan-akan resume yang kemas disusun di atas meja abangnya. Tidak endah pun hendak bertanya kebenaran, sesedap hati saja dia mencapai fail itu. "She's pretty," komennya pada gambar yang terselit di dalam resume itu. "She looks like Linda but pretti—"
"Keep your nose to yourself," fail yang berada di tangannya itu dirampas semula, lengkap dengan amaran 'jangan menyibuk'. "That's the new cleaner. Now you shut up, and get out."
"Cleaner?" Kening Nadia terangkat sedikit. Sama sahaja seperti abangnya, suka mengangkat kening. Kenapa kali ini abangnya mengambil tukang cuci yang muda dan cantik? Selalunya tua sahaja. "Huh, whatever. Mama panggil makan or dia akan check sendiri what's up with you."
"This is about the business, okay. It's not like you know anything about it."
Sememangnya sudah menjadi tabiat. Biasalah remaja zaman kini, matanya digulingkan ke belakang tanda perangai abangnya itu memang menjengkelkan. "True, I don't know anything about it." dia akui. "But come on la, takkan la Señor Alvaro nak cancel the whole plan just sebab hall tu berbunga-bunga?" Nadia cuba berfikiran logik. "Plus, cantik apa the red roses! I love it, the hall looks like a place for a princess."
"Exactly why I don't like it. You see, impressions are important." Ada sahaja jawapan anak sulung itu.
"Fine, whatever. Malas nak layan," si bongsu mengalah. "Just come downstairs and eat. Jangan susahkan mama." Terus dia beredar dari situ, meninggalkan abangnya sendirian. Pintunya dibiar ternganga luas dan fenomena yang biasa terjadi di seluruh Malaysia itu amat menyakitkan hati bagi Emir. Susah sangat ke nak tutup pintu?
Emir meraut wajahnya sekali lagi sebelum perhatiannya dialihkan kepada resume itu tadi. Gambar wanita yang tersenyum berbentuk passport itu direnungnya walaupun seakan sepintas lalu. Terus fail itu disimpan rapi di dalam drawer mejanya, sebelum dia sendiri bangun untuk turun ke ruang makannya.
Entah mengapa, setiap kali dia terkenang wajah minah decorator itu, CEO muda itu rasa seolah-olah dia bagaikan sudah penat untuk meneruskan hidup.
YOU ARE READING
Jodoh Miss Bunga & Boss Hantu
Fanfiction"Awak sedar tak sebab hiasan bunga awak tu, hampir ranap syarikat saya?" Tasha Emilia hanyalah seorang pencinta bunga yang baru menjalankan perniagaan kedai bunga di usia yang muda. Kagum dengan kebolehan reka hias Tasha, kakaknya, Emelinda telah m...