Prolog

1.7K 84 8
                                    

Emir mengusap-usap raut wajahnya, keluhan demi keluhan dilepaskan dalam rasa gusarnya apabila dia menjejakkan kaki ke dalam meeting hall tersebut.

Melihatkan suasana dewan itu yang penuh dengan bunga-bungaan dan mawar merah terutamanya, tahulah dia yang dia akan masak sehangusnya malam ini. Membuat first impression yang bagus teramatlah penting bagi seorang perfectionist sepertinya. Tetapi melihatkan keadaan dewan yang seperti majlis perkahwinan ini, siapalah yang akan kagum?

Bau bungaan segar itu sudahlah kuat dan memeningkan kepala, hiasan pula ala-ala fairytale garden. Mesyuarat yang akan diadakan malam nanti ialah bersoalkan bisnes dan projek barunya dengan client daripada Sepanyol... bukannya membuat theatre percuma Alice in Wonderland!

Pasti dia akan kehilangan projek yang bernilai jutaan ringgit ini... gara-gara dewan yang dihias seperti bertemakan romantik ini.

"Linda!" Suara CEO muda itu kuat memanggil secretarynya yang baru sahaja mula berkerja dua minggunlepas. Sememangnya, ini adalah kali kedua dia berganti personal assistant pada bulan ini. Dan nampaknya, dia terpaksa menggantikan yang baru lagi.

"Ya, tuan." Linda cuak apabila CEO muda yang berdarah Francis kacuk itu menatap wajahnya dengan ekspressi dingin. Matanya yang berwarna coklat terang semakin menggelap dengan kemarahan.

"What the hell is this? Do you think this is some kind of joke?" Ah, sudah! Dia mula speaking. Tahulah Linda yang dia memang betul-betul dalam masalah. Emir Ziqry tidak pandai curse dalam Bahasa Melayu kerana dianggapnya kasar, jadi apabila dia marah, secara automatik lidahnya bertukar mat saleh.

"I.. No, sir." Terketar-ketar dia menjawab persoalan lelaki itu.

"I have only 12 hours before the meeting! How am I supposed to
redo all of this bullshit? And you know this is a grand project, I can't lose it."

Linda hanya mampu mengangguk, tidak berani melawan. Dia tahu bossnya itu memang tidak teragak-agak untuk memecat pekerjanya sekiranya dia tidak berpuas hati.

"Yes, Linda? I expect an answer." Tajam matanya merenung wanita yang lebih kurang setahun dua lebih muda daripadanya itu. Linda rasa seakan-akan dia hendak mula menangis. Dia tidak boleh kehilangan kerja.

"Tuan boleh delay meeting tu." Dengan teragak-agak dia mengajukan cadangan. Sudah dititahkan sang singa untuk bersuara, dia cakap sajalah apa yang mampu.

Kening Emir terangkat sedikit, jelasnya dia masih tidak berpuas hati. "Delay? You cakap senang je. They are from Spain. What would you think, if you are from Spain... rushing your way to Malaysia only for a meeting, then suddenly the other side calls you to delay it? Would you be happy?"

Linda terkedu. Aduh, jangan menangis!

"Exactly. Now that I know neither of us can fix this and I have to risk losing the project, I want to meet the idiot who decorates it. You have 15– fuck it, you have 10 minutes to get her here, or you're fired."

Linda terpinga-pinga memerhatikan bossnya berpaling arah dan bergegas keluar dari dewan itu dengan marah.

Jodoh Miss Bunga & Boss HantuWhere stories live. Discover now