Aku tak faham kenapa dunia ni kejam!!!Kenapa?? Kenapa bila kita tanya pada seseorang tu "Kau ikhlas tak kawan dengan aku?? Kau kawan dengan aku sebab ape hah??Aku cantik tak?? " Jawapan mereka "Aku ikhlas dan aku kawan dengan kau sebab kau baik, aku tak kisah kau cantik ke buruk." Jawapan tu sekadar untuk menyedapkan hati je. Kita tak tahu hati budi seseorang tu, kita hanya kenal luaran tetapi mereka sendiri yang kenal diri mereka.. tipulah kalau tak menilai dari paras rupa. Orang cantik selalunya akan diberi layanan yang baik dan ditatap dengan suka tetapi orang yang buruk akan diberi layanan biasa biasa dan dijeling tanpa riak.. Kenapa perlu membezakan rupa paras seseorang? Kenapa kalau cantik selalu dikira sebagai baik manakala buruk dikira jahat? Allah dah cipta manusia dengan pelbagai variasi.. Jika semua manusia cantik , kita tidak dapat menikmati kehidupan dan manusia mungkin riak dengan penampilan yang mereka ada. Sebagai manusia bersyukur dengan rupa paras yang kita peroleh .Tak perlulah membuat pembedahan plastik semata-mata untuk kecantikan. Jangan seksa diri untuk cantik. Jika ada orang yang berupa paras tidak secantik anda, jangan dihina mereka. Jika mereka cantik, anda tiada dalam pandangan mereka malahan disudut mata mereka anda langsung tidak kelihatan. Jadi, hargai setiap manusia tanpa membezakan rupa paras mereka.
YOU ARE READING
AKU TAK FAHAM
RandomSemua yang terkandung berdasarkan apa yang yang aku fikirkan .. siapa yang terasa tu mungkin dia makan cili lah kot..