Aku tak faham kenapa ada ibu bapa yang membeza-bezakan anak-anak dia dengan anak-anak orang lain. Mereka tak tahu ke yang anak- anak mereka sebenarnya terluka apabila mereka dibezakan dengan anak jiranlah, anak mak cik atau pak cik lah, dengan kawan-kawan sekelas mereka lah.. Mereka sebenarnya tertekan dengan perkara tersebut dan mereka memaksa diri mereka untuk menjadi lebih baik daripada orang sekeliling mereka.. Kesian anak-anak yang dibezakan. Apabila anak-anak tidak dapat menjadi seperti yang ibu bapa mereka impikan, mereka akan kecewa kerana hasrat kedua ibu bapa mereka tidak tercapai.. Maka, prestasi anak-anak akan menurun sedikit demi sedikit. Ibu bapa perlu memberi sokongan bukan tekanan dengan membezakan anak-anak mereka.
YOU ARE READING
AKU TAK FAHAM
RandomSemua yang terkandung berdasarkan apa yang yang aku fikirkan .. siapa yang terasa tu mungkin dia makan cili lah kot..