Seringkali persoalan yang timbul di minda kita , kenapa kita susah sangat untuk bersyukur. Kadang-kadang kita keliru bagaimana kita nak terjemahkan rasa syukur itu.
Kita ambil satu analogi bagi memudahkan kita memahaminya.
Ali dan Abu diberikan ladang untuk dimajukan. Setiap ladang itu mempunyai beberapa tanaman buah-buahan. Jadi, Ali dan Abu diberikan tempoh untuk memajukan ladang tersebut dalam beberapa bulan yang telah ditetapkan. Maka, setelah beberapa bulan berlalu pergi. Tiba masanya untuk menuai tanaman mereka. Ali telah mendapat tuaian yang begitu banyak berbanding Abu.
Kejayaan Ali mendapat tuaian yang tinggi adalah kerana Ali sangat menjaga hubungannya dengan ALLAH SWT manakala Abu bertindak sedemikian.
Kenapa Ali mendapat tuaian yang tinggi kerana dia menterjemahkan rasa syukurnya dengan menjaga hubungan kepada Allah SWT.
Betapa pentingnya menjaganya kerana Allah SWT itu merupakan pemberi rezeki kepada hambanya. Apabila mana kita tidak menterjemahkan rasa syukur dengan sebaiknya maka banyak perkara akan berlaku seperti kita tidak pernah merasa cukup apa yang ada dan tidak merasa tenang dengan kejayaan umat islam yang lain.
Kita boleh menterjemahkan rasa syukur itu dengan menggunakan 3 anggota iaitu lidah , anggota badan dan hati. Ucaplah Basmalah untuk memulakan sesuatu dan mengakhiri dengan mengucap Alhamdulilah. Seterusnya, gunakan anggota badan kita ini untuk menunaikan solat lima waktu dan mengerjakan amal kebajikan. Ini kerana jika kita ingin berjaya, jangan sesekali meninggalkan solat. Solat merupakan tunjang utama kepada segalanya. Jika kita memahami susunan azan, "Marilah solat", "Marilah menuju kejayaan". Allah SWT tidak menyuruh kita mengejar kejayaan terlebih dahulu tetapi menyeru kita untuk melakukan solat. Ini kerana solat merupakan kunci kepada kejayaan. Seterusnya , melalui hati kita mempercayai bahawa Allah itu pemberi rezeki kepada hambanya dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Dia berikan kepada kita.
Selain itu, sukarnya rasa syukur itu hadir kerana kita sering mengeluh. Mengeluh sebab duit tidak cukup, mengeluh sebab mendapat kurang hasil tanaman, mengeluh kerana pointer tak sampai dekan dan banyak lagi tanpa kita sedar.
Kenapa kita mengeluh ? Cuba tanya diri kita balik .
Tetapi selalu orang yang banyak mengeluh ini ialah orang betul-betul berusaha akan benda tu. Contohnya , kita menduduki SPM dan ingin mendapat straight A dalam exam tersebut. Akhirnya,hanya mendapat 4A sahaja. Masuk tuisyen tak henti-henti , makan kismis berkotak-kotak dan sebagainya. "Memang frust giler la kan?"
Confirm mengeluh dan menangis teresak-esak bagai nak rak. Tetapi kenapa sukar untuk bersyukur selepas dapat 4A ? Sebab tak terima kenyataan kot.
Ada asbab kenapa Allah tak bagi straight A waktu tu. Mungkin sebabnya Allah nak ajar kau erti bersyukur, redha dan jangan putus asa. Walaupun dalam Al-Quran Allah ada berfirman dalam surah An-Najm ayat 39, orang yang berusaha pasti akan dapat yang dia nak. Tetapi tidak mustahil Allah akan turunkan ujian kepada kita. Sesungguh dia Maha Berkuasa dalam semua perkara. Dan tidak semestinya orang yang mendapat straight A itu Allah itu tidak akan uji. Allah SWT akan uji juga. Tiada siapa pun di dunia ini yang Allah SWT yang tidak uji hatta Rasulullah SAW pun Allah uji.
Jadi apabila kita mendapat sesuatu sama ada kita mencapainya ataupun tidak. Bersyukur dan redha akan semua itu. Dengan kita bersyukur dan redha ini, Allah akan menambah nikmatnya kepada kita tanpa kita sangka-sangka. Percayalah !
Jadi bersyukur itu mudah tetapi kita yang menyukarkan.
Bersyukurlah setiap masa. Hatta kau bersin pun kau kena cakap "Alhamdulilah".
YOU ARE READING
WHY WE MUST BE GRATEFUL?
RandomApabila kita tidak merasakan apa-apa sesuatu pemberian Allah SWT, Maka perlulah kita fikirkan. Mungkin kita tiada sifat syukur dalam diri. "Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu menginkari (nikmat)-Ku" (Surah Al-Baqarah ayat 152)