- START -
==
Buku kecil dikeluarkan dari sebuah laci mejanya. Helaian demi helaian di selak dan akhirnya dia terhenti pada satu helaian yang memaparkan gambar pelajar bernama ' Kim Yun Hee '. Diusap gambar itu dengan tangan kasarnya.
Kemudian pen berwarna merah dikeluarkan dan dia menulis ' DIE '
" Hahahaha ! Kau merupakan mangsa yang ke-3 .. Semoga bahagia di dunia sana sayangku "
Gelak tawa seperti orang tidak waras kendengaran di segenap ruangan itu. Kemudian, satu persatu muka - muka pelajar lain diperhatikan untuk mencari mangsa seterusnya.
Matanya tertumpu di satu gambar pelajar. Senyuman sinis terukir dibibirnya. Pisau lipat yang berada di atas lantai dicapai lalu gambar pelajar tersebut mula di toreh - toreh dengan pisau. Sekali lagi dia tergelak.
" get ready baby. Ajal akan datang pada kau "
==
Keadaan di sekolah begitu kecoh dengan berita kematian Kim Yun Hee. Seorang pelajar yang menjadi harapan sekolah kini telah mati. Seminggu sebelum dia disahkan mati, dia telah hilang Dan jejaknya sama sekali tidak dapat dikesan.
Malam tadi, ahli keluarga yunhee dikejutkan dengan penghantaran anggota² badan milik yunhee yang telah dikerat - dikerat. Mereka terus membuat laporan polis. Penculik ini sungguh pandai dan licik kerana tiada sebarang kesan yang ditinggalkan olehnya pada beg berisi anggota badan yunhee tersebut.
Sesungguhnya , pesalah ini merupakan seorang yang kejam.
==
Kai termenung jauh memandang keluar tingkap kelas. Hanya jasad yang ada di dalam kelas .. Rohnya mungkin telah terbang ke tempat lain.
Suga yang kebetulan baru masuk ke kelas hanya memandang kai. Tiada langsung terniat dalam hatinya untuk bertanya mengapa kai termenung. Memandangkan waktu rehat sedang berjalan, hanya mereka berdua yang berada dalam kelas kini.
" suga "
Kepala ditoleh memandang kai. Pelik dia melihat perubahan sahabatnya itu.
" kenapa kau panggil aku? "
" saja. Aku rindu dekat yunhee .. "
" kenapa kau rindu dia pulak ? Bukan korang bergaduh ke? "
" ntahlah .. Lagipun yunhee childhood aku mestilah aku terasa sangat time aku dengar berita tu. "
" oh, aku pun rindu dia juga .. Cakap pasal tu .. Kau rasa siapa pembunuh yunhee tu "
" ntahlah .. Yang aku tahu kalau aku tahu siapa yang bunuh dia memang aku kerjakan orang tu sampai habis. "
Suga hanya menganggukkan kepalanya kemudian dia memandang ke depan kembali untuk menyambung kerjanya yang tergendala tadi. ' mungkin kai pembunuh yunhee? Sbb dia saja yang tahu rumah yunhee dan dia yang terakhir bersama yunhee sebelum yunhee hilang. ' sempat lagi dia bermonolog dengan dirinya. Benarkah kai yang membunuh yunhee ?
==
Buku yang mempunyai gambar semua pelajar di sekolah itu dikeluarkan. Helaian yang terdapat gambar yunhee di buka. Senyuman sinis dilemparkan.
" kau tahu tak? Aku rindu nak tengok kau terseksa tapi kau try lawan jugak aku macam apa. Now you deserve it "
Gambar itu diusap bagi melepaskan rindunya.
" kau tahu tak ? Ada orang lain rindu kau .. Hahahah lawakkan? Simpati aku tengok dia "
Ketawanya mula kendengaran sekali lagi. Gambar pelajar yang bakal menjadi mangsanya yang seterusnya diperhatikan.
" Park Se Ra "
" baby ~ I'm coming "
==
☞ T B C ☜
==
Finally part one siap (ಥ﹏ಥ) ..
Maaflah kalau ayat serupa budak baru belajar (´つヮ⊂) ..
MOHON ABAIKAN SEGALA TYPO WAHAI READERS YANG DIKASIHI .. Hohoho .. Korang rasa siapa yang psycho ( ̄▽ ̄) ??KAI or SUGA ?
☞ THANKS ☜
YOU ARE READING
[ HIATUS ] PSYCHOPATH || M.Y.G + K.J.I
Mystery / ThrillerJemputlah baca cerita yang sememangnya merepek ini ☻ NOTE : VERY SLOW UPDATE !! Cast : - Min Yoongi a.k.a Suga - Kim JongIn a.k.a Kai