Part 8

2.4K 76 0
                                    

Adam Mikhael..

Adam Mikhael baru sahaja sampai dihotel Hibari bertaraf 5 bintang untuk makan tengah hari bersama dengan keluarga tunangnya, Hana. Lebih kurang 2 minggu lagi pernikahan mereka akan bakal berlangsung. Sebagai lelaki, Adam berasa sangat bertuah memiliki Hana. Bagi Adam, Hana adalah seorang gadis yang sangat baik dan juga seorang yang lemah lembut.

Perhubungan mereka pula telah pun mencapai hampir 3 tahun. Disebabkan itu, Adam berfikir sudah tiba masanya untuk Adam berumahtangga dengan gadis pilhannya itu.

Bagi Adam, Adam tidak pernah memilih rupa yang cantik untuk menjadi suri hati, cukuplah baginya kalau seseorang wanita itu mempunyai agama, rajin, baik dan menghormati mamanya. Rupa yang menawan itu adalah bonus baginya. Apa yang penting adalah hati dan juga perwatakannya.

Adam dengan bertemankan mamanya, Dato' Khadijah bagi melengkapkan lagi makan tengahari mereka dua buah keluarga. Ayahnya, Dato' Musa telah meninggal dua tahun yang lalu akibat sakit jantung.

"lagi 2 minggu Adam dan Hana akan melangsungkan pernikahan, ada apa apa lagi ke yang tak cukup? kalau ada jangan segan silu nak bagitau mama ya." Khadijah memandang lembut kearah anak kesayangannya dan juga Hana yang sudah tersipu malu.

Bagi Dato' Khadijah duit tidaklah menjadi masalah buatnya. Dato' Khadijah hanya mempunyai seorang sahaja anak bujang dan seorang lagi anak dara, Alia Mikayla yang sedang menuntut disalah sebuah universiti di United Kingdom. "Tak ada auntie, hanya cincin sahaja belum beli lagi. Maklumlah, Adam kan selalu sibuk, lagipun Adam ni pelupa kalau beli awal sangat nanti takut pula entah mana dia letak nanti" seloroh Hana.

"Eh apa pula panggil auntie lagi ni, panggil mama. biasakan panggil mama ya. Pasal cincin tu, insyaAllah ada masa lagi. Lagipun Adam dah nak ambil cuti kahwin. kan adam?" Adam hanya mengangguk tersenyum memandang bakal isterinya dengan rasa sayang yang menggunung.

"Sudahlah bincang pasal barang kahwin. Kalau cerita pasal kahwin ni sampai bila pun tak habis, dah mari makan." seloroh Datin Hasnah bakal biras Dato' Khadijah sambil ketawa. "Yelah Datin, anak lelaki cuma seorang. Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk Adam" pandang Khadijah sayu melihat anaknya sudah meningkat dewasa. Kalau boleh Khadijah mahu anak dan menantunya tinggal bersama sama dirumah agam mereka. Tetapi dalam masa yang sama Khadijah mahu membiarkan mereka membuat keputusan mereka sendiri. Khadijah tidak mahu dikatakan sibuk campur urusan privasi mereka kelak.

Habis sahaja makan tengahari, keluarga Hana meminta diri untuk pulang kerana ayahnya Hana, Dato' Syukur harus bergegas kelapangan terbang pula untuk terbang ke Mexico atas urusan kerja.

Adam dan Dato' Khadijah mengiringi Hana sekeluarga sehingga ke parking kereta. Sementara menunggu pemandu kereta datang, Adam sempat bertanya kepada Hana, "Hana sayang Adam tak?" sambil tersenyum malu Hana menjawab, "Mestilah, kalau tak, takkan Hana setuju nak kahwin dengan Adam?"  Hana meyakinkan Adam. "Yelah, manalah tau. Sebab sebelum ni pun perempuan yang nak kahwin dengan Adam sebab duit je. Tapi Adam yakin, Hana tak macam tu kan?" Hana terus berubah air muka apabila mendengar Adam tanya begitu.

"Hana, Hanaa? ehh You?" Adam memanggil Hana sambil menggerakkan tangannya dihadapan muka Hana. Hana tersentak dari lamunan dan memandang Adam yang sedang tersenyum memandang dirinya. "Mengelamun apa?" tanya Adam tergelak kecil. "Ermm tak ada apa apa, kenapa?" tanya Hana. "Tak adalah, Adam tanya Hana tak jawab? sempat pula tu mengelamun. Tak apa, Hana balik rehat. Pemandu Hana pun dah sampai dari tadi, Hana je yang berangan"

Hana terus memandang kebelakang melihat mak dan ayahnya sudah berapa didalam kereta sambil tersenyum kearahnya. Hana memandang kembali kearah Adam "Nanti kita jumpa lagi. okay?" Adam hanya mengangguk dan tersenyum melihat Hana sambil melambaikan tangannya lembut. Hana melangkah masuk kedalam kereta sambil melambai ke arah Dato' Khadijah dan bakal suaminya, Adam Mikhael.

Adam melihat kereta tunangnya beransur pergi sehingga hilang daripada penglihatan. "Sudah sudah lah tu nak. Dah hilang dah pun kereta tunang awak tu. Esok lusa jumpa lagi" Kata Khadijah dengan bersahaja. "Haha, pandai pandai je mama ni." Adam menggeleng kepala. "Anak mama, mama taulah. Dah jom, kita jalan ke kereta kita. Tak perlulah tunggu Pak Samad datang sini." Adam mengangguk setuju. Tak ada apa yang perlu takut. Dato' Khadijah sentiasa berjalan dengan pengawal peribadinya walaupun Dato' Khadijah lebih gemar berjalan sendirian. Sebagai langkah untuk keselamatan diri, Dato' Khadijah akur dengan permintaan bekas suami membiarkan pengawal peribadi menjaga ketat dan mengiringi dirinya walau dimana sahaja Dato' Khadijah berada.

Dato' Khadijah adalah usahawan paling berjaya di Malaysia dan disenaraikan sebagai top 5 usahawan paling kaya di Asia. Jadi sebagai langkah berjaga jaga, Dato' Khadijah akan sentiasa diiringi oleh pengawal keselamatan kemana sahaja Dato' Khadijah pergi. berlainan pula dengan Adam, lebih suka berjalan seorang tanpa pengawal dan hanya bertemankan pemandu sahaja. Itu pun sudah cukup membuatkan Dato' Khadijah sentiasa risau.

Adam dan Dato' Khadijah berjalan kearah kereta mereka. Ketika Adam hendak membuka pintu untuk mamanya, mereka tedengar suara perempuan menjerit meminta tolong. Adam cuba untuk mencari arah suara perempuan tersebut. "Adam, apa diorang cuba buat dekat anak tu. ya Allah, Adam. tolong mama berhentikan mereka."

Adam melihat kearah yang ditunjuk oleh mamanya. Adam mengarah beberapa pengawal keselamatan untuk mengekorinya kearah gadis tersebut yang sedang meronta untuk melepaskan diri.

"Hoi! Lepaskan perempuan tu!" jerit Adam melihat Maisarah yang sedang cuba meronta untuk melepaskan diri. Melihat Adam dan beberapa pengawal meluru kearah mereka, mereka terus berhenti daripada bergelut dengan Maisarah dan cuba untuk melarikan diri.

Adam cuba untuk mengejar mereka akan tetapi terbantut apabila melihat Maisarah seperti mahu tumbang dan membiarkan pengawalnya sahaja pergi mengejar mereka. Sebelum badan Maisarah menjejak bumi Adam sempat berlari kearah Maisarah dan merangkul pinggang Maisarah erat. "Cikk..Cikkk.." Adam cuba memanggil Maisarah yang tidak sedarkan diri.

Tidak tahu apa yang harus dilakukan Adam mengangkat Maisarah dan terus membawa Maisarah ke kereta. "Ya Allah! Apa dah jadi ni" Dato' Khadijah yang terkejut melihat Maisarah terus membuka pintu kereta memberi ruang kepada Adam untuk membaringkan Maisarah di tempat duduk belakang.

Tanpa berlengah, Dato' Khadijah terus mengarah pemandunya "Samad balik rumah saya, cepat!"

"Tolong.." Adam memandang wajah polos Maisarah dibelakang kereta bersama mamanya. Terngiang ngiang suara Maisarah meminta tolong tadi sebelum Maisarah tidak menyedarkan diri. "Siapa perempuan ni sebenarnya?" Fikir Adam.

MaisarahWhere stories live. Discover now