Maisarah bangun seawal 6 pagi untuk menunaikan solat subuh dan bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Hari ni, hari pertama Maisarah bekerja. Perasaan Maisarah bercampur baur. Belum pernah Maisarah merasa bekerja di mana mana syarikat.
Hari ini, Maisarah mengenakan peplum blouse berwarna biru dan seluar seluar slack berwarna hitam yang dibeli ketika Maisarah keluar dengan Adam tempoh hari. Maisarah tidak perlu makeup terlalu tebal, hanya dengan meletakkan sedikit bedak dan lip gloss sahaja sudah memadai.
Rambut Maisarah pula sudah sememangnya semulajadi lurus dan tebal, jadi Maisarah tidak perlu memikirkan sangat untuk meluruskan rambut dan penjagaan rapi. Memang sudah semulajadi hitam dan cantik. Rambut panjang paras atas pinggang dibiarkan lepas okeh Maisarah.
"Hmm..entahlah, okay kot?Ahh biarlah, aku nak pergi kerja bukan nak masuk Miss World pun. Janji kemas" selepas sahaja Maisarah berpuas hati dengan penampilannya, Maisarah mahu turun ke bawah untuk breakfast terlebih dahulu.
Sebelum keluar bilik Maisarah melihat Adam merenung Maisarah daripada kepala sehingga ke kaki. "buruk sangat ke aku sampai dia pandang macam tu." Maisarah ikut tunduk memandang baju dengan seluarnya. Adam yang tersentak daripada lamunan terus mengambil tuala dan masuk ke bilik air.
"Aku rasa macam okay je, aku bukannya tau nak berfashion, memang lah tak sama macam Hana. Tapi biarlah, peduli apaa." bisik Maisarah dalam hati dan terus mengambil bag untuk turun menemui Dato' Khadijah.
Adam Mikael....
Adam terlewat bangun hari ini. Terlalu letih memikirkan hal semalam yang tak berkesudahan. Pukul 4 pagi baru Adam balik ke rumah. Bangun sahaja daripada tempat tidur Adam melihat Maisarah telah bersiap siap memakai baju formal.
"Ohh hari ni hari Rabu, dia dah start kerja." Adam bermonolog dalam hati. Adam lihat Maisarah sedikit terkejut apabila melihat Adam berdiri tegak memandang dirinya.
Adam terpegun melihat Maisarah memakai baju yang dibelinya tempoh hari. "Cantik.." kata Adam dalam hati sambil mata memandang Maisarah daripada atas kebawah. Adam bertambah risau apabila teringat Maisarah akan bekerja dibawah Sulaiman, si kaki perempuan tu. Adam berasa tidak senang hati.
Adam tersentak daripada lamunan apabila melihat Maisarah tunduk memandang dirinya sendiri, terus Adam mencapai tualanya dan masuk ke bilik air. "Kenapa kau tengok macam tu Adam? tak pernah tengok perempuan cantik?" getus Adam.
"Eh Ya Allah, subuh!" Adam bergegas untuk membersihkan diri.
YOU ARE READING
Maisarah
Romance[COMPLETE] Adakah Maisarah selamanya akan menderita? 🐼 My very first novel. Omg!? 🥳😱 🐼 Cliche, cringe are all in one package 😂🤣 🐼 Read at your own risk. 🧨💣