2

9 1 0
                                    

Jinyoung dan aku masih bersama hampir 5 bulan!
Tapi sejak kebelakangan ini, Jinyoung seperti tidak melayan aku seperti biasa.

Aku selalu melihat dia dengan Areum. Siapalah tak kenal dengan Lee Areum seorang gadis yang sangat popular di SOPA.

Ayah dia adalah seorang datuk bandar di Seoul dan ibunya seorang saintis yang terkenal.

Aku dengar, Areum menyukai Jinyoung dalam diam tetapi Jinyoung dengan Areum hanya kawan tetapi mesra.

Aku tahu mereka hanya berkawan sebab itulah aku tidak peduli, tetapi ianya sangat menyakitkan aku secara senyap. Sudah 2 minggu aku mengalami perasaan itu.

4 April 2015, itu adalah monthsary kami kali ke-5. Aku bercadang hendak menyambut dengan menghabiskan masa kami di tasik yang berhampiran tempat tinggalku. Jinyoung kebelakangan ini sibuk dengan pembelajarannya. Maklumlah boyfriend aku ni kan pelajar yang terbaik antara pelajar dan di sekolah.

~Di tasik, 4:00 p.m.~

Tepat pada masanya kami berjumpa. Tetapi langsung tidak melihat bayangan Jinyoung. Mungkin aku boleh tunggu dia dalam masa 15 minit.

Selepas 15 minit, masih belum nampak lagi kemunculan dia. Mesej yang dihantar oleh aku pun belum dibalas. Aku menarik dan menghembus nafas dengan panjang.

"Kenapa ni Jinyoung?" Kataku di dalam hati.

Aku singgah di sebuah kedai yang menjual pelbagai cenderahati. Sambil aku leka dengan kecantikan cenderahati disitu, aku hampir terlupa bahawa aku hendak berjumpa dengan Jinyoung.

Tanpa membuang masa, aku membeli sebuah keychain berbentuk hati untuk Jinyoung.

Ianya sudah pukul 5:00 p.m. Namun, kelibat Jinyoung belum juga kelihatan. Cuaca yang panas tadi bertukar menjadi mendung. Telefon aku bergetar menandakan mesej masuk. Ianya Jinyoung! dia berkata tidak lama lagi dia akan sampai. Aku sangat gembira pada masa itu 😊

Angin yang kuat menandakan hujan akan tiba tidak lama lagi. Aku mengiggil kesejukan.

Belum sempat lagi Jinyoung mencari parkir kereta, hujan lebat pun membasahi bandar Seoul.

"Hmm.. takkanlah dia masih disini. Ah, mungkin dia sudah balik" kata nalurinya. Jadi, dia pun balik dengan teragak-agak.

"Rose, betulke yang dia akan datang?" soal diriku sendiri. "Tidak. Dia akan datang! Dia akan.. takpe, tunggu sejam lagi" kataku yang masih disitu dan menanti kehadirannya.

"Tetapi, aku dalam kebasahan. Semua makeup ,rambut aku hancur.. mahukah dia hendak berjumpa dengan aku?"

Kemudian, aku dengar hentakkan kaki yang menuju ke arahku.

"J-Jinyoung?" Kata dengan lemah.

Tinggal beberapa langkah lagi orang itu menghampiri aku tetapi aku terus terjatuh bagaikan tiada lagi tenaga yang ada di dalam badan.

"Mana perginya Jinyoung? Adakah dia yang menghampiri aku sambil membawa payung. Adakah dia?! Jinyoung!"

#will be continue

sorryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang