+5

138 19 4
                                    

SEORANG wanita berjalan keluar dari sebuah banglo mewah.Niatnya ingin bersiar-siar di tepi pantai.Almaklumlah banglonya berhadapan dengan laut.

Laut tenang yang membiru.Ditambah lagi dengan langit yang luas terbentang.

ahh~ nyaman.

Angin pagi menampar lembut pipinya.Rambutnya yang ikal mayang beralun mengikut arah angin.

Mata perangnya terarah ke sebuah persingahan (?) berbumbung di halaman rumahnya.

Tapi dia lebih berminat ke arah sebuah benda hitam atau lagi tepat sebuah piano.

Mungkin sahaja suaminya yang membeli piano itu.Baru beberapa hari yang lepas dia berhajat untuk memiliki sebuah piano.

Gaun putihnya yang labuh diangkat sehingga paras betis.Kakinya mula berlari perlahan ke arah piano itu.Bibirnya mengukir senyuman manis.

Dia mengelilingi piano itu untuk beberapa kali.Cuba meneliti piano itu.Tangannya mengambil satu kad yang terdapat di atas piano itu.

Happy Anniversary,Yeobo!
Mmmuahh!
I Love You~

Sekali lagi dia mengukir senyuman.

Dia mula melabuhkan punggungnya di atas bangku piano.Jarinya menekan satu persatu kekunci piano.

Rindu.

Rindu dengan bunyi kekunci piano.

Sudah bertahun lamanya dia tidak bermain irama menggunakan piano.

Jarinya ligat menari-nari di atas kekunci hitam putih itu.Bunyi irama 'Canon' dimainkan.Irama yang telah menjadi kegemarannya sejak kecil.

Bunyi alunan merdu sebuah piano memenuhi segenap ruang di banglo mewah itu.

Angin pantai menyebabkan rambut ikalnya beralun ke tepi.Bunga-bunga kecil yang sedia tertanam di situ seakan-akan menari mengikut rentak dibawa angin.

Langkah si kecil Yoongi mati apabila terdengar alunan merdu itu.Kakinya melangkah ke arah alunan merdu itu.

"omma."Ujarnya perlahan.Reflek bibirnya tersenyum manis.

Dia terpegun melihat ommanya.Nampak lebih cantik dari biasa.

Si kecil Yoongi mula menghayati bait-bait alunan itu.Matanya ditutup supaya lebih menghayati.

Akhirnya,alunan piano itu berhenti menandakan irama itu sudah habis dimainkan.

Wanita ini tersenyum lebar.Jelas terpancar kebahagiaan pada raut wajahnya.

Serentak itu,si kecil Yoongi menepuk tangan.Cukup kuat untuk mereka berdua dengar.

"Wahhh! "Pandainya omma main.Dengan penuh ikhlas Yoongi memuji ommanya.

"eo? Yoongi?"Ommanya tersenyum.

"Yoongi-ah! Nak main jugak?"Pelawa ommanya.

"Nak! Nak! Tapi Yoongi tak pandai main!"Mukanya berubah muram.

"Hhmmm...Kalau camtu-"Omma Yoongi mengetuk-ngetuk perlahan jari telunjuk di dagunya tanda berfikir.

"Biar omma yang ajar."Lembut sahaja omma Yoongi menutur katanya.

"Yeayy!"Yoongi bersorak riang.Terus dia duduk di bangku piano ommanya.

Tangan kecil milik Yoongi diletakkan di atas tangan ommanya.Dia hanya menurut pergerakan ommanya menekan kekunci piano itu.

Appa Yoongi hanya ralit memerhati mereka dari belakang.Dia menatang kek strawberry kegemaran ommanya.

"Happy Anniversary,Yeobo!"Ucap appa Yoongi.

Omma Yoongi terus memalingkan kepalanya.Dia tersenyum.Terharu.

"Saranghaeyo!"Ucap omma Yoongi seusai sahaja dia meniup lilin di atas kek.

"Nado saranghae!"Balasnya.

"YOONGI PON SAYANG OMMA JUGAK!"Jerit Yoongi kuat.Tidak mahu kalah dengan appanya.

Omma dan Appa Yoongi menggosok kepalanya lalu tersenyum.

"OMMA~ sa~saranghae!"Rintihnya.

Yoongi tersedar.

Tersedar dari tidurnya.

Ahh~~ dia mimpi.

Mimpi tentang memori lamanya.

Memori indah.

Dia bangun dari tidurnya.Disandarkan badannya di kepala katil.

Omma.Omma.Omma.Nama itu tak pernah lekang dari bibirnya.Menjadi tasbih siulan hati.

"Saranghae Omma!"Ujarnya perlahan.

"Nado saranghae!" Sayup-sayup kedengaran suara seorang wanita.

Suara tu!

Suara yang paling dia kenal.

Suara yang paling dia rindu.

Suara-

Suara omma!

Terus dia berpaling ke arah suara ommanya.Empangan air mata mula pecah.

"O-omma?~" Dia turun dari katilnya.

Ommanya mula mendekati Yoongi.Terus Yoongi memeluk ommanya.

"Omma! Bogoshipeo!"Ujarnya dalam pelukan hangat ommanya.Dia rindukan ommanya.Dia rindukan pelukan hangat ni.

"Nado Bogoshippeo!"Lembut sahaja dia menutur kata.

Pelukan dilepaskan.Yoongi memerhati raut wajah ommanya.Omma Yoongi membelai kepala Yoongi lembut.

"Yoongi-ah! Saranghae! Jaga diri elok-elok!"Pesan ommanya.Sempat dia mencium ubun-ubun Yoongi.

Dalam beberapa saat sahaja,Omma Yoongi hilang bagai debu pasir dibawa angin.

"Omma."

"Omma."

"Omma!"





Mianhae! Goodbye!  +minyoongiWhere stories live. Discover now