+8

197 23 5
                                    

OMMA,Appa,Jimin dan Taehyung setia menunggu di luar bilik wad.Hati mereka dibaluti keresahan.Baru sebentar tadi Yoongi dikejarkan ke hospital.

Omma hanya duduk di kerusi yang disediakan.Termenung.Tapi hatinya resah memikirkan keadaan Yoongi.

Appa pula berulang-alik berjalan pada jarak yang sama.Tangan disilang.Kepalanya tertunduk sedikit .Jelas terpancar kerisauan di raut wajahnya.

Jimin juga duduk di atas kerusi yang disediakan .Selang dua kerusi dari Ommanya.Juga termenung melihat lantai.Fikirannya mungkin sudah melayang jauh je angkasa raya.

Taehyung pula duduk bersebelahan Jimin.Dia memeluk lututnya erat.Air mukanya jelas mahu menangis memikirkan Yoongi.

"Aku~~ Taa-takut~~" Taehyung makin mengeratkan pelukan pada lututnya.

"Jangan takut! Yoongi hyung akan selamat."Jimin cuba menyedapkan hati Taehyung walaupun dia sendiri lebih bimbang tentang keadaan Yoongi.

KREKK!

Bunyi pintu wad menyentakkan lamunan mereka sekeluarga.Lagak mereka bagai tersedar dari mimpi.Masing-masing cemas.

Seorang doktor berkot putih bersih keluar bersama dua orang jururawat perempuan.Seorang memegang rekod kesihatan milik Yoongi.Seorang lagi memegang dulang besi berisi peralatan.

  Jelas tertera nama Dr.Jin pada nametag yang terlekat kemas di kot putihnya.Bibirnya hanya mampu menguntum senyuman nipis.

"Macamne dengan Yoongi,Dr Jin? Dia tak apa-apa ke? Dia sakit apa? Kenapa macam teruk sangat keadaan dia?"Bagaikan peluru berpandu Appa Yoongi menyoal Dr.Jin.

"Untuk masa sekarang,dia stabil."Dr Jin tersenyum.Mereka sekeluarga melepaskan nafas lega.

"Tapi..."Senyuman Dr Jin pudar.

"Tapi apa?"Omma tiri Yoongi pula bertanya.

"Tumor otaknya dah makin teruk.Ia dah merebak ke saraf jantung."Ujar Dr Jin kesal.

"Hah?! Tumor otak?! Saya tak faham!"Appa Yoongi jelas terkeliru.

"Hah?! Mwo?! Dah makin teruk?!"Jerit Jimin dan Taehyung serentak.

"Apa maksud kamu berdua Jimin,Taehyung? Kamu dah tahu?"Tanya Appa Yoongi.

"Ermmm....sebenarnya..."Jimin dan Taehyung menunduk melihat lantai.

"Bukan Tuan sekeluarga dah tau ke pasal penyakit Yoongi?"Tanya Dr Jin.

"Tak.Kitorang tak pernah tahu pasal ni."Omma mencelah.

"Sejak tahun lepas, Yoongi ni pesakit bawah jagaan saya.Saya pernah sarankan dia buat pembedahan walaupun agak berisiko.

Tapi,dia cakap yang tuan dan puan tak bagi dia buat pembedahan.Jadi,saya rasa agak pelik kalau tuan sekeluarga tak tau."Jelas Dr Jin panjang lebar.

Appa Yoongi hanya mampu mengeluh.Dia tak pernah tau semua ni.Dia tak pernah ambil berat pasal Yoongi.

Dan

Sekarang

Dia...

Menyesal.

Sekarang dia salahkan diri dia.Memang tak guna.

"Omma! Appa!"Panggil Taehyung.Semua mata terarah ke Taehyung.Taehyung menyiku perlahan lengan Jimin supaya dia berterus terang.

"Sebenarnya,kitorang berdua dah tau pasal penyakit Yoongi beberapa minggu lalu."Ujar Jimin.

"Mianhae sebab tak bagitau.Yoongi hyung suruh rahsiakan.Jinjja mianhae."Taehyung meminta maaf bagi pihaknya dan Jimin.

"Takpe.Bukan salah kamu."Omma cuba menyenangkan hati mereka.

Mianhae! Goodbye!  +minyoongiWhere stories live. Discover now