Semua orang pasti pernah dengar tentang pokemon, sama ada berminat tentangnya atau tidak. Malah, jika anda meminati Pokémon, ada banyak aspek yang boleh diminati. Mungkin anda berminat untuk mengumpul kad Pokémon, menonton siri anime yang masih ditayangkan sehingga kini, atau mungkin anda juga pemain tegar Pokémon GO, fenomena terbaru dari Pokémon.
Tetapi, salah satu sebab permainan video genggam Pokémon masih menjadi pilihan adalah system pertarungannya yang unik. Dengan kombinasi unik pasukan Pokémon hasilkan berdasarkan kekuatan dan kebolehan sesetengah Pokémon, terdapat banyak perdebatan tentang fossil yang sangat unik dan hanya 11 fossil Pokémon yang pernah muncul selepas 6 Generasi setakat ini. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
1) Aerodactyl
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Generasi : 1
National Pokedex: 142
Tanpa ragu lagi, Aerodactyl adalah Pokémon jenis fossil yang terkuat setakat ini. Kepantasan adalah amat penting dan Aerodactyl memilikinya. Aerodactyl bukan hanya memiliki serangan kuat seperti Earthquake, Aerial Ace atau Fire Fang, ia juga memiliki serangan yang boleh buatkan musuh jauhkan diri seperti Crunch, Iron Head dan Rock Slide.