BAB 7

81 2 0
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Farahim Binti Rusli dengan mas kahwinnya separalatan solat!"

Farahim tersedar dari tidurnya. Sungguh mimpi kali ini amat pelik. Dia tidak dapat melijat dengan jelas muka pengatin lelaki dalam mimpinya. Apa yang pasti,Marhaini ada masa akd nikah. Betul kata orang tua2,jngan tidur lepas subuh,nati mimpi yang bukan2.

Farahim mengaup mukanya. Jam didinding dikerling. Pukul 8 pagi. Semalam selepas mak2 saudaranya pulang,terus umi menanykan soalan cepumas kepadanya. Sedaya upaya dia menjawab tanpa tersasul. Ada juga yang Umi tidak tahu.

Handphone di tepi dicapai. Pantas jarinya mencari nama Marhaini untuk didail. Panggilannya disambung tapi tiada sahutan sebelah sana. Hishh Marhaini ni,ada phone tapi tak nak guna. Kakinya menjejakkan lantai untuk dia bangun.

"Nur Farahim binti Rusli,Abang Man lamar kau jadi isteri Abang Man."

Farahim kaku seketika. Suara Luqman masih berlegar di benak fikirannya. Ini satu masalah lagi. Farahim menggelengkan kepala untuk mengusir jauh suara itu. Kakinya lantas membawa dirinya ke bilik air,jauh meninggalkan masalah buat seketika.

?..........................

"Assalamualaikum Umi." Umi yang berada di meja makan ditegur. Pantas dia mencium pipi tua milik Umi,insan yang paling dia sayang. Dilabuhkan duduk di hadapan Umi. Uuuuu bihun goreng.

"Wsalam,baru bangun anak dara ni." Farahim sengih menampakkan giginya. Bihun dicedok masuk ke dalam pinggan dan dari pinggan of course masuk mulut. Sedapnyaaa.

"Pasal kejadian tu,kita tengoklah jadi macam mana" kata2 Umi membuatkan Farahim terhenti suapannya. Masih dia ingat lagi kejadian yang mana dia buat CPR dekat Syed Muqri. Sungguh dia tiada jawapan mengapa dia menangis ketika lelaki itu tidak memberi respon.

Telefon Umi nyaring minta diangkat. Umi bergegas mencapai telefonnya dan mengangkat panggilan yang entah siapa Farahim tidak tahu. Muka Umi berukir senyuman tatkala bercakap dengan orang sebelah sana. Umi ni ada boyfriend ker??

"Adik! Tadi Man call Umi. Dia cakap dia nak bawak adik pergi pasar. Umi izinkan." Uhukk. What??? Pergi pasar dengan Luqman?? Noo!! Sungguh dia akan jadi patung cendana bila berhadapan dengan Luqman sejak kejadian dilamar itu.

Kejadian itu tidak pula diceritakan oleh Farahim kepada Umi. Takut akan jadi betuk pula. Bukannya dia memilih suami,masalahnya Luqman itu dianggap sebagai abangnya. Tidak mungkin akan bertukar menjadi suaminya.

Umi meletakkan phonenya atas meja setelah menamatkan pangilan dari Luqman. Boleh dikatakan hati tuanya sudah berkenan dengan Luqman. Bukan untuk menjadi suaminya,tapi suami kepada anak daranya. Tapi,pilihan suami itu hanya pilihan yang anaknya boleh buat bukan paksa.

Kalau nak dikatakan,semua mak cik kat kampung ni nak Luqman jadi menantu diaorang. Perempuan2 kat luar sana pula habis berusaha untuk memikat hati si Luqman. Tapi tiada siapa yang dapat menjentik hati lelakinya kecuali seseorang.

"Apa Umi ni..tak tanya pun Adik nak pergi ker tak. Kalau adik tak mahu pergi,tak ke naya kat Abang Man tu." Farahim memuncungkan mulutnya tanda protes. Walaupun dia protes,bihun dalam pinggan masih lagi disuakan ke mulutnya. Hahax.

"Umi tahu yang Adik akan pergi kalau Umi kata yang Abang Man nak singgah kat kedai buku. Lagipun Luqman kata yang dia perlukan bibik untuk bawa barang nanti." Mata Farahim bersinar bila mendengar perkataan kedai buku. Dia memang suka pergi ke kedai buku kerana banyak novel ada di sana. Kaki ini memang kaki novel. Tapi untuk menjadi bibik,sudah semestinya dia akan bangkang!!

"Adik,kalau kejadian tu sudah senyap,ataupun tiada apa yang berlaku,adik nikah ngan Luqman ya??" Umi mengenggam tangan Farahim,cuba mengatakan bahawa dia ingin Luqman menjadi menantunya.

Farahim hanya mengangguk tanda faham. Bukan dia tak terkejut,tapi selama ini memang Umi kata benda yang sama. Umi memang berharap bahawa Luqman itu menjadi menantunya.

Bagi Farahim, Luqman memang seorang yang baik. Dia hanya berkerja sebagai penggembala kambing dan kadang2 dekat sawah. Tapi disebabkan sikap dia yang murni,ramai yang tertarik terhadap Luqman.

"Adik dengar tak apa yang Umi katakan?" Sergahan Umi mematikan lamunan Farahim. Dia mengangguk dan meminta diri untuk naik ke atas. Ada perkara yang perlu dia lakukan. Kemanakah kau pergi Marhaini?

?........................

Orang kata,kalau tak setuju cakap tak setuju. Tapi makin dia kata dia tak nak,makin galak dia dapat. Akhirnya dia pasrah.

"Berat ker??" Farahim mendongak memberikan renungan tajam kepada lelaki yang berada di hadapannya. Almaklumlah kena donggak,dia kan pendek. Yang ni lagi,Boleh polak dia tanya berat ker tak.? Nak putus dah jari ni rasanya. Akhirnya dari renungan tajam,dia bertukar kepada sengihan yang seakan memerli gitu. Lelaki di hadapannya membalas sengihan gaya seperti dirinya. Dihulurkan lagi plastik berisi sayur kepada Farahim sementara tangannya kosong.

"Okay dah,jom cari ikan." Luqman mengorak langkah untuk pergi ke kedai yang menjual ikan. Bukannya dia tidak tahu yang Farahim sekarang sedang protes atau marah atau whatever,tapi dia gembira melihat Farahim sepeti itu.

'Nak buat kenduri ker apa...urghhh bbeerraaaatnyaaa!"monolog Farahim. Dia mngikut langkah Luqman dari belakang. Dilihatnya lelaki di hadapan seperti nak makan sahaja. Diketap bibirnya menahan rasa

"Abang Man!"akhirnya dipanggil juga lelaki itu. Ini tak bileh jadi ni. Bagi betis nak kaki ni. Luqman berpaling dan tersenyum. Ingat dah tak nak minta tolong dia angkat barang.

Farahim menundukkan pandangannya melihat kasut di kakinya. Kalau nak kata tak cair lihat senyuman Luqman tadi,confirm dia tipu. Luqman bergerak mendekati Farahim yang menunduk. Keadaan hingar di kiri dan kanan mereka tidak diendahkan.

"Kenapa?? Dah tak larat ker??" Terpaksa Luqman membongkokkan badannya untuk melihat muka Farahim. Pandangannya dialihkan ke jari kecil Farahim yang merah,menangkat bahan2 yang dibeli. Rasa bersalah mula bertandang bila melihat Farahim yang hanya menunduk melihat ke bawah.

Barangan bertukar tangan. Farahim menangkat kepalanya dan tersenyum. Ini yang sayang Abang Man ni!! Opsss!! Lelaki di hadapannya di pandang.

"Lain kali,kalau dah tak boleh lakukan sesuatu,berhenti lakukannya dan minta tolong orang lain" Farahim hanya menganguk. Luqman meneruskan perjalannnya yang terkendala sebentar tadi. Disebabkan Farahim pendek,dia terpaksa meluaskan lagi langkahnya untuk berada di tepi Luqman

"Kenapa Abang Man beli banyak barang ni?"

"Untuk kenduri kita,"

Langkah Farahim terhenti. Matanya melihat lelaki itu berjalan ke arah kedai yang menjualkan ikan. Hatinya bergetar mendengar jawapan Luqman. Tanpa dia sedar,dia mula menguntum senyuman yang tidak pernah terjadi. Senyuman tersipu malu.

Setelah memberitahu apa yang diinginkan kepada tuan kedai ikan,Luqman merendahkan pandangannya di sebelah. Aikk!! Mana budak ni pulak?? Tak kan kena culik.

Luqman melihat sekeliling dan dapat melihat kelibat yang dia cari. Comell! Hanya itu yang terpacul bila melihat empunya badan. Bila melihat Farahim menuju ke sini,dia pantas melihat tuan ikan yang sedang menimbang.

"RM 12!" Luqman memandang Farahim. Dia sekarang perlukan pertolongan gadis ini. Farahim memandang Luqman. Tak kan tak ada duit kot?? Aq dah lah tak bawa duit.

"Tolong ambilkan duit dalam wallet abang kat poket belakang." Farahim melepaskan nafas lega bila masih ada duit untuk bayar ikan. Diambil wallet Luqman dan dikeluarkan not 20 dan diserahkan kepada tuan ikan. Ikan diserahkan dan bakinya dikembalikan.

Ikan tadi Farahim tidak serahkan kepada Luqman . Dia ingin membawa ikan itu,kesian dia lihat Luqman yang membawa barang yang berat. Luqman hanya tersenyum dan membuka langkah ke van yang diparkir diikuti oleh Farahim dari belakang.

"Ahim fikirkan tak lamaran abang?"

"Fikir" langkah Luqman terhenti. Walaupun hanya aatu perkataan tapi itu telah mengambangkan bunga dalam hatinya. Bibirnya tersenyum melihat gadis itu dan pantas dia mengorak langkah mendekati wanita itu.

Akua akann jaga kau elok elok.

Suamiku Mr. Nobody (Slow Update)Where stories live. Discover now