Matanya dibuka sedikit. Cahaya lampu memeritkan matanya. Farahim cuba mengamati bilik yang hanya kebanyakan putih. Dia terbaring di atas katil. Terdapat sebuah meja dan langsir yang memisahkan ruang katil dan meja. Bau itu!!. Bau ubat.
"Hospital???!! Ohh noo!" Farahim melompat turun dari katil. Hanya dia sahaja yang berada dalam bilik itu. Dibuka kembali buku memori ingatannya,kenapa dia buleh ada dekat sini.
'Abang Man jadi lecterur?? Ehh,ker aq salah tengok tadi...kalau aku tengok kucing akan kata Dayana..' monolog Farahim bila dia sudah ingat kembali apa yang terjadi.
Dilihat sekeliling bilik,berharap dapat jumpa begnya yang mengandungi phone miliknya. Bolehlah dia minta tolong Basyirah ambilnya di hospital. Tapi hampa,apa yang dicari tidak dijumpai.
Pintu bilik dibuka perlahan. Dia menjengulkan sedikit kepalanya ke luar untuk melihat keadaan sekeliling. Hanya ada doktor yang berjalan,pesakit,dannn KFC. KFC?? Perutnya berkeriut meminta untuk diisi.
Dihujung sana dia dapat melihat sesusuk tubuh yang amat dikenali bersama seorang doktor. Dikecilkan matanya untuk melihat gerangan empunya badan. Bila tahu gerangannya,dia menutup pintu bilik dan bersandar dengan hati yang penuh debar.
'Abang Man tadi tu...jadinya memang betul ker Abang Man ni lecterur?? Hishh,tak boleh jadi ni..aq mesti keluar tanpa Abang Man tahu!'
Farahim membuka pintu dan keluar sambil membongkok dan menutup mukanya dengan tapak tangan. Nasib lah Abang Man tak bercakap dekat jalan yang nak keluar.
Dia tidak menghiraukan Beberapa orang nurse dan pesakit yang melihatnya pelik. Kakinya di lajukan jangan dilambatkan. Hatinya berdoa agar tidak dipanggil Luqman.
"Ahim!"panggil Luqman dari hujung sana. Panggilan itu sahaja membuatkan Farahim berdiri tegak dan menjadi patung cendana. Tidak berani dia untuk melihat muka Luqman yang kini berada di hadapannya.
"Haip!! Nak pergi mana?? Berani ker malam2 ni keluar jalan sorang2??" Luqman memandang Farahim yang menunduk melihat kasutnya. Kasut tu lebih cantik dari muka aku ka?? Asyik pandang kasut ja.
"Hah!! Dah malam!!"akhirnya dipandang juga muka Luqman. Sungguh dia terkejut mendengar sekarang ni malam. Lupa juga dia untuk lihat jam ketika dalam bilik tadi. Pandangannya terpaku melihat Luqman yang di hadapannya kini berlainan dari Luqman di Kedah. Segak dan bergaya.. acehhhhh!!
Luqman tersenyum melihat Farahim yang terkejut. Dipandang muka gadis itu dengan penuh minat. Hilang segala kerisauannya sebentar tadi.
"So,Cik Farahim dah rasa sihat dah ker??" Farahim hanya mengangguk dan matanya jatuh ke atas nametag doktor lelaki tersebut. Hisyam. Doktor Hisyam.
Farahim tersenyum tersipu malu bila melihat muka doktor muda tu. Kalau Basyirah ada,nak ker terbalik hospital ni kalau dia menjerit. Tak sumpah!! Muka doktor itu sngat handsome!!
"So bro,aku chau dulu. Nak hantar budak ni balik rumah sewa lak! Nanti kalau lama nanti ada ulat bulu naik daun nati." Luqman bersalaman dengan doktor muda itu dan melangkah ke pintu keluar. Farahim hanya melambai dan segera mengikut langkah lelaki yang sejujurnya boleh dikatakan dia tidak mengenalinya.
Farahim hanya melihat Luqman yang memboloskan diri ke dalam kereta merah. Tidak terniat pula dia nak balik dengan Luqman. Sungguhlah dia tidak mengenali lelaki ni.
"Marilah Abang Man hantar balik!" Kaki Farahim hanya kaku,tidak ingin untuk masuk ke dalam kereta. Luqman menurunkan lagi cermin kereta untuk memudahkan dia melihat Farahim. Sengaja Farahim melihat ke langit untuk lari bertemu mata dengan Luqman.
"Abang Man pernah dengar yang kawasan ini ada orang gila berkeliaran." Dengar sahaja perkataan orang gila,Farahim terus melangkah masuk ke dalam kereta dan memakai seatbelt. Kalau dia terserempak dengan orang tu, tak ke kes naya.!!
Luqman tersenyum melihat keligat Farahim di tepinya. Tahu pun takut. Tadi bukan main tak mahu naik kereta. Pantas dipandu kereta merahnya dengan tenang.
Suasana dalam kereta sunyi. Hanya DJ radio yang berbicara dengan para pendengar. Farahim mengerling ke dashboard kereta untuk melihat jam. Pukul 9.13. Huishhh!! Lama betul aku pengsan.
Kriutttt!!!
Farahim memejamkan mata bila mendengar perutnya berbunyi. Malu!! Malu dengan orang sebelah. Wahai cik perut!!janganlah kamu memalukan diriku ini!!
"Kita makan dulu ehh!! Abang Man rasa lapar lah pulak!! Tadi tak rasa pun laparnya!!"
#sorry baru update..
#fighting suamiku mr. nobody
YOU ARE READING
Suamiku Mr. Nobody (Slow Update)
RomanceNur Farahim,seorang gadis yang tidak kisah apa yang berlaku telah bertemu dengan Syed Muqri yang entah jatuh dari langit mana dan telah menukar hidupnya 360 darjah. "Hey kamu gadis berbaju ungu,kamu sudah ada teman lelaki?"-Syed Muqri "Tak ada!"-Nur...