Bab 1

33.1K 759 5
                                    

Pintu utama dibuka.

Marsarah kerut dahi.

"Harris?"

"Err... Assalamualaikum." Kekok Haris hendak beri salam. Rasa macam salah datang ke rumah itu walaupun rumah keluarga sendiri.

Sudah lama dia tidak datang ke rumah Wan. Dalam dua bulan lepas yang terakhir agaknya. Itupun sekadar melawat Hannah. Dan tidak pernah lagi dia datang waktu malam sejak Sarah mula menetap di rumah tersebut. Kekok tapi saat ini memang ini saja hala tuju yang terlintas di kepala.

"Waalaikumsalam. Masuk. Masuk..." ajak Marsarah yang masih hairan dengan kewujudan Harris.

"Sarah tak tidur lagi?"

Marsarah geleng kepala. "Tu anak you tak nak tidur lagi." Mulut muncung pada si kecil yang masih aktif bermain atas tikar tengah ruang tamu.

Saat terpandang wajah si kecil. Bibir Harris terus terlakar senyuman kecil. Penyejuk hatinya yang sedang lara. Kaki dibawa ke arah Hannah yang masih leka bermain. Marsarah sekadar ikut dari belakang.

"You dah makan?"

Harris geleng kepala.

Dah agak tapi Marsarah sekadar menyoal. Nampak pun boleh tahu Harris baru balik kerja. Tali leher pun masih lagi tersangkut di baju. Mana tahu isteri wanita melayu terakhir tu dah siapkan makan malam untuk Haris.

"I panaskan lauk. You tengokkan Hannah sekejap."

Walaupun letih Marsarah turutkan juga hati untuk sediakan makan malam buat Harris. Dibiarkan saja Harris bermain dengan si kecil. Anak dia juga. Bukan orang lain.

Bukan susah pun. Sekadar buka Tupperware kemudian panas guna microwave. Setakat sedia yang tu tidak perlulah dia nak panggil bibik tolong dia sediakan makan malam Harris. Kopi hitam pekat panas disediakan untuk Harris. Balik kerja memang Harris suka minum panas bagi menghilangkan lelah.

Siap masak. Kebetulan Harris turut ke dapur bersama Hannah yang digendong. "Duduklah minum kopi tu dulu. Letak je Hannah tu atas bangku. I letak lauk ni atas pinggan dulu."

Harris menurut. Tapi Hannah dibiarkan atas pangkunya. Kopi air tangan Marsarah disisip ke bibir. Sama macam air tangan arwah mama. Sifu Marsarah berperang di dapur dulu. Sebelum mama tinggalkan mereka buat selamanya.

Nasi dikaut atas pinggan bersama lauk yang siap dipanaskan. "Meh sayang. Daddy nak makan tu."

"Errmmm...." Hannah geleng kepala dengan kerutan keningnya.

Ni lagi anak daddy keras kepala macam daddy dia juga.

"Biarlah. Boleh lagi makan macam ni." Halang Harris. Agaknya si kecil rindukan dia sampai tak nak lepas. Iyalah jumpa pun sekali sekala sahaja. Dia sendiri pun rindukan Hannah tapi Balqis sering saja menghalang. Pelik betullah perangai perempuan ni. Macam-macam. Dengan anak dia sendiri pun nak cemburu buta. Bukannya Harris datang jumpa Hannah ketika Marsarah di rumah pun.

"Balqis outstation ke?" tanya Marsarah perlahan. Kang salah tanya kena sebiji lagi. Tengok rupa Harris ni macam bad mood aje.

"Hurm..."

Itu saja Harris balas. Geram juga Marsarah. Eleh! Macam dia heran dengan madu dia seorang tu. Takut aje Marsarah kecilkan hati si Balqis tu. Nak tanya pun macam nak tak nak aje jawab.

"You makanlah. I nak tidurkan Hannah." Tangan masih lagi cuba mengambil si kecil yang sibuk main dengan pinggan Harris. Kesian juga tengok Harris yang terkial-kial makan bila dikacau oleh Hannah.

Tapi Hannah masih lagi merengek enggan berlepas dengan Harris. Allah! Sabar saja dengan tuan puteri seorang ni.

"Dia kan tak nak tu. Biarkan ajelah," tegas suara garau Harris menegah. Ceh! Dulu bolehlah dia tangkap leleh bila Harris garang macam tu. Sekarang dah tak lut langsung!

"Kacau you makan tu. Makan pun terkial-kial," bebel Marsarah sendiri. Kang tersedak tulang ikan tu baru padan muka.

Harris tidak melawan. Cukuplah dia dan Balqis bertikam lidah tadi. Malas nak buat babak kedua bersama Marsarah pula. Marsarah ni kalau membebel buat sakit telinga aje.

Bila suaminya tidak membalas. Marsarah angkat kaki. Ada baiknya dia tolong kemas mainan Hannah yang berhambur di ruang tamu tadi dari menghadap anak beranak tu makan. Hannah pun bila jumpa daddy dia langsung tidak mahu Marsarah. Dengki kejap! Bertuah punya anak. Bila nak susu baru cari mommy.

"Nak ke mana tu?"

"Ruang tamu. Kemas mainan Hannah. You makanlah."

"Duduklah sini. Temankan I makan."

Tidak jadi Marsarah nak sambung melangkah. Dah kenapa laki aku ni? Buang tabiat pula malam ni makan nak berteman.

"Duduklah." Keras lagi suara Harris mengarah.

Dengan tidak puas hati Marsarah sekadar menurut. Tidak ikut kata naik lagi darah Harris tu yang asyik memanas aje bila dengan dia. Kerusi tepi suaminya ditarik lalu dia ambil tempat sebelah Harris.

Hannah? Langsung tidak pandang dia. Sibuk main sambil diacah oleh Harris.

Marsarah mengeluh. Dia dah lah tengah penat. Anak beranak ni buat perangai pula. Harris ni makan penuh adab. Lambat kemain! Itu yang dia malas nak bertunggu bagai. Sesekali kepala Marsarah tersenduk mengantuk. Mulut yang terngangga menguap ditutup.

Mengantuknya!! Dikerling Harris yang tambah nasi.

Oh M Gee! Mata aku nak tercabut dah. Mohon makan cepat sikit!

MARSARAH (COMPLETED)Where stories live. Discover now