Bab 17

18.2K 600 3
                                    

Lain debaran kali ni. Tapi Marsarah gagahkan diri melangkah bersama Hannah mendekati pintu rumah. Pagar rumah yang sememangnya terbuka terus saja dilangkah masuk.

Salam yang diberi kini dibalas dari dalam. Marsarah tersenyum. Dia dapat cam suara Wan yang membalas salamnya tadi. Tidak sabar pula dengan kejutan kali ni.

"Allahuakbar!! Sarah..." Wan tekup mulut. Tidak sangka kemunculan Sarah bertudung depan rumahnya selepas beberapa tahun.

Rindunya! Ya Allah! Sarah sendiri tidak mampu halang air matanya. Tangan tua Wan dipaut. Dia tunduk memberi salam tapi Wan laju mendakap tubuhnya. "Rindunya Sarah pada Wan..."

"Ya Allah. Cucu aku... Terima kasih Ya Allah..." Pelukan Marsarah dilepaskan. Wan tatap wajah manis Marsarah sambil memaut pipi wanita tersebut. Rindu dengan telatah manja Marsarah yang selalu serikan rumah mereka.

"Wan..." Suara kecil dari tepi menarik perhatian Wan.

Wan tersenyum kecil sebelum duduk mencangkung depan Hannah. Hannah pun sudah besar. Comel dan cantik. Tapi lebih kepada rupa paras Harris berbanding Hannah. Dipeluk erat cicit kesayangannya.

"Wan pun rindu Hannah."

Hannah pun balas pelukan Wan. Dia kenal Wan walaupun takut-takut. Selalunya hanya video call saja menghubungkan mereka. Ataupun Wan dan Tok datang melawat dua tahun sekali. Tapi sejak tahun lepas Wan tidak lagi datang sebab Tok tidak sihat.

"Wan... Tok mana?" tanya Marsarah.

"Tok dalam bilik. Baring. Tidak larat nak jalan sangat. Jom Wan bawa jumpa Tok. Beg tu biar aje situ. Nanti Wan suruh orang bawa masuk." Tangan Marsarah dan Hannah dibawa masuk ke dalam rumah. Wan tidak sabar nak tunjuk cucu menantu dan cicit kesayangan pada suaminya. Tidak sangka tercapai juga hajat Tok nak jumpa Sarah dan Hannah.

Marsarah pandang sekeliling bilik lamanya. Tidak banyak yang berubah. Hiasan pun masih lagi sama. Baju-baju yang ditinggalkan pun masih lagi tersusun cantik dalam almari. Katil ketika Hannah masih bayi pun masih terletak.

Bingkai gambar pernikahannya bersama Harris ditarik. Diusap gambar yang menjadi penemannya. Cantik tersusun bersama gambar bersama Hannah atas meja sebelah katil. Gambar ketika dia baru saja habis bersalinkan Hannah. Yang tiada gambar bertiga saja. Sedih! Dah hampir lima tahun usia Hannah tapi satu gambar keluarga pun tidak pernah ada.

Agaknya macam mana rupa Harris sekarang ni? Fikirnya.

Gambar kahwin dia dan Harris ditatap. Tersenyum kecil melihat rupa kelat Harris. Dia pulak yang tergedik-gedik peluk pinggang suaminya. Waktu tu rambut hitam lagi semata-mata nak nampak melayu sikit. Jadi dia sanggup hitamkan rambut yang aslinya perang.

Senyuman terukir melihat wajah kacak suaminya. Suami. Nafkah zahir masih diberi. Dia masih lagi suami lelaki tersebut. Pesanan yang dititip oleh Wan masih segar. Harris kata kalau dia masih belum hubungi Marsarah sendiri makna Sarah masih lagi isterinya.

Tapi mungkin ada hikmah juga kehadirannya ke Malaysia. Mungkin ini langkah untuk pengakhiran mereka berdua. Dia bukannya terdesak nak cari lelaki lain ataupun tawar hati menanti cinta Harris. Lebih kepada biarlah dia bebas tanpa pegang status seorang isteri.

Marsarah turun dari katil. Tadi lena dia tertidur. Niat sekadar nak lelapkan mata sementara tidurkan Hannah. Bila bangun, Hannah pun dah kosong disebelah. Mungkin Wan yang angkut bawa ke bawah.

Melangkah ke tingkat bawah. Suara Hannah bergelak ketawa menceriakan rumah besar Tok.

"Ya Allah Hannah!" jerit Marsarah. Terkejut tengok si kecil yang seronok main dalam kolam.

"Mommy! Mommy come!" gamit si kecil. Galak sangat tepuk air kolam. Dei! Anak dia ni tenaga bateri Energizer betulllah!

"No! Haish! Mommy pergi ambil towel. Hannah naik sekarang." Mengeluh Marsarah. Tambah jetleg tengok semangat anaknya terjun kolam ni!

Harris yang turut berada dalam kolam tersebut hanya dibiarkan. Ni seorang pun bertuah betul bawa anak dia masuk dalam kolam!

MARSARAH (COMPLETED)Where stories live. Discover now