bab 6

34 1 0
                                    


Arissa Pov

Kaklong menghidupkan  enjin  kereta  axianya. "Icha, adik, dah cepat kunci  pintu rumah."

"Yelah kaklong"Sahutku.

Selesai sahaja mengunci pintu rumah, aku segera  berjalan menuju ke kereta.

"Icha, apasal lambat ni? Lama dah ummi tunggu"

Aku membetulkan kedudukan tudungku. "Heisy.,bukannya icha yang lambat, adik ni hah, nak bertudung pun nak lawa lawa, macamlah kita nak pergi konsert. Kita ni nak ke rumah tok wan je"

Aniss membuat muka menyampah, "sibuklah! "

Ummi menggeleng"dah, dah jom jalan"

🚗🚗🚗
Adrian POV

Ah, bulan ramadhan tahun ni memang membosankan. Sama macam tahun sebelumnya. "Pa, apa kata kita beraya tahun ni kat kampung tokwan.?bosan lah asyik raya kat kl. Kat kampung baru ada suasana beraya. "

Papa yang sedang membaca surat khabar terus meletakkan surat khabarnya di atas meja"boleh juga. Dah cepat, packing barang hari ni juga kita bertolak"

"Yay! "

30 minit kemudian, setelah aku mengemas barang aku sudah berada di garaj kereta.

"Adrian, dah ready? "

"Dah!
boleh tak hari ni adrian yang drive"

"Papa okje!"

🏠🏠🏠
Arissa Pov

Aku mengerling jam tanganku. Hm. Sudah pukul 440 petang
Kak long menarik handlebrek. "Cha, kejutkan anissa. Kita dah sampai. "Kata kaklong yang sedang mengeliat. Penat memandu agaknya.

Aku mengangguk"anissa, bangun! Kita dah sampai"

Takde respon.

"Adik! Bangun!kita dah sampai!"Suaraku naik satu oktaf.

"Hah? Sampai kat paris? "Hah, tengok, paris! Paris! Paris! Obses sangat dengan paris.

Aku mencubit lengannya. Anissa ni kalau nak kejutkan mesti kena cubit dahulu, barulah dia sedar sepenuhnya.

"Aww! Sakitla kak! "

"Hah, tahu pun sakit. Dah turun! Kita dah sampai PARIS ni! "Perliku sebelum keluar dari perut kereta. Wah, segarnya udara  kat kampung. Aku mengambil beg bagasiku.

"Icha, dah, bagi salam! "Arah ummi

"Assalamualaikum tokwan! "
"
"Waalaikumsal... Ameera! "

Ummi tersenyum"ye mak! Ameera dah datang. "

"Ya allah, dah dekat dua tahun kau tak beraya kat sini! Dah! Jom masuk"kata tokwan
Kami mengambil tempat duduk diruang tamu.

"Mira, jemputlah minum"jemput tokwan.

Ummi ketawa terbahak-bahak. "Mm.. Mak! Puasalah! Mana boleh minum! "

Tok wan terus menepuk dahinya"ya allah! Macamanalah mak boleh lupa. Maklumlah mira, mak ni dah tua. Pelupa sikit. "

"Yelah mak dah lah mak. Mira nak kemas barang dulu. "

"Hah, elok lah tu, hah, icha, along dan aniss kalau nak mandi bilik air dan bilik mandi kat bawah tu ."

Aku bingkas bangun"icha mandi dulu! "Kataku sambil mengambil tuala.

Ummi menggeleng"macambudak budaklah kamu ni icha"

Aku hanya tersengih dan terus berjalan menuju ke bilik mandi

"

"
Adrian POV

Aku memakirkan keretaku di halaman rumah tok wan. Hampir 10 tahun  aku tak balik kampung.
"Assalamualaikum! "

Tok wan menjengah keluar rumah"waalaikumsalam. Siapa ni? "

"Tokwan! Ini adrian! "

Tokwan menitiskan air matanya"a.. Adrian. Cucu tokwan? "

"Haah, mak! "Sampuk papa.

"Lamanya kamu tak balik! "

"Yer mak minta maaf sangat sebab lama tak balik kampung"kata papa sambil mencium tangan tokwan.

"Dah. Jom naik atas. Adik kamu pun baru balik kampung tadi"Pelawa tok wan.

"Ehm, totokwan
Tandas mana? Adrian dah tak tahan ni"

"Kat belakang rumah tu hah,.nampakje tempat sidai baju, kat sanalah tandas tu. Dah pergi cepat! "Kata tokwan

🏠🏠🏠
Arissa POV

Aku mengusap rambutku dengan tuala.

BAM! Terlanggar lagi? Aku dan manusia yang terlanggar aku itu bingkas bangun daripada tersungkur. Aku melihat wajahnya. Kami serentak berkata"kau! "

Aku sangat terkejut.Buat apa dia kat sini? Aku yang tersedar aku tidak memakai tudung terus menutup rambutku menggunakan tuala. Huh. Nasib baik aku dah pakai baju.

"Buat apa kau kat sini?! "Kata kami serentak.

"Hey! Jawablah! "Kata kami berdua serentak lagi

"Janganlah ikut! "

"Heish,adrian,icha,apa kecohni ah?dari dapur lagi tokwan dengar."sampuk tokwan memberhentikan perdebatan antara kami

"Tokwan, kenapa dia ada kat sini? "

"Janganlah ikut"

"Shh! Sudah, jangan bergaduh!sepupu pun nak bergaduh ke hah? "Marah tokwan yang geram melihat kami bergaduh

"Sepupu? "Tanya kami serentak.

"Hah, tak ingatlah tu. Nanti tokwan terangkan. Jom naik atas dulu"

Aku dan adrian hanya menurut kata tokwan.

"Dah. Duduk. Arissa, ingat tak Shah yang selalu kena marah oleh kamu sebab dia tak reti ngaji tu? "

Aku diam. Cuba untuk mengingati siapa Shah?

"Tabbats yaddiis, yaddaddis ,

"Yaddis, yaddis, yaddalah! Kau ni, tulah! Nak main jer kerja, sebabtu lah sampai sekarang tak reti nak mengaji. "Bebelku kepada Shah. Tapi, sampai sekarang aku masih tidak dapat mengenali siapa Shah?

"Eish, kau ni fira, tak habis habis nak membebel.agaknya nak taruh lada dalam mulut kau kut supaya boleh diam. "

"Heish! Bisinglah, dah cepat baca. Kau ingat aku nak ke ajar kau? Kalau bukan maklong yang suruh, tak ingin aku"
Kataku

"Cha, cha!, "jerit tokwan menghentikanku dari lamunanku.

"Ahh, ye tokwan! Cha ingat shah .tapi.. Siapa dia. Cha tak ingatlah"kataku.

Tokwan tersenyum"hah, ni lah Shah! Muhammad adrian Shah.mak dia dengan mama kamu anak tokwan. "

Adrian memetik jari. "Tokwan! Jadi, ni lah safira yang selalu marah adrian waktu kecil tu ya? "

"Haah"jawab tokwan selamba.

"Weh mangkuk! Tak sangka kan kita ni sebenarnya sepupu. "Kata adrian dengan riak yang teruja

"Heish, apa kasar sangat bahasa kamu ni adrian? "Ucaptokwan.

"Tokwan, biasa dah kena panggil mangkuk ni tokwan"kataku sambil tersenyum

"Kamu dua kenalke? "

"Kami ni sekelas tokwan. Tak tahu pula yang kita orang ni sepupu. "Adrian tersengih

"Patutlah. Dah, adrian, pergi tolong papa kamu kat belakang tu dan icha, pergi tolong tok wan kat dapur. "Arah tokwan yang mula mengangkat kakinya ke dapur.

Aku hanya melihat tokwan berlalu. ''Taksangka kan?,bliuerk! "Kataku sambil menjelirkan lidah ke arah adrian.

Adrianhanya diam.

"Chaa!!... "

"Ye tokwan! "Kataku dan pergi meninggalkan adrian berseorangan di ruang tamu

weh,aku sayang kau!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang