💝💝💝
Arissa pov
Aku mengerling jam dinding. Tinggal 15 minit je lagi azan maghrib. Wuhoo. Yang paling tak sabar sebab nak main bunga api!
"Kakak! Tolong anis buat air. "
"Kak icha penatlah. Buatlah sendiri! "
"Meh abang tolong buat! "Sampuk adrian
"Yeah, abang handsome tolong! "
"Ngengada, tahulah hensem"opps! Apa aku cakap ni! Haraplah dia tak dengar.
Dia diam dan terus membancuh air. Fuh! Nasib dia tak perasan.
Adrian tersenyum," mengaku jugak kau yang aku ni handsome kan? "Katanya tersenyum sinis
Aku melihat abang chad yang berada disebelahku. Aku terus memeluk lengan abang chad"perasan, aku cakap abang chad yang handsome. Bukan kau lah! "
"Ekeleh, kakak cover line lah tu.. Macamlah adik tak dengar"sindir anissa
"Ma.. Mana.. "
"Dah, dah, sekejap lagi dah nak masuk waktu berbuka puasa. "Sampuk ummi
Akibat malu, aku hanya mengiakan kata kata ummi.
"Haah, jom makan"
Sebelum aku pergi ke meja makan, aku masih dapat mendengar suara halus anissa"kakak malu lah tu! "
Anissa dengan adrian ni memang segeng!
Selepas berbuka dan sembahyang maghrib, aku keluar dari rumah dan berlari ke halaman rumah. "kaklong, anissa, jom main bunga api!"
"Kaklong malas lah cha, lagipun banyak kerja kat dapur tu hah,karang tak siap. Mainlah dengan anissa. Kamu pun jangan syok main, banyak lagi kerja kat rumah nak dibuat! 5 minit je tau! ".
"Kaklong! Kejapnya! 10 minit please? "
"Yelah! "Yes! Lama tak main bunga api.
Adrian meluru ke arah AdriaAbang arsad juga kelihatan menuju ke arah kami..
"Abang ,jom main! "
"Jom! "
Aku menyalakan mancis. Yeah, bunga api pertama dah menyala.
Kedua, menyala.
Ketiga, menyala.
Dan keempat menyala jugak.
Tiba-tiba, tanganku terasa panas. "Api! "Jeritku. ..
Abang chad terus bergegas menuju ke arahku dengan wajah cemasnya. Abang chad terus memegang tangan ku dan meniupnya tetapi ditepis oleh adrian.
Adrian juga kelihatan cemas"kau tepi! Jangan sentuh dia! "
Aku yang melihat adrian mempertahankan ku turut tercengang. Care juga dia pasal aku. Selalunya jadi pembangkang. Adrian menarik tanganku dan membawa ku masuk ke dalam rumah.
Adrian masih menggenggam tanganku.aku pun tak tahu kenapa aku tidak meleraikan genggamannya.
Setibanya didapur, semua orang sibuk mempersiapkan makanan seperti rendang dan ketupat.
Adrian menarik tanganku ke depan"tokwan! Tengok ni, tangan icha kena mercun! "
"Icha, kenapa cuai sangat. Macam mana boleh terkena percikanni? "Tanya tok wan.
Adrian mula melepaskan tanganku apabila melihat kelibat papanya.
Adrian berpeluk tubuh. "Sekali main pasang empat bunga api, macam mana lah tak terkena? "
KAMU SEDANG MEMBACA
weh,aku sayang kau!
Romancenurul Arissa Safira, seorang gadis cantik, bijak, tinggi Dan mempunyai ciri -ciri seorang icon student Yang telah 5 tahun bersekolah di smk sri bintang. almost all of student kat sekolah tu kenal Dia kot. Muhammad Adrian Shah, pelajar baru Yang ba...