8 Februari 2004
Kawasan rumah papan usang itu dikelilingi pita kuning yang bertulis garisan polis. Orang ramai berkerumun di hadapan rumah tersebut. Ada yang berbisik sesama sendiri, tak kurang juga dengan yang cuba melihat apa yang terjadi.Dari jauh, seorang pemuda memberhentikan motosikalnya di bawah sebatang pokok sebelum bergegas ke arah rumah tersebut. “ Apa yang dah terjadi kat sini?” semakin hampir dia melangkah, semakin laju detak jantungnya.
“Kenapa ni Pak Atan? Siap ada polis segala bagai” tanyanya kepada seorang pak cik yang kebetulan berada hampir dengan tempatnya berdiri.
“ Entahlah Firman, pak cik pun tak tahu. Tapi, dengarnya orang ada jumpa mayat kat dalam rumah tu.”
“ Lelaki ke perempuan?” semakin laju jantungnya mengepam darah. Ikutkan hati, mahu sahaja dia merempuh masuk ke dalam garisan polis tersebut. Tetapi memandangkan, dia tidak mahu membuat kecoh disitu. Didiamkan sahaja dirinya.
Apa yang dirisau kan sekarang ni, adalah perihal mayat yang di jumpai di dalam rumah itu. Hatinya cuba menyangkal yang mayat tersebut adalah mayat kakaknya yang hilang tiga hari lalu.
“Entahlah, rasanya mat gian lah kot. Tempat macam ni, siapa je yang suka pergi kalau bukan golongan macam tu. Kamu janganlah risau sangat. Mustahil kakak kamu. Aku kenal dengan kakak kamu tu. Dia takkan pergi tempat macam ni. Mungkin dia pergi rumah kawan dia agaknya” sambil menepuk perlahan bahu Firman.
Sudah tiga hari Sarah tidak pulang ke rumah. Sudah tiga hari juga, oramg kampung mencarinya. Namun, tiada tanda- tanda ke mana Sarah pergi. Untuk tidak merisaukan Firman, Pak Atan sengaja memujuk pemuda tersebut. Dia tahu, Sarah bukanlah seorang yang suka bersosial. Sarah tak mungkin melarikan diri. Tapi dia sendiri sudah buntu untuk mencari dimana anak gadis itu berada.
Siapa je yang tak kenal dengan Sarah? Gadis genit yang berumur 22 tahun. Peramah, baik hati, seorang yang periang. Walaupun dia bukannlah tergolong dalam golongan gadis yang boleh dikatakan cantik, tapi Sarah ada kecantikkannya yang tersendiri.
Gadis yang gemar memakai baju kurung sambil rambutnya diikat ekor kuda itu, seringkali di lihat saban petang dengan basikalnya menuju ke rumah Mak Long Bedah untuk mengaji Al Quran.
Namun, sudah tiga hari bayangannya tidak terlihat di sekitar kampung itu.
“Maaf encik, boleh beri laluan? Kami nak usung mayat masuk ke dalam trak” tegur salah seorang anggota polis sekaligus mematikan lamunan Pak Atan.
YOU ARE READING
DENDAM
Mystery / ThrillerPeneмυan мayaт dι ѕeвυaн rυnaн υѕang dιнυjυng ĸaмpυng тelaн мenjadι вυaн мυlυт orang ĸaмpυng. Ada yang мengaтaĸan мayaт тerѕeвυт adalaн Saraн. Seorang gadιѕ darι ĸaмpυng тerѕeвυт yang тelaн нιlang ѕejaĸ тιga нarι lepaѕ... Pѕѕт, cerιтa nι aĸυ вυaт ѕ...