bab 3

187 2 2
                                    

  "Beb, kau ada apa – apa maklumat pasal Dato' Megat?” kaca mata yang terjatuh di batang hidung dibetulkan.

“Kau ambil kes ni? Kau serious ke Yat? Kau tak tahu ke Dato' Megat ni siapa?” bertalu – talu soalan yang keluar  dari mulut Shahfiq. Terkejut dia apabila Hayati mengutarakan soalan itu tadi.

“Seriouslah ni. Kalau tak, buat apa aku tanya kau? Aku tahu lah Dato Megat ni siapa. Kau jangan lah risau. Aku pandai jaga diri aku” endah tak endah saja dia membalas soalan Shahfiq.

  Shahfiq merupakan seorang wartawan hiburan yang terkenal dengan sikap lembutnya. Manakala dia pula seorang wartawan jenayah yang baru sahaja menceburkan diri ke dalam bidang tersebut. Entah macam mana mereka boleh berkawan rapat, dia pun tak ingat.

“Kau cakap betul – betul. Aku rasa baik kau tak payah ambil kes ni kalau kau sayangkan nyawa kau.” Sedaya upaya Shahfiq cuba untuk memujuk Hayati.

“ Alaa Encik Hashim yang suruh aku ambil kes ni lah. Kau bukan tak tahu, encik Hashim tu macam mana. Lagipun, aku sekarang ni takde kes. So, aku pun ambil lah kes ni” bersunguh – sungguh dia meyakinkan sahabatnya itu

  Bukan dia tidak kenal Shahfiq ni siapa. Walaupun dia baru menceburkan diri dalam bidang kewartawanan ini, namun dia dan Shahfiq sudah lama berkawan. Sejak dari tingkatan satu lagi.

“ Kau ingat aku tak kenal kau ni siapa? Suka sangat ambil kes – kes macam ni. Jangan lah ambil wei! Bahaya tahu tak?” Dia takkan senang duduk selagi Noor Hayati tidak berhenti dari ambil kes Dato' Megat ini.

   Siapa yang tak kenal Dato' Megat? Seorang usahawan yang paling berpengaruh dalam Malaysia ni. Seorang usahawan yang kerap kali dikaitkan dengan kerja-kerja haram. Salah satunya kes dadah yang sedang tular sekarang ni.

Namun, Dato' Megat bijak menyembunyikan kerja-kerja haramnya sehingga dapat mengaburi mata pihak berkuasa.

  Ada sesetengah kes yang hanya diketahui oleh orang – orang yang tertentu sahaja. Tiada siapa berani membuka mulut memecahkan tembelang Dato' Megat itu. Disebabkan itu juga, Dato' Megat masih bebas membuat kerja haramnya itu.

“Kau jangan risau lah. Pandai lah aku buat kerja aku. Kalau takut dengan cabaran, baik aku tak payah jadi wartawan. Baik duduk rumah je. Sekarang ni, kau nak tolong aku ke tak?” Geram betul dia apabila Shahfiq menentang keras kes yang diambilnya kali ini. Selalunya, Shahfiq yang akan membantunya mencari bahan untuk dimuatkan dalam artikel di akhbar.

“Kau tak kenal lagi siapa Dato' Megat tu. Dia sanggup buat apa sahaja untuk menutup mulut orang yang tahu rahsia dia termasuklah membunuh! Faham?” bengang dengan jawapan yang diberikan Noor Hayati tadi, dia lantas bangun dan mengeluarkan not sepuluh ringgit lalu diletakkan di atas meja sebelum beredar dari situ.

“Eh, mamat ni, sentap lebih pulak harini dah kenapa? Kalau tak boleh tolong sudah. Mamak kira!” Dia hanya meninggalkan dua keping not sepuluh ringgit dia atas meja sebelum berlalu pergi.

    Tergeleng – geleng kepala mamak tadi. Mungkin pelik dengan pasangan wartawan itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 06, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DENDAMWhere stories live. Discover now