bab 2

196 4 1
                                    

Januari 2014

Dato' Megat merengus kasar. Akhbar ditangan dilipat lalu dicampakkan ke atas meja kopi setelah melihat tajuk utama akhbar tersebut.
Dicapainya telefon bimbit yang terletak elok di sebelah akhbar yang dicampaknya tadi. “ Ambil aku sekarang.  Aku kat rumah” sejurus membuat panggilan tersebut, dia melangkah masuk ke dalam banglo tiga tingkatnya.

  “Dato' nak kemana?” Sebaik sahaja memandu keluar sebuah mpv dari perkarangan kediaman Dato' Megat.
“Tempat biasa” acuh tak acuh sahaja jawapan yang diberi Dato Megat kepada pemandunya.

“Baik Dato' sebelum tu, Dato' ada nak singgah mana- mana dulu ke?” sambil memandang ke arah Dato Megat melalui cermin pandang belakang.
Dato' Megat hanya memberikan jelingan. Faham dengan jelingan tersebut, Aidil terus memandu ke arah pantai timur negara.

Memang Dato' Megat seorang yang tegas, tapi memandangkan dia pun bukannya pandai sangat dalam pelajaran, dia mengambil keputusan untuk menjadi pemandu Dato' Megat. Kalau bukan dia, siapa lagi? Dia merupakan satu- satunya anak lelaki tunggal di dalam keluarga.

  Ayahnya telah lama meninggal dunia sejak dia berumur empat tahun. Ibunya sekarang sedang sakit. Jadi, siapa yang nak menanggung kehidupan mereka sekeluarga kalau bukan dia? Walaupun hanya dia dan ibunya sahaja.

  “Dato’ dah sampai'”  sebaik sahaja tiba di sempadan Malaysia – Thailand, dia mengejutkan  Dato' Megat yang terlena.

  “ Apa ni T.J? Macam mana boleh jadi macam ni? Sampai Polis Malaysia dah aim aku ni? Kau jangan cari pasal!” Marah benar dia ketika itu. Mana tidaknya, dia sekarang sudah menjadi buruan polis!

  T.J hanya memandang sipi akhbar yang dibaling ke arahnya sebentar tadi. Senyuman sinis dihadiahkan kepada Dato Megat.

“SEORANG AHLI PERNIAGAAN DIBURU PIHAK POLIS BAGI MEMBANTU SIASATAN”

“Alaa rileks lah Dato' dia orang pemberita ni, memang suka buat berita sampah macam ni. Dato rileks je. Tak lama lagi, diamlah tu. Lagipun, bukan Dato' yang buatkan? Kenapa nak gelabah?” Senyuman sinis dihadiahkan buat Dato' Megat.

“ Memanglah bukan aku yang buat, tapi kau nak suruh aku rileks? Macam mana aku nak rileks? Jatuh lah reputasi aku macam ni. Jatuhlah imej syarikat aku. Aku tak kira, aku nak kau cari pemberita ni, aku nak kau ugut dia.” Ujar Dato’ Megat sebelum berlalu.
      Sakit dadanya memikirkan semua itu. Macam mana kalau share holder syarikatnya yang lain tahu akan berita ni? Boleh jadi, mereka hilang kepercayaan terhadapnya.

T.J hanya memandang nama  pemberita yabg dicetak di bahagian atas artikel di dalam akhbar tersebut. Noor Hayati. Sebaris nama itu disebut perlahan.

“Kenapalah kau ni bersusah payah nak buat berita sampah macam ni? Kau tak tahu ke hidup kau akan diganggu?” Di buka komputer riba yang terdapat di atas mejanya. Sebagai permulaan, biarlah dia mencari sedikit maklumat tentang Noor Hayati.

  “23 tahun, perempuan, kulit sawo matang, tinggi 153 cm, asal dari Melaka, anak tunggal.” Cukuplah kot setakat ni. Lantas menutup komputer ribanya. Sebatang rokok di tarik keluar dari kotaknya lalu dinyalakan. Dibiarkan sahaja bara dari rokok tersebut membakar perlahan sehingga  ke hujung.

DENDAMWhere stories live. Discover now