Officer

22 0 0
                                    

Tamat sekolah aku kerja syif malam di sebuah syarikat penghantaran dengan rakan aku iaitu Mat. Memandangkan duit saku aku semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini.

Kitorang kerja bergilir-gilir mengikut jadual yang ditetapkan. Sedang asyik melayan laman sosial aku dikejut oleh Mat minta aku teman dia ke tandas. Takut nak pergi sendiri katanya disebabkan tandas terletak hujung jauh daripada tempat aku dan keadaan di situ agak suram dengan lampu ada ketika berkelip-kelip macam nak mampus. Nama je jantan. Penakut.

Dah 20minit lebih aku bersandar di pintu masuk tandas. Akibatnya kaki aku kebas kerana asyik berdiri. "Mat Oi! Kau ni sembelit tak keluar ke apa?" Aku menjerit dari luar. Senyap.

Aku mula geram. Tiba-tiba timbul idea nakal dalam kepala aku nak mengacah Si Mat. Aku berusaha panjat sinki bagi memudahkan kerja gila aku. Namun iPhone aku berbunyi menandakan ada pangilan masuk. Aku mengeluh kesal. Wajah aku yang kecewa tadi terus bertukar hairan bila melihatkan si pemanggil.

Terketar-ketar tangan aku mengankat gagang. "Hello Din. Maaflah aku tak bagitau kau tadi yang Aku pulang awal. Ada hal kat rumah sekarang ni. Aku cari kau tadi tapi takde kat officer. Kau kat mana ni?"
"Aku kat tandas officer ni. Tunggu kau keluar dari tandas Mat."
Pintu tandas dihempas dari dalam. Terjengul satu wajah hitam memadang tajam ke arah aku sambil tersenyum menyeringah.

KOLEKSI SERAM 35Where stories live. Discover now