MAK

9 0 0
                                    

Aku menginap sendirian di sebuah baglo mewah yang terletak jauh dari ibu kota. Kawasan yang agak terpencil dan sunyi memudahkan lagi urusan kerja aku.

Malam mula menjelma. Tepat pukul 7 malam aku mula berlari masuk kamar. Pintu dan tingkat aku tutup dan kunci sebelum merebah ke katil. Angin bertiup kencang. Lampu yang aku sudah tutup suisnya mula menyala dan mati kemudian menyala kembali.

Setiap malam, beginilah keadaannya. Yang anehnya hanya di sekitar banglo aku sahaja angin bertiup agak kencang. Bagaikan marah pada Si penghuni baglo ini. Aku padang potret seorang wanita yang agak berusia. Dalam hati aku penuh kekesalan. 'Ibu maafkan anakmu ini. Kerana harta, aku terpaksa korbankan nyawamu'..

Aku mula terbayang saat Ibu aku dibunuh kerana berebutkan harta. Dan apa yang aku pasti mayat ibuku ditanam di sebalik potret besar yang tergantung di bilikku sendiri. Tiada yang tahu, hanya aku sahaja yang tahu. Kerana aku sendiri yang membunuhnya. Dan aku juga yang menanamnya di situ!
Potret itu terjatuh ke lantai akibat angin kencang. Sekujur jasab yang hampir mereput itu terselah dari dalam. Merenung penuh amaran pada aku!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 12, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KOLEKSI SERAM 35Where stories live. Discover now