● E I G H T ●

8.2K 849 211
                                    

Kwon Hyein...

Saya tahu, saya melampau. Saya tahu, saya jahat dengan awak. Saya minta maaf. Saya terpaksa buat macam tu. Sebab saya nak awak bencikan saya. Saya nak tengok awak menangis. Saya tak boleh buat awak sayangkan saya sebab kita akan berpisah juga nanti. Dan sekarang kita memang dah berpisah.

Kwon Hyein...

Saya dah kahwin. Saya dah kahwin sebelum berkahwin dengan awak. Saya dah ada anak. Min Yoon Ji. Dia lelaki. Saya kahwin dengan awak, sebab saya tahu, awak cintakan saya. Saya tak pandai buat orang terluka. Jadi, saya ambil keputusan untuk kahwin dengan awak. Isteri saya, Seo Yihan. Dia izinkan.

Saya berpura-pura, sebab saya nak awak rasa bahagia. Walaupun sekejap. Saya tahu, awak tak bahagia. Tapi saya cuba. Saya tak sedar, yang sebenarnya saya menangis juga. Saya sedih. Awak setia. Sangat setia. Awak tanya saya. Awak tegur saya. Saya... saya bangga ada isteri macam awak.

Kwon Hyein...

Terima kasih cintakan saya. Terima kasih sayangkan saya. Terima kasih jadi isteri saya. Saya minta maaf, tapi saya terpaksa. Saya tak pernah bohong dalam setiap kata-kata saya. Apa yang saya ucapkan, itu semua dari hati saya. Saya tak nak menangis. Tapi saya tak boleh. Saya macam awak. Jujur, saya sayangkan awak, Hyein. Sayang sangat-sangat. Tapi jodoh kita tak panjang. Setakat tu je.

Tolong jaga diri awak baik-baik. Lepas ni saya dah tak ada. Kalau boleh, lupakan saya. Anggap kita tak pernah kenal. Anggap kita bukan suami isteri dulu. Tapi satu je saya nak minta... tolong jangan lupa kenangan kita. Rindu saya, awak ingat balik kenangan kita. Awak rasa nak menangis, awak tahan. Jangan asyik menangis. Ajar diri awak supaya kuat. Saya tahu, awak kuat.

Kwon Hyein...

Jangan cari saya. Ya? Tolong jangan cari saya. Saya minta maaf. Saya ada banyak salah dengan awak sepanjang perkahwinan kita. Relakan makan dan minuman saya. Ikhlaskan perbuatan awak untuk saya. Saya minta maaf. Tolonglah... cari pengganti saya. Jangan tunggu saya sebab.. saya akan doakan kebahagiaan awak.

Yang ikhlas... Min Yoongi

[COMPLETED] Pain In Love 고통 사랑에 (Suga BTS)Where stories live. Discover now