1

19.1K 447 12
                                    

Balik dari sekolah, aku terus melangkah ke bilik. Seharian mengajar, kepala aku pening melayan kerenah pelajar-pelajarku yang semakin nakal.

Di fikiranku hanya teringatkan bantal. Bestnya dapat melelapkan mata.

Sewaktu aku mahu ke bilik, aku terpandang puan Suraya a.k. a mama aku yang sibuk membersihkan dan menukar cadar katil abang Zhafran.

"Mama sibuk mengemas ni, abang Zhafran nak balik ke? "
Soalku seraya melangkah masuk ke bilik abang Zhafran.

"Haah. Esok Zhafran balik. Mama dan papa nak ke airport ambil Zhafran. Mawar nak ikut?"
Pelawa mama.

"Tak kut. Esok Mawar kerja lagi. Mama dan papa jelah pergi. "
Ujarku. Malas aku nak jumpa abang Zhafran. Pandang muka dia buat sakit hati je.

"Mama, Mawar nak ke bilik dulu. Nak mandi.. "
"Yelah. Mawar kalau nak makan, makanlah dulu. Mama masih kenyang lagi. "
"Mawar masuk dulu. "

Aku beredar meninggalkan bilik abang Zhafran. Aku meletakkan beg berisi buku pelajarku di atas meja studi.

Tudungku tanggalkan dan aku sangkut di hanger. Kemudian aku merebahkan diri di atas katil. Leganya dapat baring.

Hati aku jadi resah bila mengenangkan abang Zhafran akan kembali ke Malaysia setelah 4 tahun melanjutkan pelajaran ke Ireland.

Aku takut hati aku goyah berhadapan dengan abang Zhafran. Mungkin kerana rasa cintaku padanya masih lagi bersisa, walaupun dia pernah menolak cintaku dulu.

Aku mengakui, dia lelaki pertama yang berjaya mencuri hatiku. Kerana dia juga aku bersemangat untuk belajar. Dia adalah sumber inspirasiku.

Kami mula bertemu ketika kami sama-sama bersekolah di SMKCL. Ketika itu abang Zhafran pelajar di tingkatan 6 manakala aku masih di tingkatan 3.

Abang Zhafran merupakan pelajar harapan sekolah dan pelajar paling ramai peminat. Termasuklah aku.

Namun aku segan nak bertegur sapa dengan abang Zhafran. Aku sedar aku tidak layak untuk bergandingan dengan pelajar paling popular di sekolah.

Aku menghela nafas. Sukar untuk aku melupakan wajah kacak itu. Yang paling aku sakit hati mulutnya langsung tak de insuran. Mulutnya tak habis-habis menghina dan mengutuk aku.

Mentang-mentanglah fizikal aku yang gemuk, mana layak berdiri sama tinggi dengan orang yang sehandsome abang Zhafran.

Aku memejamkan rapat-rapat. Bayangan wajah abang Zhafran menghina aku masih terbayang dimindaku. Aku cuba mengusir wajah itu dari muncul di fikiranku. Tanpa sedar airmataku mengalir. Dan kenangan itu pun menerpa...

Bersambung...

SAYANG SI GEMUKWhere stories live. Discover now