Zhafran masuk ke kelas. Dia melangkah ke mejanya. Selepas waktu rehat, cikgu Manisah akan masuk untuk mengajar subjek bahasa Melayu.
Dia mengambil buku teks yang berada di bawah meja. Tiba-tiba ada sepucuk surat jatuh di atas kasutnya.
Dia mengutip surat itu. Tiba-tiba Nazli merampas surat dari tangan Zhafran.
"Surat dari siapa, Zhaf?"
Nazli menanya. Dia membelek-belek surat itu. Untunglah jadi orang hensem. Ramai peminat."Entah. Aku tak tahu."
Jawab Zhafran mendatar. Hatinya tertanya-tanya siapa yang mengirimkan surat pada dirinya.Dia sendiri tertanya-tanya. Dia memandang ke arah Qistina, gadis itu sedang mengulangkaji pelajarannya. Takkan Qistina kut?
Sudah dua kali dia menerima surat itu. Dia cuba menjejaki pengirimnya tetapi hampa dia tidak ketemu.
Nazli membuka surat itu. Dia membaca isi kandungan surat itu.
Dahinya berkerut. Dia seperti mengenali tulisan itu. Takkanlah si Mawar Shafiqah, bff Nadia. Kalaulah Zhafran tahu surat itu Mawar pengirimnya, mau berperang mereka berdua ni.
Zhafran melangkah laju ke parking motorsikal.
"Zhaf, Zhafran.. "
Panggil Nazli. Langkah Zhafran terhenti. Nazli berlari anak ke arah Zhafran."Nak apa ni?"
Soal Zhafran. Dia meletakkan beg ke raga motorsikalnya. Termengah-mengah Nazli."Aku tumpang kau. Boleh tak?aku nak balik cepat. Petang ni ada latihan ragbi.. "
Kata Nazli. Dia mengesat peluh yang berjejeran di mukanya.
"Jomlah. "Bersambung...
YOU ARE READING
SAYANG SI GEMUK
Random'Kau dengar sini. Kau jangan nak berangan aku suka kau. Dahlah badan macam gajah, cerminlah diri dulu. Ada hati nak dgn aku. Jgn mimpi aku tersuka pada kau. Dalam mimpi pun aku tak teringin - Zhafran Daniel. 'Hei, gemuk kau dengar sini. Zhafran tu...