31

8.6K 289 0
                                    

Semua butik pakaian kami masuk, namun haram satu pakaian abang Zhafran tak beli. Aku naik bosan. Penat. Lapar. Bayangkan lebih dua jam kami window shopping.

"Semua kedai kita dah masuk. Abang nak beli baju yang macam mana?"tanya ku. Aku benar-benar sudah penat.

"Mawar dah penat ke?"dia bertanya padaku. Angguk aku.
"Kita pergi makan. Abang laparlah. Tadi pagi abang sempat breakfast roti sekeping."
"Jomlah. Mawar pun lapar jugak."

Kami ke cafe New Town White Coffee. Sebaik kami duduk, kami memesan makanan. Aku pesan char kuey tiaw manakala abang Zhafran memesan nasi ayam.

"Sebenarnya dah lama abang nak ajak Mawar keluar, tapi tak berkesempatan. Abang busy, Mawar pun busy. Abang minta maaf sebab gunakan mama untuk ajak Mawar keluar. Kalau abang tak buat macam tu, sampai bila-bila Mawar tak sudi nak keluar dengan abang.."

Suapanku terhenti. Aku pandang abang Zhafran. Dia hanya senyum. Aku dah Agak. Dia ada agenda yang tersembunyi. Nak beli baju hanya alasan untuk ajak aku keluar.

"Mawar, say something.."
"Mawar tak de nak cakap apa."
Aku meneruskan suapan.

"Lepas makan ni, kita tengok wayang, nak tak?"
"Mawar ikut jer. Abang yang nak belanja.."ujarku. Selepas membayar bil makanan, kami ke TGV yang terletak di tingkat 3.

Aku tunggu abang Zhafran yang sedang beratur membeli tiket. Aku sekadar memerhatikan gelagat manusia yang mengunjungi Aeon Mall. Maklumlah hari Ahad. Hari untuk orang berhibur.

"Nah tiket. Wayang start pukul 4 petang. Ada masa satu jam. Jom kita jalan-jalan jap."
Kata abang Zhafran.
"Mawar ikut jer.. "

"Zhafran.. Is that you?"
Tegur satu suara dari arah belakang. Kami sama-sama menoleh. Siapa gadis ni. Cantik betul. Abang Zhafran hanya pandang gadis itu.

"Zhaf, I Qistina. Classmate you dulu. Tak ingat ke?"
Gadis yang bernama Qistina cuba mengingatkan abang Zhafran. Abang Zhafran masih blur. Aku masih ingat pada kak Qistina. Aku tak pernah lupa pada dia.

"Sorry lah Qis. I tak ingat. You kerja kat mana sekarang ni?"
"I kerja kat KL. Kerja dengan uncle.You buat apa sekarang ni, Zhaf?"
"I doktor."
"Wow! Tercapai cita-cita you."
Kak Qistina kelihatan teruja bila bertemu dengan abang Zhafran. Abang Zhafran lagilah teruja dengan kekasih hatinya.

Bersambung...

SAYANG SI GEMUKWhere stories live. Discover now