MPL •03•

12.7K 818 137
                                    


Sekarang Anis dan Lisa berada di perpustakaan. Bukan perpustakaan dalam sekolah. Luar sekolah. Lisa yang ajak aku pergi sini. Aku memang tak minat membaca. Baca tu kalau terpaksa je. Kalau exam, last minit baru nak baca. Tu yang result terlebih pandai tuh. Dalam mimpi semua A+. Realiti hampeh.

"Kau baca buku apa tuh?" Soal Lisa pada Anis.

"Aku tengah baca buku tom and jerry ni."

"Macam budak 6 tahun lah baca buku macam tuh."

"Suka hati aku lah. Aku yang baca bukan kau." Kata Anis

"Ada je jawapan kau." Lisa menjeling Anis lalu mengambung membaca novel 'cinta' yang sedikit tebal itu.

Selepas habis aku membaca buku tom and jerry. Aku bangun menuju ke rak yang cantik tersusun di dalam perpustakaan itu. Satu persatu buku aku belek. Sampai lah satu buku yang sedikit tebal. Aku menyelak kulit buku itu. Terdapat nota kecil yang terselit di buku tersebut.

Pandang berlakang pleasee.

Aku tidak membantah dan terus pandang berlakang. Alamak ai. Mamat kerepot nii.

"Kita ni memang jodoh kan?" Selamba Fazrin berkata sambil tersenyum manis. Kalau perempuan tengok mesti cair. Tapi tidak bagi Anis.

Anis buat muka annoying.

"Jodoh ke bodoh?" Kata aku lalu beredar dari situ. Sempat juga aku mengambil satu buku yang nipis dan duduk di tempat aku semula.

"Kejap eh Anis, aku nak pergi toilet kejap. Nak terkeluar ni." Lisa berbisik dan terus keluar dan menuju ke tandas.

"Tu pun nak cakap. Pergi je lah." Anis kata seorang diri.

Aku meneruskan membaca buku cerita. Aku berdirikan buku supaya lebih dekat dengan muka aku. Macam ngantuk pun ada. Bosan pun ada. Mamat sewel tu dah pergi mana entah. Biarlah dia. Itu bukan hal aku.

"Sang Kancil dan Sang Buaya."

Itu tajuk buku yang aku sedang baca sekarang. Buku aku yang berdiri terus baring. Aku lihat Fazrin sudah duduk di hadapan aku. Panjang umur dia. Bila masa entah duduk di depan aku. Aku tak perasan langsung.

"Apa kau nak?" Soal Anis lalu menyambung baca buku.

"Aku nak kau-" belum sempat Fazrin berkata aku terus memotong.

"Kau gatal, sewel, gila, miang, kerepot." Satu nafas sahaja aku mengutuk Fazrin.

"Aku tak habis cakap lagi. Aku nak kau simpan buku tu."

Last last aku termalu sendiri. Lain kali dengar dulu. Apa pon tak boleh.

"Apasal pulak kena simpan buku ni?"

Fazrin sudah tersengih.

"Simpan je buku ni, sebab nanti kau akan bacakan buku ni setiap kali waktu tidur anak-anak kita nanti."

Aku menjeling Fazrin.

"Tak habis habis 'anak-anak kita'. Sekarang aku nak tanya kau. Boleh tak jangan perasan sangat? Kau ingat aku nak kahwin dengan kau ke? Sampai fikir pasal anak anak bagai. Aku tak ingin langsung!" Jerit Anis dengan sinis. Serupa orang jahat pun ada.

Semua orang yang sedang membaca buku terus tertumpu ke arah aku dan menggeleng-gelengkan kepala. Kuat sangat ke aku jerit?

Fazrin ketawa terkekek-kekek sambil menutup mulut menggunakan tangan.

Apa masalah dia ni? Sebok betul lah. Takde kerja lain ke apa? Entah-entah dia skodeng aku.

"Kau stalk aku kan?" Anis tanya lalu mengecilkan matanya ke arah Fazrin.

"Yup."

Senangnya dia jawabbb. Macam minta kaki je mamat sengal ni.

"Takde kerja lain ke?" Aku soal lagi.

"Ada."

"Abistu, kenapa sebok kat sini?"

"Tak tahu."

Ya allah, tolong lah hamba mu ini. Apa nak jadi dengan lelaki yang berada di depan aku ini.

Yang si Lisa ni mana? Tak muncul dari tadi. Sembelit ke apa?

Fazrin membuka blazer dan letaknya di atas meja kemudian dia memandang sayu ke arah Anis. Dua orang perempuan di meja sebelah dah bisik-bisik.

'Hensemnya lelaki tuh'
'Haah, perempuan tu girlfriend dia ke?'
'Teringin aku nak lelaki macam tu'
'Gua melthing'

Nak bisik pun slow lah sikit. Aku kat sini pun boleh dengar diorang bisik.

"Apa beza kau dengan sudu?" Soal Fazrin di hadapan aku.

"Apa?" Anis blur.

"Apa beza kau dengan sudu?" Fazrin soal kembali.

"Tak tahu."

"Sudu untuk garfu, kau untuk aku."

Aku buat muka annoying. Ingat kita cair lah dengar ayat macam tuh. Pleasee lah.

Aku dapat melihat Lisa melambaikan tangan di muka pintu perpustakaan. Nak balik lah tu. Lepas melabur terus nak balik. Haihh. Lisa, Lisa. Nasib kau kawan aku.

"Apa beza kau dengan api?" Soal Anis pula.

"Tak tahu." Fazrin tersengih.

"Kau dengan api takde beza pon. Dua dua bikin aku panas." Aku bangun dan terus keluar dari perpustakaan. Ingat aku nak buat pickup line chia chia chia lah. Ini aku bagi pickup line sentap. Padan muka.

Fazrin tersenyum di situ.

"Kau buat aku makin sayang kat kau Anis."

*****

Aku asik tersenyum je dalam kereta yang dipandu oleh Lisa. Tersenyum sebab dapat menyentapkan Fazrin.

"Kau dah kenapa senyum sorang sorang? Dah terfall in love dengan mamat tu ke?" Kata Lisa yang sedang memandu. Pelik agaknya tengok Anis tersenyum sorang sorang.

"Siapa? Mamat kerepot, miang, sewel dan macam-macam lagi tu ke?" Anis meminta kepastian.

"Ye lah, siapa lagi kalau bukan mamat tu? Tak baik cakap macam tu dekat mamat tu."

"Eee, memang tak lah aku lekat dengan mamat tuh. Not my taste."

"Not my taste konon. Abistu apa taste kau? Aku tengok mamat tu macam suka kau je. Ciri-ciri lelaki idaman malaya tu. Famous, hot, romantik."

"Taste aku orang yang tinggi, baik, hormat ibu bapa, hensem, taknak putih taknak hitam, sawo matang macam tuh, badan sado dan boleh jaga aku dalam waktu kesusahan. Fikiran matang. Kalau tengok si Fazrin tu tak matang langsung. Asik usik aku jer. Rimas kau tahu tak."

"Usik sikit-sikit pun kau kata tak matang lah, apa lah, semua lah."

"Kalau kau nak pergi je lah amik dia tu. Aku tak kesah pun." Kata Anis dalam riak yang tenang. Aku memandang ke luar tingkap.

"Nak je aku campak kau dalam air loji. Abistu Haris kesayangan aku tu nak campak mana?"

"Campak je dalam loji sekali. Kesah pulak aku." Aku memandang tingkap.

Haris tu a.k.a boyfriend Lisa. Budak hot jugak dekat sekolah. Lagi satu Lisa ni pantang kalau ada orang kutuk dia punya boyfriend.

"Aduh" Anis mengadu kesakitan apabila peha nya jadi mangsa cubitan Lisa.

"Kau cakap macam tu lagi aku turunkan kau kat hutan ni." Lisa berhentikan keretanya di tepi jalan.

"Aku gurau je lah. Ok, aku janji lepas ni aku tak cakap apa apa dah." Aku mengangkat tangan kanan untuk berjanji.

Kemudian Lisa meneruskan perjalanannya.

Beberapa minit akhirnya sampai jugak di depan rumah Tuan Alif a.k.a ayah aku.

"Sorry." Kata Anis lalu menutup pintu dan berjalan masuk ke dalam rumah.

To be continued


Vote & Comments

Mamat Pickup LineWhere stories live. Discover now