BAB 1

1K 6 1
                                    

Hibiscus D'Hotel

Kedengaran bunyi lagu yang dimainkan,sungguh membingitkan telingaku.Ditambah lagi dengan suara manusia yang sedang gelak ketawa dan berbicara sesama mereka.Aku mulai berasa bosan berada di situ, kerana tiada seorang manusia pun yang mahu menegurku.yang aku lihat,kebanyakannya macam sombong and berlagak je aku tengok. Tak kenal pun dan aku malas nak kenal.Ni pun Harris yang paksa aku ikut dia untuk celebrate birthday dia. Kalau nak diikutkan,aku malas sangat.Yelah bukannya aku kenal pun dengan semua member-member dia tu.

"Ishh,mana pulaklah Harris ni.." Keluhku sambil tanganku menuang minuman ke dalam gelasku.Mataku pula melilau-lilau mencari Harris.

"Rica!.."terkejut aku dibuatnya apabila seseorang menerjahku dari belakang.Hish aku sekeh kau kang!. Gelas yang aku pegang hampir tertumpah air.Lalu aku menoleh kebelakang untuk melihat wajah si pemilik suara tersebut.

"Harris!..Harris ni kenapa huh?!,..dah lah tinggalkan rica sesorang!,lepastu terkejutkan orang pulak!,nasib baik lah rica tak simbah air ni kat Harris tadi tau!"marahku sambil memukul bahunya.Namun Harris hanya tersengih-sengih sahaja memandangku.

"Alaa..sorrylah rica..Harris bukannya sengaja nak tinggalkan rica sesorang, tapi tulah tadi Harris temankan Bella sekejap,lagipun,orang handsome macam ni,siapalah yang tak nak jumpa kan.." Balas Harris sambil keningnya dijungkit-jungkitkan didepanku.Aku pula sudah naik menyampah dengannya.

"Eei,perasan!.."mataku aku kerlingkan ke tempat lain sambil menyilangkan kedua-dua tanganku. Harris yang cuba ingin pujukku, membuat muka comel. hurh, tolonglah!aku takkan termakan dengan muka comel kau tu.

"Sorrylah sorrylah!..maafkanlah abang awak yang handsome ni!.." Rayu Harris berkali-kali.Namun aku tetap tidak mempedulikannya dan membatukan diri.

"Please,my sister!,my sweetheart!,my lovely princess!my-"belum sempat dia menghabiskan ayatnya,aku sudah mencelah.dek kerana tidak tahan dengan rayuannya hingga menyebabkan semua orang tertumpu kepada kami.

"Okay okay fine!,rica maafkan!" Tersenyum lebar dia dibuatnya.

"Serious?!,okay kalau macam tu jom ikut Harris!"belum sempat aku berkata-kata,dia sudah menarik tanganku dan dilingkari pada tangannya.

"Nak pergi mana ni?!"soalku lalu memberhentikan langkah kami berdua.

"Harris nak bawak rica jumpa dengan kawan-kawan ris lah..kan tadi rica yang kata tak nak tinggal sesorang kan?,so,ris ajaklah rica sekali!" Kata Harris sambil menyelitkan rambutku dibelakang telingaku.Daguku disentuhnya.Senyumannya daripada tadi tidak henti.

"Tapi-"belum sempat aku berkata-kata,Harris sudah memotong.

"Dah jom!,takde tapi-tapi lagi dah!.. Dengar cakap abang kau ni hah!" Kata Harris lalu membawaku menuju ke arah rakan-rakannya yang berdekatan dengan swimming pool.

Dari sudut lain,seorang wanita yang daripada tadi asyik memerhatikan kemesraan mereka berdua,telah menimbulkan rasa cemburu pada diri wanita tersebut.

"Hiiee!..geramnya aku!,asyik-asyik dengan adik dia je!,asyik-asyik rica je!.. Hurh!..aku ni girlfriend dia,dia sepatutnya lebih utamakan aku daripada budak lembap tu!"Bisik seorang wanita sambil memandang ke arah Harris dan Rica yang sedang berpegangan tangan.Adik beradik okay!

♥♥♥

"Rica..rica..kenapalah kau cantik sangat malam ni..."kata seorang lelaki yang sedang duduk dibangku kayu berdekatan swimming pool.Sambil-sambil matanya daripada tadi asyik memandang Herica dari jauh,gelas minumannya diteguk berkali-kali.

"Kenapalah kau tak pernah nak pandang aku langsung..kau tau tak, aku dah lama gilakan kau rica..sejak kali pertama aku jumpa kau!.." Kata lelaki itu lagi pada dirinya sambil matanya tidak beralih langsung memandang Herica yang dibaluti dengan gaun biru muda yang paras-paras dengan lututnya.

MS. KHAN💙Where stories live. Discover now