BAB 3

372 9 8
                                    

Jam ditangan dipandang sekilas.lagi beberapa minit sahaja lagi dah nak pukul 8.00 am.Iaitu masa untuk loceng berbunyi.Dari jauh,sudah kelihatan beberapa orang pengawas sedang mengawal ketat dibahagian pagar masuk sekolah.

"Hurh..ni yang aku malas ni.." gumamku sambil mataku tajam memandang ke arah beberapa orang pengawas tersebut.Langkahku dipercepatkan.Hish,tulah bangun lambat lagi,pastu Heyril bukannya nak turunkan aku kat depan sekolah. Tapi dia turunkan aku dekat bus stop sana tu.Entah tetiba je dia dapat emergency call.Aku pun terpaksalah berpenat-lelah membakar lemak pagi-pagi ni.Penat wei!Hurh geram aku dibuatnya.

"Lagi sikit je lagi..lagi sikit.."bisikku sambil melangkah pantas ke pagar masuk sekolah.

Kringgg!!!!

Baru sahaja kaki kananku menyentuh kawasan sekolah,loceng sudah berbunyi.Menandakan sudah masuk waktu untuk para pelajar memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran mereka.

"Stop!"

Aku yang baru sahaja ingin menggerakkan kakiku,terus terhenti apabila satu suara yang paling aku menyampah menusuk ke dalam lubang telingaku.

"Dah 40 kali kau datang lewat ke sekolah,Rica!..dan aku akan pastikan kau kali ni akan kena denda!"kata Elisha,penolong ketua pengawas Victoria Highschool.

"Cubalah kalau berani.."cabarku kepadanya selamba.Macamlah aku tak biasa dengan perangai si Elisha ni, asyik-asyik ada je nak cari kesalahan aku.But,aku tahu dia takkan boleh punya buat macam tu kat aku,sebab Encik abang ketua pengawas akan sentiasa membela aku.Malah bukan dia je,tapi boleh dikatakan semua pelajar lelaki kat sekolah ni.kalau perempuan,separuhlah.

"Oh,kau cabar aku erk?,ok disebabkan engkau datang lewat,aku nak kau pergi kutip sampah dekat kawasan parkir kereta cikgu-cikgu! Now!"arah Elisha kepadaku.Matanya sudah membulat besar memandangku.Namun aku masih mendiamkan diri dan mengabaikan sahaja kata-katanya itu.Mana ketua pengawas ni?,selalu dia ada time macam ni back up aku?,mana pulak dia ni?

"Hoi!,kau tunggu apa lagi?!,pergilah cepat!...oh,aku lupa,kau tunggu Encik abang ketua pengawas tu ke?..haha lupakan jelah angan-angan kau tu erk!,hari ni dia tak datang!,so hari ni akulah yang berkuasa kat sekolah ni.."kata Elisha dengan sinis nya.

"What?,dia tak datang?"tanyaku seakan-akan tidak percaya.Gila kau, susahlah kalau dia takde!,memang porak-peranda sekolah ni kalau minah depan aku ni ambil alih tugas dia walaupun sehari.arghh aku pun susahlah nak dapat back up.

"Yelah kau pekak ke apa?,dah pergi cepat!..kalau tak aku bagi nama kau kat Cikgu disiplin.."ugut Elisha sambil menyilangkan kedua-dua tangannya. Pen dan buku catatannya masih ditangannya.

"Tapi,takde denda lain ke?,kenapa mesti kutip sampah kat tempat parkir kereta cikgu?"soalku lagi.Aku tak rela betul nak pergi kutip sampah urghhh!!.Walaupun ayah aku seorang jutawan,namun sekolah ini tetap mengekalkan peraturan dan undang-undangnya.Setiap pelajar yang membuat kesalahan pasti akan menerima dendanya.Hrm ni lah denda pertama aku.Selama 39 hari aku datang lewat,aku belum pernah kena denda lagi.Tapi,hari ni aku kena!uwahhh!!!Ketua Pengawas kenapa kau tak datang!!!

"Sorrylah..denda yang lain-lain aku dah bagi kat orang lain..so,terima jelah denda yang aku bagi ni erk.." Kata Elisha sambil senyum mengejek.

"Kalau aku tak nak?"matanya aku pandang.

"Terpaksalah aku bagi nama kau kat Cikgu disilplin..dengan kelewatan kehadiran kau yang lepas-lepas.." Balas Elisha dengan muka yang menyampah gila aku dibuatnya. gedik!,eleh macamlah aku tak tau yang kau tu sebenarnya playgirl!. sama macam bapak kau playboy!.Semua lelaki kau nak!.Termasuklah abang ketua pengawas tu.

"Hurh..yelah.."aku mendengus. Mataku dijelingkan lalu terus melangkah pergi ke kawasan parkir kereta cikgu-cikgu.malas betul lah!

======

MS. KHAN💙Where stories live. Discover now