Prolog
Aku terbaring di atas katil kepenatan walaupun sudah mandi. Aku terdengar bunyi pintu bilikku terbuka. Muncullah wajah kesayanganku itu. Wajah kepenatannya masih comel seperti selalu.
'Comel?' Haruskah aku menggantikannya dengan tampan ataupun kacak? Apa apapun hanya dia dihatiku.
"Penatlah, patient ramai betul hari ni," dia mengomel sambil menghempaskan diri di sisi ku. Aku mengusap wajahnya yang hampir itu.
"Biasalah tu," aku membalas sambil mengucup dahinya lalu aku memeluknya. Lebih kurang lima minit baru aku tersedar rupanya pujaan hatiku itu sudah terlena dalam dakapanku. Aku merenung wajahnya lalu mengucupnya sekali lagi dengan penuh rasa kasih.
Aku tak ingin kehilangannya...
YOU ARE READING
Kau Pergi Jua
RandomA'lawia hanya menyintai suaminya. Hanya suaminya. Namun tidak sampai seminggu perkahwinan mereka sudahpun terputus. Semasa mereka sedang menguruskan penceraian mereka, A'lawia bertemu semula dengan cinta pertamanya