1

269 13 0
                                    

    "Aku terima nikahnya A'lawia Hanina bt. Mohd Helmi..." 'yess! ijab kabul dah hampir tamat! At last Wiya, you are someone's wife! You are a wifey!' teruja aku bila dapat status one and only  itu.

    Suamiku, dia memendam perasaan untuk sekian lama. Dia meminangku beberapa minggu lalu. Aku tak pernah menyangka yang kami saling menyintai. Aku fikir aku hanya bertepuk sebelah tangan, namun, memendam rasa ini lebih baik dari aku terus serbu tak pakai helmet. 'Lavyah ma babeh!!!'

    " Wiya, Wiya! Laki kau!" aku tersedar lalu mengangkat kepala. Muhaiman tersenyum manis di depan ku. Mukaku terasa hendak meletup sekarang. Malunya hanya ALLAH sahaja yang tahu.

    Muhaiman menghulur tangannya padaku lalu tangannya ku sambut lalu kucium. Kamera tak henti henti mengambil gambar kami walaupun hanya dari kalangan ahli keluarga sahaja yang mengambil gambar.

    Aku tidak merancang untuk majlis besar besaran, majlis kesyukuran telah memadai. Mujurlah majlis akad nikah hanya diadakan dirumah. Tak adalah menyusahkan aku kerana aku sedang 'bercuti' sekarang.

    'Kesian laki aku, kehkehkeh,' kata kata nakal mula bermain di dalam otak.

    Selesai majlis kesyukuran aku terdampar di atas katil. Pintu kamarku diketuk perlahan berkali kali. Aku, yang mujur telah memaksa diri untuk mandi tadi, memaksa diri untuk membuka pintu.

    "Awak takkan suruh tidur di luar kan malam ni?" Muhaiman bertanya sejurus aku membuka pintu. Darah mula menyerbu ke muka.

    "Mu..Muhaiman...ehh..takdelah.. saya takkan nak biarkan awak tidur di luar..." Haihh..tergagap gagap pulak. "Excuse me, Muhaiman tu siapa eh?" Ish, tanya pulak mamat ni. "Awaklah Muhaiman tu siapa lagi," "Saya? Saya ingat saya suami awak," wahh... muka aku makin merahlah kalau macam ni dia psiko aku. Aku terdiam sambil menundukkan wajahku. Aku tahu dia sedang tersenyum sambil menatap wajahku yang tengah azab menanggung malu. " Taknak bagi saya masuk ke?" "Eh, masuklah!" terkejut pula, tak sangka kami masih di muka pintu. Dia memegang bahuku lalu menolakku masuk ke dalam kamar kami. Dia terus mengambil tuala yang aku letak di birai katil lalu terus masuk kedalam bilik air. Selepas 10 minit, dia keluar dari bilik air. 'Ahhhh!!! He wears only the towel!!!' jeritku didalam hati. Nak terkeluar biji mata melihat pemandangan seperti itu. 'Weh cover ah!'

   "isteriku, nampak tak dimana beg suamimu ini?" isteriku? macam bagus je. "tak silap saya, sedara awak letak di tepi almari tadi. Kejap ye, saya ambilkan," Aku menuju ke arah beg tersebut lalu menariknya ke arah katil. beg tersebut aku tarik bersungguh sungguh sebab berat giler kot! Mengah jugak aku dibuatnya. Tiba tiba ada tangan lain di badanku. Keras satu badan aku. Muhaiman peluk aku dari belakang rupanya.

    "Thanks sebab sedaya upaya tarik beg yang berat ni untuk... abang" Alamak! muka rasa macam nak meletup dah ni!!!

    "It's nothing... 'abang'" aku berkata seraya berpaling ke arahnya dan meletakkan tanganku di bahunya.

    "'abang', tonite... I think..." aku rasa tangannya makin menguatkan pelukan kami

    "yes..."

    " we can't make it tonite..." kata kata itu terkeluar bersama sama aku dilepaskan. Mukanya jelas kecewa dan kehairanan.

    "But why?"

    " because...I'm period" aku bisik kepadanya. Mukanya... Wow... Jelas tertekan.

    "Baby I'm sorry," rasa bersalah pulak buat suamiku sebegitu. Aku memegang bahunya dan mengelus wajahnya sambil membuat muka kasihan. Dia memegang tanganku yang berada di wajahnya sambil mengeluh.

    "Haih...terpaksa bersabar lah ni, berapa hari lagi?" aku mencongak lalu "lebih kurang 3 hari lagi, sabar k? hehehe" aku menolaknya lalu merebahkan diri ke atas katil dan menunggunya baring di sebelah ku.

    'Malam ni ada bantal peluk, bestnya!!!'

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Feb 05, 2014 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Kau Pergi JuaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang