"Ah! Sakit."
"Tahan ya bie."
"Sayang. Saya takut."
Iman tidak menjawab.
"Nanti kalau ada orang datang macam mana?" tambah Dallin lagi.
"Ish. Janganlah macam tu. Takde orang yang akan..."
Tupp!!
Terkejut Dallin apabila melihat ayahnya masuk. Bunyi pintu yang ditendang menambahkan lagi rasa terkejut. Hinggakan tombol pintu pun rosak dibuatnya. Cepat-cepat Dallin dan Iman menyarungkan pakaian di tubuh. Cemas. Takut. Tubuh Iman yang berpeluh semasa melakukan hubungan intim tadi bertambah berpeluh apabila melihat muka garang ayah Dallin. Misai putih dan bulu kening lebatnya sudah cukup meriakkan wajah garangnya.
"Tu pengawa nuan maia kami duai indai nuan nadai di rumah neh! (Ini kerja yang awak buat semasa saya dan ibu awak tiada di rumah!)" Suara ayahnya itu cukup lantang, boleh didengar dari ruai rumah mereka.
Ibu Dallin yang masuk selepas ayahnya tadi terus keluar melangkah laju menuju dapur. Diambilnya parang. Lemak di tubuhnya berkocak apabila berjalan laju, sama seperti darahnya berkocak melihat tubuh Iman bersatu tubuh Dallin. Baju ketat yang dipakainya seakan-akan mahu koyak. Hatinya tidak perlu dihuraikan lagi. Robek. Tidak dia menyangka Dallin akan melakukan perkara sedemikian.
"Anang emak. Anang! (Jangan emak. Jangan!) Lari cepat kau Iman!"
Iman terus berlari keluar dari bilik itu selepas teman wanitanya mengarahkannya dek kerana ibunya yang datang membawa parang. Ayah Dallin cuba menahannya dari lari tetapi dia tak terlawan kekuatan orang muda itu. Badannya rebah ke Bumi ditolak Iman. Kepalanya terhantuk pada bucu laci meja membuatkan darah pekat keluar membasahi rambut hitam putihnya.
Penghuni di rumah panjang itu mula berkerumun apabila mendengar huru hara dari ruang bilik keluarga tuai rumah, iaitu tuai rumah Adan. Iman menghidupkan enjin motosikalnya lalu menungang pergi dengan laju meninggalkan helmetnya yang masih di dalam bilik tidur Dallin.
"Lapa tu Adan? (Ada apahal ni Adan?)" tanya seorang lelaki warga tua yang menjenguk dari kaki pintu bilik rumah tuai rumah Adan.
"Nya Dallin empai sah kawin semua udah nemu begulai ngau urang laki! (Dallin, belum berkahwin apa semua sudah pandai bersetubuh dengan lelaki!)" Semua penghuni rumah panjang yang berkerumun di ruai tuai rumah terlopong mulut mendengar kata-kata ayah Dallin.
"Nama utai ko dik tadi Adan? (Apa yang awak cakap tadi Adan?)" tanya nenek tua yang sudah lama berada di situ.
"Kitai ke tulik nibuh ka ngau urang begau mih (Siapa yang pekak tak payah nak ikut kecohlah)" sahut lelaki tua yang menyoal ayah Dallin tadi.
Rumah panjang yang tadi agak sunyi dikeruhkan dengan topik hangat itu. Ibu Dallin dari tadi tidak keluar rumah. Malu melihat anaknya. Malu berdepan orang ramai. Di mana dia nak menapuk muka nanti. Panggilan daripada kakaknya pun tidak dijawabnya. Malu yang dia rasa sekarang tidak dapat dia ungkapkan. Kakaknya yang tahu apa yang terjadi kepada anak buahnya itu pun tidak diendahkannya. Mungkin malu untuk bercakap tentang kejadian tadi. Bahkan menyebut nama Dallin saja dia sudah cukup malu.
Bukan saja malu, tetapi marah. Marah pada Dallin dan Iman. Sedih. Sedih mengenangkan perangai anaknya. Mana pernah perkara sedemikian berlaku kepada keluarga atau saudaranya. Bahkan selama ini, dia cukup yakin yang anaknya tidak akan pernah menghampakannya. Mana tahu kenapa hari ini malang menimpa.
YOU ARE READING
Seindah Bulan
RomanceDallin, seorang gadis iban yang bercinta dengan Iman telah dipaksa untuk berkahwin dengan Farid, anak kepada kawan ayahnya setelah ditangkap basah bersama teman lelakinya. Namun Dallin tidak bersetuju dengan aturan keluarganya dan tetap berkeras ing...