1

43 0 0
                                    

Aku Adria. Malam ni majlis makan malam untuk semua staff hospital dan VIPs yang banyak mendorong kami dari segi kewangan.Malam yang sangat indah tapi juga memenatkan. Entah kenapa malam ini dadaku berasa sesak dan pedih. Aku mengurut dadaku perlahan.
Para tetamu yang hadir dipersilakan untuk menjamu selera dan aku terus keluar dari dewan itu. Aku berjalan tanpa arah dengan harapan sakit ku akan berkurang. Lama juga aku mengatur langkah sehinggalah langkah ku semakin longlai. Aku tiba di tepi tasik dan aku lihat seorang lelaki bersut melangkah ke arahku. Pandanganku mula kabur dan aku rebah. Kerasnya bumi tak aku rasakan kerana ada tangan yang menyambut tubuhku dari jatuh. Sakit di dadaku semakin parah dan aku menggigil kesakitan.

"Miss are you okay?" Suara cemas lelaki itu tidak dapat aku jawab.

Jasadku semakin sejuk. Oksigen seakab-akan tidak bergerak ke bahagian badanku. Aku kaku dalam kesakitan ini. Aku dapat rasakan lelaki itu membuka butang baju kebayaku. Sama ada dia berniat baik atau buruk aku juga tak mampu untuk meneka. Pipiku ditepuk berkali-kali.  Dia meraba pergelangan tanganku untuk mencari nadiku. Aku dengar keluh kesahnya apabila dia tidak menemui lagi denyutan nadiku. ku ingin bersuara tapi aku tak mampu.seandainya ini akhirku, aku redha.Aku seakan-akan putus nyawa apabila bibirku disentuh oleh kehangatan bibir asing yang tidak aku kenali. Kehangatan itu tidak boleh aku tolak kerana aku tidak berdaya. Udara dihembus masuk ke dalam mulutku. Dadaku ditekan bebrapa kali dan udara dihembus lagi ke dalam mulutku.peparuku mula berkerja kembali. Jantungku mula berdegup kembali dan darahku mula mengalir lagi.aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku lihat lelaki itu tersandar kelegaan melihatku. Aku pula seakan terpana. Bukan kerana sakitku tetapi kerana lelaki itu.Aku tidak pernah percaya akan adanya cinta tapi mengapa bila dia menyambutku tadi, aku merasa begitu selamat? Apabila bibirnya dan bibirku bersatu aku rasa satu perasaan indah? Dan apabila dia menghembuskan udara ke dalam mulutku, aku rasakan seolah-olah itulah kali pertama aku bernafas? Dia membantu aku untuk duduk.

"Thanks" ujarku sepatah. Aku masih lelah dengan apa yang aku alami. Dalam gelap malam, aku nampak dia tersenyum.

"No problem. Tapi saya rasa awak kena pergi ke hospital. Your health condition is not good. By the way i'm ammar. Ammar aidan. And you are?" Ramah dia menegurku.

"I'm adria" aku nampak dia seolah-olah mengelak dari memandang ku dan barulah aku sedar bahawa keadaan ku yang sangat terdedah.

Tiba-tiba, suasana malam yang gelap diterangi oleh cahaya lampu suluh dan sekelompok lelaki berpakaian putih memberi salam kepada kami. Segala-galanya berlaku dengan terlalu pantas tanpa sempat aku cerna. Aku hanya menurut apabila pegawai agama perempuan memegangku dan menutup badanku yang terdedah.  Aku diam membisu, cuba untuk mencerna. Belum sempat aku mempertahankan diriku, satu keputusan telah dicapai.  pada malam itu juga aku dipaksa menikah dengan lelaki yang baru sahaja aku kenali, ammar aidan. Aku bersuara tetapi tiada siapa yang mendengar. Aku membantah dan membela diriku tetapi tiada siapa yang membelaku. Apa lagi yang harus aku lakukan apabila masa bujangku ditamatkan begitu sahaja dengan cara yabg begitu tidak adil dan memalukan.  Sebaik sahaja akad nikah selesai, aku dimaki dan dihamun oleh ahli keluarga 'suamiku'. Mereka ahli keluarga terhormat dan berharta manakala aku hanyalah seorang Adria, yang tidak ada ibu bapa dan tidak jelas keturunannya. Malam yang terang disinari bintang ternyata adalah permulaan hitam dalam hidupku. Malam itu juga, aku disapa oleh tamparan di pipi kanan ku oleh ibu mertuaku sebagai tanda perkenalan. Bukan kehendakku ini terjadi tetapi kenapa aku yang menanggung seolah-olah akulah manusia yang paling hina.

Aku digelar gila harta dan perampas sedangkan aku sendiri bingung dengan perkahwinan ini. Terlalu ringkas dan terlalu cepat.

"Baik kau mengaku! Apa tujuan sebenar kau perangkap anak aku? Kau nakkan harta kami kan? Kau dengar sini. Aku akan pastikan kau tak dapat satu sen pun harta kami dan aku akan pastikan kau merana" datin rosalina merangkap ibu mertuaku menarik kasar rambutku.
Aku hanya membisu. Aku sudah letih. Aku sudah penat bercakap. Walau aku menjerit sekalipun, tiada siapa yang sudi mendengar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 25, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mafia My LoveWhere stories live. Discover now